Share

JDMA-1

Author: ANISYA AZIZ
last update Last Updated: 2021-06-28 23:59:16

(MOVE ON)

AURA merebahkan badannya pada katil . Wajahnya disembamkan pada bantal. Dia menangis semahu-mahunya. Gambar dirinya bersama Adrian diambil dari atas meja sebelah katilnya lalu dipandang kosong. Benci? Sedih? Mahupun kecewa dia pun tidak pasti. Lelaki yang dianggap separuh nyawanya kini pergi meninggalkannya tanpa sebab. Hatinya cukup perit dengan apa yang berlaku. Jiwanya seakan hancur disebabkan lelaki tersebut.

“Ian kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya? Jahat sangat ke saya dimata awak? Saya ni tak layak ke untuk awak?” Teresak-esak Aura menangis sambil memeluk gambar tersebut.

“ Ian saya sayangkan awak . Saya dah serahkan sepenuhnya hati saya pada awak . Tapi kenapa ini yang awak balas pada saya? Saya benci awak Ian ! SAYA BENCI AWAK !” Gambar yang berada dalam pelukan Aura dicampak di bucu dinding . Mengapa harus dia tangisi kepergian lelaki yang menghancurkan hidupnya. Betul apa orang kata, cinta tak seharusnya memiliki.

Tuk..Tuk..

Aura mengesat kasar wajahnya yang sudah lencun dengan air mata. Dia berjalan menghampiri pintu biliknya lalu membuka pintu tersebut.

“Papa..” Aura terus memeluk lelaki separuh abad dihadapannya itu dengan erat. Dia menangis dibahu Dato Khalid . Pakaian Dato Khalid mulai basah akibat terkena air mata Aura yang keluar tanpa ingin dihentikan.

“Aura sayang, don’t cry. Puteri papa kan kuat. Ingat tak Aura pernah cakap dekat papa dulu, hidup kena pandang hadapan , lupakan yang lepas. Puteri papa kuat kan. So, jangan nangis.” Pujuk Dato Khalid dengan lembut sambil mengusap air mata anak tunggal kesayangannya itu. Sayu hatinya saat ini apabila melihat keadaan anak tunggal kesayangannya saat ini.

“Aura sayang Ian papa. 5 tahun kita orang bersama. Tak kan semudah tu dia lupakan Aura. Apa salah Aura pa?” Sayu sahaja wajah Aura saat ini. Tiada lagi seri kegembiraan diwajahnya.

“Aura tak salah sayang. Baguslah Ian tinggalkan Aura .” Jawab Dato Khalid sambil mengusap kepala Aura.

“Pa! Kenapa cakap macam tu. Aura sayang Ian.” Aura tayang wajah cemberut. Ingat nak pujuk aku , tapi buat aku lagi sedih ada la.

“Baguslah Ian tinggalkan Aura sekarang. Kalau dia tinggalkan Aura lepas kahwin macam mana? Nanti tak pasal-pasal sayang papa ni jadi janda muda. Nak jadi janda?” Usik Dato Khalid lalu mencuit hidung puteri kesayangannya.

“Tak nak..” Aura menggelengkan kepalanya. Kalau jadi janda boleh jatuh standard aku.

“Tahu pun tak nak. Dah jangan sedih. Tetamu ramai yang nak jumpa dengan Aura kat bawah sana. Jom ikut papa turun.” Pujuk Dato Khalid lagi.

“Tapi muka Aura dah comot . Papa turun la dulu lagi 20 minit Aura turun. Aura nk cuci muka dengan tukar baju jap.” Pinta Aura dengan sopan.

“Ye la papa tunggu kat bawah ye sayang.” Jawab Dato Khalid lalu ingin pergi meninggalkan Aura.

“Papa wait!”

“Ada apa lagi Aura?” Soal Dato Khalid.

“Lelaki tu ada lagi ke?” Soal Aura kembali.

“Lelaki mana?”

“ Yang cakap dia bakal suami Aura tu la.” Terang Aura .

“Entah. Aura turun la cari sendiri.” Jawab Dato Khalid lalu berjalan meninggalkan Aura terkulat-kulat seorang diri.

MATA Aura melilau mencari susuk tubuh Zaffrel Luftman. Setelah hampir segenap kawasan dicarinya , namun kelibat lelaki tersebut masih tidak dijumpainya.

“Fuhh nasib dia dah blah. Kalau dia ada lagi makin tebal muka aku nak hadap dia. Apa punya bodoh la kau Aura pergi lamar anak teruna orang . Jatuh saham betul!” Bebel Aura sendirian.

“Apa yang jatuh saham nya?..”

“Ouh mak kau jatuh gedebuk!” Terkejut Aura apabila dia disapa secara mengejut dari arah belakang. Aura mengusap dadanya bagi menenangkan dirinya . Kalau arwah aku malam ni , memang nahas la kau aku ganggu tujuh keturunan.

“Sejak bila kau melatah ni?” Soal Marsha kawannya baiknya disertakan sekali dengan gelak seakan alarm untuk mengejutkan syaitan yang sedang tidur. Tak padan dengan anak dara, kalau gelak macam ni depan bakal mertua auto kena reject.

“ Ish kau ni suka buat aku terkejut. Kalau arwah aku malam ni macam mana? Bagi la salam dulu .” Bentak Aura lalu memukul bahu sahabatnya itu. Balasan sebab buat aku terkejut.

“Aduh sakitlah. Yang kau duduk mengendap ni dah kenapa? Ouh lupa cari bakal suami la tu.” Usik Marsha lalu menyendol bahu Aura.

“Entah la Marsha. Bila teringatkan apa yang Ian buat dekat aku, aku sedih sangat. Aku rasa macam aku ni sampah. Dia buang bila-bila je dia nak.” Aura menyandarkan badannya pada dinding. Dia yakin yang Marsha sudah sedia maklum dengan apa yang terjadi diantara dia dan Ian. Kaki gossip and queen of stalk orang ni memang tak boleh nak berahsia apa-apa. Kadang-kadang kita tak tahu apa-apa dia dah siap buat surat khabar , ready nak sebar je. Nasib la rahsia Aura selalu disimpan rapi kalau tak memang makan padah dengan Aura.

“ Kau sabar ye Aura. Aku tahu kau ni kuat orangnya. Lagipun kau cantik , kau kaya kau boleh dapat lebih lagi dari Ian.” Marsha cuba untuk memberi semangat kepada sahabatnya itu.

“Betul kata kau. Aku kena kuat. And aku nak teruskan apa yang aku nak buat sekarang.” Aura kembali semangat sambil matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh seseorang.

“Apa yang kau nak buat sekarang?” Soal Marsha dengan hairan.

“Aku nak kahwin dengan dia.” Jawab Aura sambil matanya tidak lepas dari memandang Zaffrel. Next plan will be carried out.

“No Aura, kau jangan buat kerja gila. Kau dah 5 tahun dengan Ian tapi dia tinggalkan kau macam tu je, so kau kena hati-hati dengan lelaki. Bukan main terjah je.” Marsha sudah dapat membayangkan apa yang bakal terjadi. Si Aura ni bukan boleh kira, nak buat apa-apa tak pernah fikir dulu. Dia punya berani memang tak ada ornag boleh halang.

“Lagikan 5 tahun aku dengan dia aku dapat lupakan dia, inikan pula dengan lelaki yang aku tak kenal. Kau sendiri cakap aku kena kuat kan. Buat apa aku nak tangisi kepergian lelaki yang buat aku macam sampah? Sepatutnya aku tunjuk dekat dia yang aku lebih bahagia tanpa dia. Dia layak dapat penderitaan yang sama macam apa yang aku dapat.” Aura sudah menghiraukan sahabatnya itu. Dia terus sahaja berjalan menghampiri Zaffrel yang sedang berborak dengan beberapa orang tetamu. Misi akan dijalankan. Just wait and see, Encik Adrian Mikail.

“Ya Allah Aura! Aura!” Panggilan Marsha dihiraukan sahaja. Kini tiba masanya untuk membalas dendam atas penderitaannya.

“BIY , kat sini rupanya, penat sayang cari biy tau.” Aura mula mengeluarkan suara menggodanya. Jarinya naik berlegar-legar di dada Zaffrel.

Dah kenapa minah ni nak jadi ulat bulu pula? Tadi elok je marah-marah aku. Ooo ni kes nak berlakon sweet la ni . Tadi bukan main marah aku sekarang pandai pula cari aku.

Ehh mamat ni. Batu betul .  Nak berlakon pun tak pandai ke? Kau jangan malukan aku dekat sini. Nanti siap kau aku gilis dengan lori. Tolong jangan cari pasal dengan aku.

“ Sayang cari biy ke? Kenapa sayang nak apa?” Soal Zaffrel lalu menayangkan senyuman semanis paksaan darinya. Nak semanis madu kau pergi bercinta dengan lebah .

“ Sayang lapar la. Jom la teman sayang makan. Biy suap ehh.” Aura mula menayangkan wajah manjanya. Wekk!! Nak muntah pula aku. Fuhh sejak bila kau pandai buat kerja menggelikan ni Aura. Geli anak tekak dah ni oi.

“Okay sayang. Jom ambil makanan.” Ujar Zaffrel lalu berjalan kearah makanan yang disediakan sambil tangannya memeluk erat pinggang Aura. Aura hanya mengikuti gerak geri Zaffrel walhal dalam hati dah sumpah seranah. Bukan main erat kau peluk pinggang aku ye, suka ambil kesempatan dalam kesempitan. Bencinya!

Tetamu yang hadir mula memasang mata kearah Aura dan Zaffrel. Ada beberapa orang yang mula mengeluarkan handphone masing-masing lalu merakam video aksi sweet suap menyuap Aura dengan Zaffrel. Ye la yang diorang kenal Aura ni tegas orangnya tapi tak sangka la pula sweet macam ni. Tapi tindakan mereka disokong sepenuhnya oleh hati Aura. Ye, ini yang aku nak. Biar gambar dan video aku viral and sampai pada Ian. Biar dia tahu aku lebih bahagia tanpa dia. Kau cipta kisah ni dan kau jangan harap kau dapat keluar dari kisah ini. Penderitaan kini milik kau Adrian Mikail!

“Biy kita makan dekat tepi swimming pool jom. Kat situ takda orang sangat, boleh kita berborak.” Ajak Aura sambil menayangkan wajah manisnya. Manis la sangat .  Habis dipaksa dah ni, nasib aku cantik asal, buat muka hodoh pun nampak manis. Amboi, berlagaknya kau Aura.

Setibanya mereka di swimming pool, Aura terus bersila di tepi kolam renang itu. Zaffrel yang mengikuti langkahnya turut sama bersila bersebelahan dengan Aura. Punyalah kacak aku malam ni, tapi last-last kena duduk bersila dekat lantai jugak , malang lagi bila duduk tepi perempuan psycho ni.

“ Bak sini makanan ! Aku lapar” Aura terus merebut makanan dari tangan Zaffrel dengan kasar.

“ Kau ni harap muka je cantik tapi psycho.” Rolling eyes dipamerkan oleh Zaffrel. Tadi bukan main baik bila nak minta tolong, tapi sekarang, hampeh.

“Aku psycho pun tak ganggu hidup kau.” Jawab Aura sambil tangannya ligat memasukkan makanan kedalam mulutnya. Tak kira sekarang ni aku lapar. Orang nak cakap kau psycho ke apa lantak la.

“Tak ganggu hidup aku la sangat.” Jawab Zaffrel lalu terus mengalihkan pandangannya kearah swimming pool. Seram aku tengok perempuan makan bila terlalu lapar ni.

“Kau datang sorang ke?” Soal Aura dengan makanan penuh didalam mulutnya itu. Tak senonoh kan, tapi itulah Aura .

“Tak senonoh la kau ni. Makan tu kasi habis la dulu. Dah la makan macam bela saka 10 ekor. “ bebel Zaffrel apabila melihat sikap Aura yang makan dengan gelojoh. Dah macam tak makan seminggu je budak ni.

“ Membebel mengalahkan pakcik bawang. Kan aku baling kau dalam swimming pool ni baru tahu.” Kini giliran Aura pula menayangkan rolling eyes nya.

“Ibu..” Wajah Zaffrel tiba-tiba sahaja berubah. Hatinya bagai dilanda ombak. Sedih , takut mula menyerang lubuk jiwanya.

“Ibu? Kau kenapa tiba-tiba sebut ibu? Kau datang sini dengan ibu kau ke?” Soal Aura lagi yang masih enak dikuasai nafsu makan.

“Tak.. takda apa. Kau makan la cepat-cepat. Kang aku tinggal kau kat sini sorang-sorang biar pontianak yang teman baru tahu.” Usik Zaffrel sambil memandang kosong kearah swimming pool.

“Mulut kau tu , eeee geram aku nak..”

“Nak cium? Jangan harap” Zaffrel terus memotong ayat Aura.

“Perasannya kau. Aku ni nak hadap muka kau pun tak sanggup . Ni nak cium dalam mimpi pun aku tak nak. “ Aura meneruskan suapannya. Malas nak layan lelaki disebelahnya itu. Makin dilayan makin keluar perangai dia.

‘Ibu, Zaff rindukan ibu..’ rintih hati Zaffrel .

Dia memandang kearah Aura yang khusyuk menikmati makanan. Biarlah dia dengan makanan dia tu. Ganggu kang kena lempang aku.

Related chapters

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-2

    (PSYCHO VS PENIPU)SUASANA di tepi swimming pool yang menyamankan menjadi tempat pilihan Puan Zubaidah untuk meluangkan masa lapangnya. Katanya, swimming pool adalah satu-satunya tempat yang mampu menghilangkan stress pada dirinya. “Ibu, kat sini rupanya. Penat Zaff cari ibu, ingat pergi mana dah.” Zaffrel mendekati wanita tua itu yang sedang duduk di atas kerusi roda lalu memeluk erat tubuh tua tersebut. Jiwanya seakan tenang apabila dalam pelukan wanita tersebut.“Kenapa Zaff cari ibu? Ibu ada je kat sini, kat mana lagi ibu nak pergi kalau bukan dekat kolam ni je.” Jawab Puan Zubaidah lalu mengusap rambut Zaffrel yang duduk melutut ditepi kerusi rodanya. Kemalangan yang berlaku dua tahun lepas telah mengambil kedua belah kudratnya

    Last Updated : 2021-06-29
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-3

    (MERISIK)BADAN Aura direbahkan pada katil. Otaknya berserabut dengan apa yang didengarinya tadi. Jelas dan ternyata dia sudah tersilap langkah. Kenapa nasib aku macam ni?“Dasar penipu! Lelaki semua sama je . Sampah , sampah, Sampah!. Kalau aku jumpa kau lunyai aku kerjakan. Pengkhianat!” Beg tangan yang berada ditepinya dicampak kuat kearah dinding.Hatinya cukup sakit dengan apa yang berlaku.Tok..Tok..Plak..Pintu yang diketuk terlebih dahulu dibuka dengan lembut oleh Datin Mona lalu menghampiri anak perempuannya itu.“Aura, Zaffrel

    Last Updated : 2021-06-29
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-4

    (MENGUSIK)DATIN Mona yang sedang menyiapkan sarapan disapa dari arah belakang oleh Aura. Pinggang Datin Mona dipeluk erat lalu Aura melabuhkan sebuah ciuman di pipi insan yang disayanginya itu.“Aura tak kerja ke hari ni?” Soal Datin Mona apabila melihat Aura hanya mengenakan pakaian biasanya.“ Saya yang tak bagi dia kerja. Lagipun Aura dah nak kahwin, biarlah dia nak manja-manjakan badannya dulu. Bagi dia rehat dekat rumah je.” Celah Dato Khalid dari arah belakang. Aura yang memeluk mamanya itu terus kearah Dato Khalid lalu memeluk tubuh papanya itu pula.“Thanks papa bagi Aura cuti. Nanti penat Aura nak urus majlis lagi nak kerja lagi. Aura sayang papa.&rdqu

    Last Updated : 2021-06-29
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-5

    (CARI PASAL)MINUM PETANG pada petang ini hanya didampingi dengan keadaan yang sunyi. Hanya bunyi garfu dan sudu berlaga antara mereka sahaja menjadi tetamu saat itu.Setelah selesai , Datin Rasyidah menyusun pinggan kedalam dulang untuk membawanya kedapur begitu juga dengan Ilham.“Takpa Mummy, biar Aura yang angkat.” Aura cuba mengambil dulang dari tangan Datin Rasyidah.“Tak apa, Aura duduk je. Mummy boleh buat.” Balas Datin Rasyidah lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aura.“Daddy nak ke rumah jiran sebelah kejap. Aura berborak la dulu dengan Linda.” Pamit Dato Malek lalu meninggal

    Last Updated : 2021-06-30
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-6

    (AKU TERIMA NIKAHNYA)AURA dan Zaffrel berjalan beriringan didalam pusat membeli belah. Zaffrel sudah beberapa kali terpaksa berlari anak untuk mengejar Aura yang berjalan seperti ingin berlawan dengan kilat.“Kau nak tengok cerita apa?” Soal Zaffrel sewaktu dapat mengejar langkah Aura. “Ikut kau la, aku okay je.” Jawab Aura.“Ye latu okay, perempuan semua okay je, tapi itu tak nak ini tak nak. Kan aku bagi tengok cerita kartun baru tahu.” Bebel Zaffrel. Betul apa aku cakap, perempuan ni mulut je cakap okay tapi semua yang kita cadang dia tolak.“Kartun pun be

    Last Updated : 2021-07-02
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-7

    (TERIMA ARAHAN!)SYED ZACKUAN mundar mandir di bilik bawah tanah miliknya. Jiwanya tidak tenang selagi tidak mendapat berita dari anak buahnya.“Tuan kami dah dapat maklumat.”Dengar sahaja suara anak buahnya Bob, Zack terus kearahnya dengan wajah bengis.“Maklumat apa yang kau dapat!” Sampul surat coklat cair di tangan Bob direbut kasar lalu dia memerhati setiap gambar-gambar yang berada dalam sampul tersebut.“Tengku Zaffier Lutfman dengan Tengku Zaffrel Luftman adalah orang yang berbeza. Mereka adalah kembar.” Terang Bob dengan jelas.“Shit! Macam mana benda ni boleh jadi. Tak mungkin! Habis tu Malek sorok dekat mana anak dia sebelum ni?” Soal Zack dengan tegas.“Tengku Zaffier dibesarkan dengan neneknya di London sehingga dia berusia 22 tahun, manakala Tengku Zaffrel dibesarkan di Malaysia . Apabila mereka memasuki usia 22 tahun, Zaffier dihantar ke Malaysia manakala Zaffrel pu

    Last Updated : 2021-07-04
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-8

    (BERSAMA DENGANNYA)AURA mula membuka matanya apabila angin pagi menampar kuat pipinya. Ruangan bilik dipandang lalu meneliti setiap ruangan sudut.“Aku kat mana ni?” Aura terus bangun dari katil lalu keluar dari rumah tersebut. Rumah yang di diaminya saat ini sangat sempit namun mewah.“Zaffrel!” Laung Aura saat melihat Zaffrel sedang termenung dihadapan rumah tersebut. “Eh Aura kau dah bangun rupa rupanya. Jom la kita breakfast .” Pelawa Zaffrel yang hanya mengendahkan sahaja wajah garang Aura.“Banyaklah kau punya breakfast! Sekarang

    Last Updated : 2021-07-05
  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-9

    (PERPISAHAN)SATU PERSATU ruangan rumah kecil itu diteliti. Almari dan bekas - bekas semua dibuka oleh Aura. Aura mengeluh sesaat apabila benda yang ingin dicarinya masih tidak dijumpai. Zaffrel yang duduk disofa hanya menjadi pemerhati setia. Apalah yang budak ni cari dari tadi lagi.“Zaffrel, dekat sini tak ada ubat ke?” Soal Aura setelah puas mencari ubat sapu merata tempat.Zaffrel tepuk dahi, aku ingat apalah yang dicari dari tadi, kalau dia tanya je aku terus kan mudah boleh aku terus bagi.“Ada jap aku ambilkan.” Zaffrel terus berlalu masuk kedalam satu-satunya bilik tidur dirumah tersebut.

    Last Updated : 2021-07-07

Latest chapter

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   EPILOG

    (JADIKAN DIA MILIK AKU)SUDAH lima hari Aura dan Zaffrel tidak sedarkan diri. Zaffrel, tidak sedarkan diri sehingga terpaksa ditidurkan kerana oksigennya turut drop 40%. Tanpa sebab, namun segalanya mampu dijawab oleh “takdir”. Kerana takdir menentukan segalanya.Datin Mona memandang wajah lesu Aura sambil menahan tubir matanya dari terus mengeluarkan mutiara jernih.“Aura, bangunlah Aura. Sampai bila Aura nak tidur macam ni. Bangunlah nak, anak Aura perlukan ibu dia saat ini. Dia perlukan Aura. Bangun la sayang, semua orang perlukan Aura...”“Aura, Zaffrel masih tak sedarkan diri. Dia lemah sangat, dia pun perlukan Aura. Kalau Aura terus

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-43

    (PERGILAH SAYANG)[Maaf, sepatutnya bab kali ni dah ending, tapi disebabkan bab kali ini terlalu panjang, jadi saya jadikan dia dua bab. So ni bab sebelum epilog. Insyallah lepas bab ni epilog akan muncul dan novel ini bakal melabuhkan tirai]BAHAGIA tidak semestinya hadir dari sebuah cinta, namun ia hadir dari sebuah takdir dan takdir itu adalah jodoh. Biarlah cinta hadir tanpa diundang, dari ia pergi tanpa dipinta.“Abang..”Zaffrel menolehkan badannya. Senyuman manis dihadiahkan buat isteri tercinta. Langkahnya diatur kemas mendekati Aur

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-42

    (BAHAGIA BERSAMA)“Kahwin dengan saya!”“Abang!” Terdiri Zaffrel akibat terkejut dengan pernyataan Adrian.Adrian menekup mulutnya. Ya Allah sumpah aku nak lempang mulut ni. Aku nak cakap dalam hati je macam mana boleh terkeluar dekat realiti ni. Sumpah aku rasa nak menyorok dalam singki dapur. “Apa Adrian? Ulang sekali lagi?” Soal Aura dengan wajahnya yang berkerut.“Tak..Tak.. Erkk.. Erkk...” Tubuh Adrian mula menggigil. Celahan kulitnya mula mengeluarkan peluh

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-41

    (KAHWIN?)KELUHAN berat terbit di bibir Aura. Kecewa? Ya, itulah yang dirasanya saat ini. Perasaannya? Bagai ditelan ombak. Berat, sukar itulah yang mampu ditafsirkan. Sukar untuk menerima sesuatu yang sudah diberikan pengharapan. “Negatif.” Terbit satu suara tersebut dengan sukar. Pregnancy test ditangannya dipandang penuh kecewa.Tok! Tok!Aura membuka pintu biliknya dengan malas. Entah mengapa hatinya rasa kecewa yang terlampau saat ini. “Sayang buat apa dekat bilik ni? Jom la turun makan, yang lain dah...”

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-40

    (MENGIDAM)ZAFFREL duduk bersila disebelah Aura yang sedang menikmati sandwich sardin yang dibawa sekali dari rumah.“Sedap sandwich tu?” Sapa Zaffrel lalu meletakkan kepalanya diatas riba Aura.“Ish abang ni malu la kalau mummy nenek tokdy tengok nanti.” Ujar Aura saat melihat mereka bertiga mula senyum nakal kearahnya.“Laa abang bukan baring atas riba orang lain pun, riba isteri abang juga.” Bahas Zaffrel.Aura mengeluh sesaat. Cakap dengan dia ni memang tak boleh nak menang.

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-39

    (ACHA? SIAPA DIA?)ZAFFREL duduk termenung di hadapan televisyen yang tidak terpasang. Dari tadi dirinya menunggu Aura untuk memujuknya. Namun batang hidung pun tidak kelihatan.“Ya Allah Zaff! Kenapa tak bersiap lagi ni. Orang lain semua dah siap.” Bebel nenek saat melihat Zaffrel masih lagi termenung. Aura yang berjalan turun dari tangga menghampiri mereka berdua. “Bersiap nak pergi mana?” Soal Zaffrel dengan malas.“Kan tadi dah cakap nak pergi pantai dekat resort kawan Aura yang nama Khalif tu.” Jawab nenek sambil bercekak pinggang. Bukan main panjang le

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-38

    (MERAJUK)AURA duduk di kerusi berhampiran kolam renang sambil berpeluk tubuh. Lucy diintai seketika sebelum bersuara. Dia cakap nak pergi toilet jadi ada la ruang aku nak mengumpat sekejap.“Abang sampai bila dia nak menyemak dekat rumah ni?” Soal Aura kedengaran tidak puas hati.“Lepas ni dia keluar la tu, maybe.” Jawab Zaffrel sambil menghirup kopi.“Aura tak suka la dengan perempuan tu. Gedik. Kalau abang tak ada tadi rasanya Aura penyek sampai jadi kuman dah.” Aura berdecit geram. Kang tak pasal - pasal ada yang kena hempuk dengan tayar lepas ni.

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-37

    (CEMBURU)“ZAFF..AURA...”“Kau nak apa datang sini?” Soal Aura dengan kasar.“Sayang.” Zaffrel menegur kelakuan Aura yang sedikit kelihatan kurang ajar.Aura mendengus geram. Bela la perempuan tu. Nak aku lari pergi London lagi agaknya.“You buat apa dekat sini Tasha?” Soal Zaffrel pula.“I datang sebab nak minta maaf..”“Bohong! Ka

  • JADIKAN DIA MILIK AKU (BAHASA MALAYSIA)   JDMA-36

    (DIA KEMBALI)“Mummy!” Aura sudah tidak tenang saat Datin Rasyidah ingin membuka kabinet yang didalamnya adalah Adrian dan Ilham.Zaffrel yang baru sahaja tiba di ruang dapur mula risau saat melihat Datin Rasyidah ingin membuka kabinet tersebut.“Adrian!” Bunyi suara jerkahan seseorang dari arah pintu utama menghentikan niat Datin Rasyidah dari terus membuka pintu kabinet.Jiwanya seakan luruh mendengar sebaris nama yang amat dirinduinya. Adrian? Adrian ada dekat sini?Datin Rasyidah terus berlari ke arah ruang tamu mencari empun

DMCA.com Protection Status