author-banner
Cherry
Cherry
Author

Novels by Cherry

Kerana Kau Milikku

Kerana Kau Milikku

Salena Suha - Seorang gadis yang hidupnya tidak pernah lepas dari masalah. Lantaran itu dia cuba untuk terus berdiri dan meneruskan kehidupannya seperti orang lain. Suatu peristiwa hitam hampir sahaja menimpa dirinya. Akhirnya Suha berjaya melarikan diri dan diselamatkan oleh Arhan. Rentetan itu, satu permasalahan yang tak sangka telah dihadapi oleh si lelaki yang sudahpun beristeri. "Ini semua sebab kau perempuan..! Kau penyebabnya ..!" - Ayden Arhan. Arhan dipaksa untuk mengahwini Suha. Menjadi madu dalam keluarga suaminya bukan mudah apabila mendapat tentangan daripada ibu mertuanya yang tidak merestui ikatan itu. "Aku takkan sesekali terima kau sebagai menantu aku " - Puan Seri Asmah. Suha pasrah. Dalam keterpaksaan bergelar suami isteri, layanan buruk telah diterima daripada si suami. Biarpun begitu, Suha tetap kuat dan tabah walaupun Arhan seringkali tidak berlaku adil. Saat usia perkahwinan baru menginjak setahun jagung akhirnya perpisahan jalan terbaik.Suha akur pada takdir bilamana cinta Arhan pernah ada baginya. "Aku ceraikan kau Salena Suha binti Ahmad dengan talak satu " -Ayden Arhan. Suha meneruskan hidupnya tanpa mencari cinta baru. Kenangan bersama Arhan yang masih tersisa menemani hidupnya, sehinggalah munculnya Zayyan Armand dalam hidup Suha. "Bagi aku peluang Salena Suha. Aku akan buktikan yang aku mampu jaga kau." -Zayyan Armand. Keikhlasan cinta Zayyan membuatkan Suha terkedu. Mampukah dia memberi peluang kepada Zayyan..?
Read
Chapter: Epilog
Lama dia merenung ke arah kubur yang berada di hadapannya. Tanpa sengaja air matanya mengalir perlahan ke pipinya. Hujung lengan bajunya digenggam. Hatinya sarat dengan seribu satu perasaan. Segala kenangan dari dia kecil sehingga sekarang bermain di fikirannya bagaikan rakaman berulang. Terutamanya kenangan dia ketika remaja. Perlahan bibirnya tersungging senyum. “Mama...” Satu tangan menarik-narik hujung bajunya. Perlahan dia menundukkan wajahnya. Air mata diseka perlahan. Tubuh kecil itu didukungnya. “Ayah...” Suha menganggukkan kepalanya. Pipi Adam diusap lembut. Sedar tak sedar anak sulungnya sudah pun berusia 2 tahun masa berlalu dengan begitu pantas. “Adam rindu ayah ke?” Adam menganggukkan kepalanya. Leher Suha dirangkul. Kepalanya dilentukkan di atas bah
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Bab 49
Nara mundar mandir dengan perasaan resah gelisah. Kenapa benda macam ni boleh terjadi lagi? Sedangkan tandas tu dekat saja. Bukannya jauh berbatu dari mereka. Macam mana Suha dengan Adam boleh kena culik? Dengan perempuan? Biar betul dia ni cakap... “Seriuslah perempuan yang culik dorang. Kau yakin ke?” soal Emiir kepada Arhan. Arhan mengusap dagunya. Kepala dianggukkan sekali. Wajah Nara dipandang lama. Seolah olah memikir sesuatu. “Abang Han abang rasa siapa yang culik kakak? Macam mana rupa dia? No plat kereta?” Arhan menepuk dahinya. Kenapalah dia ni dungu sangat? Lepas jumpa nara dengan Emiir dia boleh lupa nak cakap pasal nombor plat kereta yang dia hafal tadi. Bongok kau ni Arhan. “Ah nasib kau cakap Nara. No plat dia aku ingat.”
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Bab 48
Nara duduk di sebelah Suha. Tangan Suha digenggam. Wajah pucat Suha dipandang lama. Hanya bunyi mesin hayat saja yang kedengaran. "Kak maafkan Nara. Nara tak sepatutnya biar kakak sorang sorang. Nara silap. Maafkan Nara..." Zayyan yang berdiri di pintu terdengar bualan Nara pada Suha. Dia semakin serba salah pada nara. Sepatutnya dia tak salahkan Nara. Dahlah Nara mengandung ditengking pulak tu. Adui Zayyan Zayyan. Kau ni marah tak tengok situasi. "Er abang. Duduklah. Nara keluar dulu." "Nanti.." Langkah Nara terhenti. Kepala didongakkan memandang ke arah Zayyan yang berdiri di hadapannya. "Kenapa?" Dah kenapa pula Zayyan tahan dia. Tak cukup lagi dah tengking hari tu ke. "Abang minta maaf." Zayyan menarik Nara ke
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Bab 47
Suha ketawa melihat wajah Adam yang sedang menghisap susu badannya. Mata Adam membulat besar memerhatikan suasana sekeliling ruang tamu. Tinggallah mereka berdua di dalam rumah ini. Zayyan pula bekerja setelah lama bercuti menjaganya ketika pantang. Mujur saja Nara menemaninya harini. Tiadalah dia terasa bosan. "Kak, Adam baru bangun ke?" Nara menghampiri Suha dengan dua gelas air diletakkan di atas meja kopi. "Haah baru bangun. Terus nak susu." suha menepuk-nepuk punggung anak kecilnya itu. Nara menganggukkan kepala. Kepala Adam diusap lembut. Kemudian dahi anak kecil itu dikucup. "Muchuk." Suha tertawa kecil. Pipi gebu Adam diusap lembut. Adam banyak mewarisi wajah Zayyan. Cuma di bahagian bibir dan hidung lebih kepada dia. "Kak kita keluar nak petang nanti? Bosanlah. Nara dah cakap dengan Zariff. Akak cakapl
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Bab 46
"Abang dah janjikan tak akan tinggalkan, Suha?" Zayyan tersenyum. Kepala diangguk. Suha melepaskan nafas lega. Dia memeluk lengan Zayyan erat. Entah kenapa hatinya berasa tidak sedap. "Ingat pesan abang. Jaga diri dan sentiasa kuat demi anak kita." ucap Zayyan. Mukanya cerah bersinar. Bibirnya tidak lekang dari menguntum senyuman. "Baik abang. Suha janji. Tapi Suha mohon jangan tinggalkan suha dengan adam. Suha tak boleh tak ada abang. Adam perlukan abang." Terhinjut-hinjut bahu suha melepaskan esakan. Perutnya yang memboyot besar disentuh. Terasa anak kecilnya menendang-nendang dari tadi. "Abang janji sayang." Zayyan bangkit dari duduknya kemudian meleraikan pelukan suha pada lengannya. Terkebil-kebil suha memandangnya. "Abang nak pergi mana?" Zayyan tidak menoleh. Dia tetap melang
Last Updated: 2021-09-09
Chapter: Bab 45
Beberapa bulan kemudian... Zayyan termenung jauh. Entah apa yang difikirkannya pun tak tahu. Suha yang perasan akan perubahan Zayyan mengundang rasa khuatir di dalam hatinya. Dia melabuhkan duduk di sebelah suaminya itu. Senyuman cuba diukir pada dua ulas bibir Suha. “Abang jauhnya abang termenung. Menungkan apa tu?” Zayyan tersentak dari lamunannya. Segera menoleh ke sisinya. Dia tersenyum melihat Suha yang sedikit berisi. Seri wajahnya juga kelihatan. “Tak ada apa sayang. Fikirkan sayang je.” Zayyan tertawa kecil. Bahu Suha dipeluk erat ke dadanya. Perut Suha yang semakin membesar diusap lembut. Sekarang Suha sedang hamil anak sulung mereka. “Ye ke abang fikirkan sayang? Betul?” sakat Suha sambil mencuit pipi Zayyan. Zayyan menganggukkan k
Last Updated: 2021-09-09
You may also like
Legato
Legato
Romance · Cherry
3.5K views
My Desire of Vengeance
My Desire of Vengeance
Romance · Cherry
3.5K views
MY SAVIOUR. MY LOVER
MY SAVIOUR. MY LOVER
Romance · Cherry
3.5K views
DMCA.com Protection Status