Encik Jamal menyerabutkan kepalanya dengan decitan tidak lepas dari bibir. Kepergian anak perempuannya beberapa hari ini membuatnya rasa kurang senang. Biasanya waktu pagi sebegini Amanda telah siapakan makanan pagi untuknya. Amanda tidak pernah lupa tugasnya sebagai seorang anak. Menolong siapkan apa yang patut. Semuanya hilang begitu saja selepas bertemu dengan lelaki muda Itali itu. Siapa dia? Kekasih Amanda?
"Aku janji, aku takkan sesekali bagi peluang untuk kau bahagia dengan lelaki tak guna itu! Aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri." Encik Jamal senyum sinis.
Air keras yang ada di atas meja diminum rakus. Berselarak botol air keras itu di bawah lantai. Gara-gara Amanda merubahnya jadi gila sampai begini sekali. Bibir kering kehitaman itu dijilat dengan senyum paling menakutkan sekali. Rancangan untuk merogol anak perempuannya hilang begitu saja. Kalaulah Dylan tak muncul ke sini, pastinya rancangannya berjaya.
"Amanda....aku akan dapatkan apa yang aku nak. Termasuk...mengandungkan anak aku..." Terbahak-bahak lelaki tua itu ketawa.
"Allah!"
Amanda bangun dari tidur secara mengejut. Habis seluruh anggota tubuhnya dipenuh dengan peluh. Peluh yang merenik pada dahi dikesat kasar dengan telapak tangan. Mengigil hebat tangannya dengan mata memerah mahu menangis. Bening halus kian menuruni pipi diiringi dengan esakan kuat.
"Ma...tolong Manda...p...pa-papa nak rogol Manda...tsk...tsk...tsk..." rintih Amanda kesayuan.
Pintu dikuak dari luar, terjegul tubuh sasa Dylan memegang fail kerja. Muncul garis halus pada dahi mendengar esakan seseoarang. Tergamam, itu yang Dylan rasa apabila tubuhnya dipeluk Amanda.
"Hey darling..."
Fail yang dipegang diletak atas rak terlebih dahulu. Tubuh Amanda dipeluk sambil tangan sebelah lagi menggosok belakang tubuh itu. Esakan Amanda makin menjadi-jadi. Risau membelenggu diri melihat keadaan Amanda. Kalau tahu ini yang akan terjadi, Dylan takkan tinggalkan perempuan ini sendiri. Baik buat kerja dekat dengan Amanda, senang untuknya memantau apa yang patut. Kasihan Amanda...
"You okay?" Rambut panjang itu diusap lembut.
"Sa-saya mimpi papa cuba nak buat benda bukan-bukan dekat saya." Pelukan dieratkan dengan esakan yang masih kedengaran.
Dylan ketap kuat gigi dengan tangan menggempal penumbuk. Panas hati mendengar apa yang dikatakan Amanda. Jujur, biarpun ia adalah sebuah mimpi tapi khabaran itu memberi impak yang besar kepadanya.
"Non piangere piccola. Era soltanto un brutto sogno" (Don't cry baby. It was just a bad dream)
Amanda laju menggeleng.
"T...ta-tak, saya dapat rasa setiap kejadian itu benar-benar berlaku. Saya dapat rasa perkara buruk akan berlaku jika saya bertemu dengannya. Saya takut...tsk...tsk...tsk..." rengek Amanda sedih. Basah baju yang dipakai Dylan kerana air matanya.
"Mia Cara, No, no, no, non piangere. Piccola, non piangere. Guardami. Sono qui."(My darling, no, no, no, don't cry. Baby, don't cry. Watch me. I'm here)
Tepi muka Amanda diusap lembut dengan senyuman manis. Air mata yang masih mengalir diseka lembut. Mukanya dirapatkan lalu ciuman diberikan pada kedua anak mata itu.
"Please stop..." tolak Amanda lembut.
Dylan senyum senget. Diteruskan ciuman pada kedua anak mata itu. Selagi Amanda menangis, dia akan teruskan. Dylan tak suka tengok perempuan kesayangannya menangis.
"Dylan..." suara Amanda sengaja ditekan mengisyaratkan dia sedang marah ketika ini.
"Yes darling?"
Dylan tidak juga berhenti. Merah muka Amanda menerima ciuman bertalu-talu dari lelaki itu. Rimas terasa kerana nafas hangat lelaki itu dekat dengannya. Menghantar perasaan aneh dalam dirinya.
"Dylan stop it immediately otherwise I get really angry."
Dylan ketawa kecil. Tangisan Amanda hilang begitu saja. Tiada lagi air mata yang menyakitkan anak matanya. Malah senyuman manis terkutik dibibir cantik itu. Muncung panjang perempuan itu dikucup lembut.
"Piccola mia non piangere, non serve, sono qui, con te"(My baby don't cry, it's no use, I'm here, with you)
Kepala itu diusap, turun pula pada bahu. Helaan nafas lega keluar dari bibir saat anak mata menatap senyum manis milik kekasih hati. Dalam hati, Dylan berharap agar Amanda tidak lagi memikirkan tentang papanya. Dylan tak nak Amanda menangis lagi.
"I'm afraid to meet him."
Nafas dihembus berat. Lelaki tua itu lagi?
"Vieni qui." (Come here)
Tangan halus ditarik ke katil. Dylan bersila sambil tubuh kecil itu diangkat duduk di atas ribanya. Belakang kepala Amanda dicium lama. Tak sudah nafas berat keluar dari bibir itu. Kenapa perlu Amanda ingat pada lelaki tua itu? Lupakah Amanda anggota tubuhnya dibidas dengan tali pinggang kerana perbuatan lelaki tua itu?
"Se mi vuoi io ci sarò per te" (If you want me, I'll be there for you)
Dylan paut lembut dagu Amanda agar anak mata mereka bersatu. Senyum semanis gula dihulur.
"Sempre..." (Always)
Degupan jantung Amanda berdetak laju dengan rasa aneh mengetuk pintu hati. Suara pujukan dengan kata bahasa ibunda yang tidak difahami itu bagai air sejuk yang menyimbah dirinya. Hilang setiap rasa negatif dalam dirinya. Kata-kata yang ditutur lelaki itu bagai pelindung buatnya.
"Walaupun saya tak faham apa yang awak cuba cakap, tapi saya tahu awak cuba lindungi saya dari papa." Amanda pusing tubuh mengadap Dylan. Setia tubuhnya di atas riba tanpa berniat untuk beralih. Mata Amanda berkaca mahu menangis. Terharu ada orang yang masih mengambil tahu tentangnya.
"Non piangere piccola andrà tutto bene" (Don't cry baby it's gonna be okay) pujuk lelaki itu lembut.
Kedua pipi Amanda dicium sayang.
"Io sono qui, accanto a te" (I am here, next to you)
Dylan tidak puas memujuk perempuan itu. Hidungnya dilaga bersama dengan hidung Amanda. Air mata Amanda menitis tanpa dapat ditahan. Amanda kalah dengan rasa sebak ini. Terasa disayangi. Namun, jauh di sudut hati ada kerisauan menjengah mengenangkan papanya di Malaysia. Kenal dengan lelaki tua itu. Besar kemungkinan Amanda akan dicari.
"Saya takut apa-apa berlaku pada awak. Saya kenal papa saya... dia akan terus mencari saya. Jika saya berada di sini berterusan, besar kemungkinan dia akan datang ke sini untuk mengambil saya. Saya tak tahu sama ada di cari saya kerana risau mahupun ada rancangan yang ingin dia lakukan pada saya." Amanda menyuarakan rasa hatinya. Tak sedap hati jika bersama lelaki ini. Banyak impak yang akan perlu mereka hadapi. Papa ada anak buah sendiri dan semua kemungkinan boleh berlaku sekelip mata.
"Manda..." Dylan mengenggam erat kedua tangan Amanda.
"Seperti yang aku pernah katakan pada kau, aku takkan sesekali takut untuk berlawan dengan fizikal mahupun mental dengan papa kau. Selagi aku bernyawa, aku akan menjaga kau." Bibir itu dicium sesaat.
"Aku haramkan libasan tali pinggang mengena tubuh kau lagi... aku tak suka tengok kau menangis Manda..." Anak mata Dylan berkaca.
"Ti amo più di ogni altra cosa al mondo," (I love you more than anything in the world)
Tepi muka Amanda diusap lembut.
"Ti amo più di me stessa, lo giuro..." (I love you more than myself, i swear...)
Suara lelaki itu menggeletar menahan rasa. Amanda gigit kuat bibirnya. Tubuh lelaki itu didakap erat.
"I'm sorry..."
Amanda tak tahu apa sebabnya meminta maaf. Cuma... dia tak suka melihat lelaki itu nampak lemah begini kerananya.
"I'm sorry..." untuk sekali lagi Amanda ulang ayat yang sama.
Tak ada balasan dari lelaki itu. Basah belakang baju Amanda. Dylan menangis?
If you've come here from *** or novel plus. I'd like first to thank you for following me on this journey. Jgn lupa share and follow sy dlm *** Mecxira. Hehe Bye!
Adya dan Fatin sedang enak makan bersama. Sejak tadi bicarakan tentang Amanda. Sejak kebelakangan ini, bayang tubuh itu tiada dalam bilik kuliah. Dah ditanya semua orang dalam kuliah, tetap tak ada jawapan. "Kau rasa dia pergi?" soal Fatin kerisauan. Kalau Amanda boleh nak bercakap bahasa indonesia. Tapi bukan dia, Fatin jenis tak tengok sinetron indonesia. Entahlah, tak berminat. "Aku si ngak tahu, Manda ngak pernah hilang sampe kayak gini sekali. Aneh aku." Adya angkat kedua bahunya. "Itulah, aku pun tak tahu Manda hilang pergi mana. Aku lawat rumah dia, jumpa Encik Jamal. Encik Jamal tak ada. Nampak kosong aje rumah." Fatin teringat kembali sewaktu dia pergi ke rumah Amanda beberapa hari lalu. Langsung tak ada orang. Menakutkan
Amanda tersenyum sendiri teringatkan semua perbuatan Dylan padanya. Lelaki itu benar-benar menjaganya dengan baik. Bagai mereka berdua adalah suami isteri. Amanda rasa jatuh cinta pada lelaki itu tapi pada masa yang sama, tetap diletakkan jurang di antara mereka berdua. Kedengaran pintu dibuka menarik perhatiannya, Senyum manis dari Dylan dibalas seperti biasa. "Nak keluar tak?" ajak Dylan teruja. Amanda mengangguk. Dylan berura-ura nak piggyback Amanda. Namun, saat telefon pintarnya berbunyi menghentikan perbuatannya. "Jap darling." Dylan melangkah ke balkoni. "Ciao Andea." (Hello Andea) Amanda pandang Dylan tidak berkelip. Gaya lelaki itu bersandar tubuh pada palang balkoni menarik perhatiannya. Perlahan mencairkan hatinya yang telah berputik cinta buat lelaki itu. Amanda senyum kecil. "Se quello che dice è vero, allora me lo racconti."(If what you say is true, then tell me)"suara lelak
Dylan memegang erat tangan Amanda. Mata-mata yang memerhati dibiarkan saja. Ada bisikkan cemburu kerana lelaki terkaya di dalam Itali kini telah mempunyai teman wanita. Tak sangka dalam diam Dylan menyimpan perempuan secantik Amanda. Amat sepadan pasangan berdua itu. Cantik dan kacak! "Kenapa semua orang tengok kita berdua lain macam?" "Vuoi sapere perché?" (You want to know why?) Dylan senyum kacak. Hampir kaum Hawa nak terpengsan kerana terkejut. Dylan tidak pernah senyum dan apabila tarikan bibir itu menampak, hati bagai terpaut dan terpesona. "Huh?" "Eri così bella..." (You were so beautiful)puncak hidung Amanda dicium berkali-kali. "Malulah orang tengok! Jangan nak buat hal depan orang ramai boleh tak?" suara Amanda tertahan dari marah saja. "Okay, okay aku dah tak kacau kau." Dylan angkat kedua tangannya. Menyerah. Amanda menjeling tajam Dylan. Sengihan menampak dari bibir itu. Amanda
"Svegliati Manda," (Wake up Manda) Pipi Amanda ditepuk beberapa kali. Sesekali rambut panjang itu diusapnya. Tepisan dari Amanda menyebabkannya ketawa. Perempuan kalau tidur dalam kereta memang tak ingat dunia eh? "Manda,siamo a casa." (Manda, we're home) Muka Amanda dicium bertalu-talu sehingga Amanda kerimasan. "Kita dah sampai, jomlah masuk." ajak Dylan lembut. "Saya malas nak berjalan...."rengek Amanda tanpa celik mata. Malasnya! "Okay." Dylan cempung tubuh Amanda masuk ke dalam rumah. Dibaringkan tubuh kecil itu di atas sofa. Tubuh sasa itu dibawa tindih tubuh kecil itu. Senyum kecil terkutik apabila Amanda masih enak tidur tanpa merasa terganggu dengan perbuatannya menggomol muka cantik itu. "Jom masak sama-sama nak?" ajak Dylan manja. "Mmh ... not now ... I'm still sleepy..." rengek Amanda tidak puas hati. Ditolak wajah lelaki itu dari dekat dengannya. "Se con me
Terasa dahinya basha dengan sesuatu gagahkan anak matanya celik. Dylan menebar pandangan ke sekeliling dengan muka berkerut seribu. Bunyi kuakan pintu, terjengul tubuh Amanda yang ada beberapa meter darinya. "Esci subito da casa mia. Per favore..." (Get out of my house right away. Please) Dylan capai duvet miliknya lalu dibungkus seluruh anggota tubuh. Mata dipejam rapat berharap agar kantuknya akan hadir kembali belenggu diri. Namun sayang, matanya kelihatan degil untuk terus segar tanpa ditutup. "Dylan..." "Lasciami stare porca." (Leave me alone) Dylan ketap kuat giginya, tilam dekat dengannya seperti dihenyak oleh seseorang dan tak lain, tak bukan itu adalah perempuan kesayangannya iaitu Amanda. Keluhan berat dilepaskan. Apabila diberikan kebebasan, kenapa Amanda memilih untuk mengambil peduli tentangnya? Kenapa tidak tinggalkan Dylan sendiri aje? "Saya nak jelaskan dekat awak apa yang cakapkan
Encik Jamal senyum sehingga menampakkan setiap barisan giginya yang tidak teratur. Kehadirannya dalam negara Itali memberikan rasa bahagia yang tak dapat hilang dari hatinya. Rancangannya hanya satu, dapatkan Amanda dari tangan lelaki tak guna itu. Sesuka hati membawa anak perempuannya ke sini. Tak akan sesekali dia benarkan lelaki itu membawa Amanda jauh darinya lagi. Tak akan! Bunyi nada dering telefonnya berbunyi, lantas diangkat saat tertera nama anak buahnya. "Hello!" "Hello tuan," Ahmad tahan suara dari kedengaran getar takut. "Asal? Jumpa tak apa yang aku nak? Aku harap jawapan yang kau berikan pada aku memuaskan hati, kalau tak aku akan bunuh kau malam ini juga." ugut Encik Jamal keras. "Maaf, tiada maklumat yang saya dapat." nafi Ahmad. Longlai kakinya untuk berdiri. Terlalu takut saat ini. Bukan takut pada Encik Jamal tapi pada lelaki yang sedang merenungnya ketika ini. "Kau memang tak guna! Kau dengar sini
"Jangan buat Manda macam ni papa, Manda merayu....jangan papa...jangan..." racau Amanda. Peluh merenik pada dahi manakala kedua tangannya mengenggam erat duvet yang membungkus diri. Teresak-esak Amanda menangis kerana mimpinya yang begitu menakutkan sekali. Bibirnya tidak sudah menyebut perkataan 'jangan'. "Jangan buat Manda macam ni....tolong...." rintih Amanda sayu. Dylan yang baru keluar dari bilik air terus menerpa ke arah Amanda. Pipi mulus itu ditepuk beberapa kali dengan rasa risau yang membelenggu diri. Sejak tadi dia mendengar racauan dan jeritan dari Amanda. Banyak kali jugak Amanda menjadi agresif begini. Bagai takut akan sesuatu dan Dylan tahu Amanda takut pada Papanya. Sedang alami mimpi yang sama rasanya. "You okay baby?" soal Dylan lembut. Amanda bangun secara mendadak dengan nafas naik turun. Tak lengah masa, tubuh sas
Encik Jamal menyerabutkan rambutnya yang panjang itu. Merata tempat dirinya mencari anak perempuannya. Meleset, tak ada jawapan untuk itu. Bahunya dilanggar oleh seseorang. Decitan kasar keluar dari bibir sebelum lengan si pelanggar ditarik kuat agar berdepan dengannya. Tergamam, itu yang Encik Jamal rasakan apabila raut wajah cantik itu menyapa pandangan matanya. Biarpun tampak berumur, namun masih cantik seperti dulu. "Kau?" Jen terdiam, bungkam melihat lelaki yang pernah menidurinya dahulu. Lelaki yang tidak mahukan zuriat darinya dan disebabkan lelaki itulah dia berpisah dengan anak lelakinya. Sampai saat ini! "Non ti conosco."(I don't know you) Gigi diketap kuat, amarahnya naik mendadak kerana sikap perempuan itu yang berpura-pura dengannya. Pasti sengaja buat-
Beberapa bulan kemudian... Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka. Kepada anakku Amanda, Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu. Amanda tekup mulut, benarkah? Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.... Yang benarJamal "Babygirl...." L
Tok! Tok! Tok!"Ibu! Ibu!Ibu!"Dylan dah naik risau, dah berapa kali dia ketuk pintu dan mengucapkan salam tapi langsung tak ada sahutan. Tak ada tanda untuk pintu dibuka."Ibu macam takde, Ahmad pun takde keluar. Ada apa-apa jadi ke ni?" soal Dylan kerisauan."Jom kita try masuk." Andrea rempuh pintu sehingga pintu terbuka.Masuk saja, terus dicari keberadaan sang ibu. Tak ada langsung batang tubuh tua itu. Malah, Ahmad jugak tiada. Andrea serabutkan kepalanya."Ibu dan Ahmad tak ada, semua bilik abang dah cari." Amanda angguk."Manda pun tak nampak sesiapa dalam rumah ni. Kosong aje." Andrea ketap kuat giginya."Biar Rea call ibu."Namun,Tidak langsung diangkat, voice mail aje yang keluar. Satu mesej whatsapp yang dihantar ibu didengari."Cari ibu...kalau Rea masih sayangkan ibu. Kalau tak...."Mata Andrea berkaca."Biarkan ibu mati."Beberapa titis mutiara jatuh, salahnya tidak mengambil peduli penjelasan ibu ketika itu. Salahnya menilai tanpa menyiasat terlebih dahulu."Ibu dicul
Puan Ana terbaring lemah di bawah lantai. Badan tak kuat dan kini kehilangan arah, fikirannya kusut sekali memikirkan tentang Andrea dan Andra. Dalam diam, hatinya merintih mahukan dua anak lelakinya itu. Namun, mengenangkan Andrea bencikan dia, juga Andra tidak tahu hilang entah ke mana. Mana lagi jalan yang harus dia pilih selain redha. Mungkin dia patut mati kan? "Kau fikirkan apa orang tua?" Diam, Dan itu menyakitkan hati lelaki bertopeng itu. "Aku ingatkan kau dah mati, rupa-rupanya masih hidup. Kuat jugak kau eh? Aku tak bagi makan pun kau boleh hidup macam orang biasa." Terkatup rapat bibir itu menerima kata pedas itu. Tak ada langsung hati nak membalas. Tubuhnya lemah tidak berdaya, nak bangun pun tak boleh. Saat ini Puan Ana berbaring di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. "Apa lagi yang kau nak? Mana janji kau temukan aku bersama anak lelaki aku? Mana Andra? Mana anak aku?" "Kau percaya?" Tsk! "Janji tak semestinya ditepati, aku tak rasa kau patut jumpa anak lelaki
Luna menangis hiba, cincin yang indah tersarung pada jari ditatap lama. Tak jangka keputusan lelaji itu adalah mengahwininya sedangkan pilihannya adalah berkahwin bersama Dylan. "Darling...." Sepantas kilat air mata dihapus, senyum manis diukirkan untuk Fabio. Tahu lelaki itu tak suka dia menangis, andai nampak Luna menangis pasti dirinya dipukul. "Darling menangis ke? Hmm? Terpaksa kahwin dengan Dani? Atau masih sayangkan Dylan?" Menggeletar hebat tubuhnya apabila tepi mukanya dicium Fabio. "Luna sayangkan Dani, tak baik Dani buruk sangka tau." pujuk Luna. "You sayangkan I?" Macam buruk belatuk Luna mengangguk. "Betul you sayangkan I." Kedua pipinya diusap lembut. "I betul-betul sayangkan you. Percayalah cakap I, I tak tipu tau." "Macam mana kalau I cakap...." Luna gigit bibir. Tahu apa yang lelaki itu mahukan. "I nak you layan I atas katil macam sebelum ni tapi...." Fabio menggeleng. "I tak nak kalau I yang mulakan secara paksa. I tak nak sakitkan you, I sayangkan you...."
"Kenapa masam sangat ni? Hmm?" Amanda labuh duduk di atas kerusi. 'Nampak stress aje muka Dylan, ada apa-apa yang terjadi ke?' "Si Rea tu, hubby tak faham betullah. Hubby arahkan Ahmad bagitahu Rea untuk fail kerja tadi. Tunggu punya tunggu dalam bilik meeting, langsung tak ada batang hidung. Nasib baik PA hubby bawak fail tu, kalau tak susahlah nak deal dengan syarikat baru ni." "Mungkin Rea busy, hubby fikir positif je. Tak mungkin Rea ingkar arahan hubby tanpa sebab kan?" "Dah try positiflah ni, kalau tak dah lama hubby hambur marah aje dekat si Rea tu." Amanda ketawa kecil. "Apa gelak-gelak? Nak kena geletek ke hmm?" Tak dan menggeleng, tubuhnya menjadi sasaran lelaki itu. Terbahak-bahak Amanda ketawa, rumah pun dah bergema dengan suaranya aje. "Mana ada gelak, stop! Stop!" "Nak gelakkan hubby lagi ke? Hmm?" "Tuan." Panggilan dari Andrea menghentikan perbuatan Dylan. Dehem kecil dibunyikan sebelum tubuhnya diangkat bangun. Baju kemejanya dibetulkan, tubuh dipeluk gaya nak
Andrea ketuk beberapa kali meja, sejak tadi matanya fokus pada pintu cafe aje. Semuanya kerana Ahmad, dikatakan ada sesuatu yang perlu dia ketahui. Tapi apa? "Sorry aku lambat, kau dah lama tunggu ke?" sergah Ahmad lalu duduk dilabuh di hadapan Andrea. "Kau selalu tak tepati janji kan?" "Aku jumpa ibu kau tadi." Andrea angguk. "Patutlah..." "Terima kasih kau tumpangkan aku beberapa hari tinggal rumah kau. Biasalah, aku takde rumah. Nak sewa rumah, duit aku kurang. Nak tinggal sebumbung dengan Dylan, aku tak rasa itu pilihan yang selamat. Kau tahu Dylan dah kahwin kan? Mana tahu tiba-tiba jeles. Habis aku dilunyai agaknya." Andrea ketawa kuat. "Kelakarlah kau ni, ada pulak macam tu eh? Dylan okay aje, kau yang fikir jauh sangat. Padahal Dylan tak cakap apa-apapun. Aku pun tak faham dengan kau, Dylan suruh kau tinggal bersama dia, kau tolak mentah-mentah. Kau datang sana pun atas arahan, kalau tidak memang tidaklah nak nampak muka kau."Ahmad sengih malu. "Itupun, lepas siap kerja
"Tahniah, kamu sedang mengandung dua bulan, jangan buat kerja berat-berat. Pastikan cukup rehat, okay?" Luna ketap kuat giginya, terngiang-ngiang apa yang dikatakan doktor pada Amanda. Gilakah dia? Jika Luna mengintip setiap pergerakan suami isteri itu? "Gila atau tak, Dylan milik aku! Tak ada siapa yang boleh rampas aku dari dia! Bahkan Manda pun, aku takkan bagi peluang!" Lagak orang gila bercakap seorang diri, dari jauh Fabio pandang Luna. Perlahan langkah dirapati perempuan itu. "Seorang aje ke?" Duduk dilabuh di sebelah Luna. "You buat apa dalam rumah I? Macam mana you masuk? Bukan I kunci pintu tadi?" "I masuk melalui tingkap." Luna tepuk dahi. "I lupa...." Fabio sandar tubuh pada sofa. "You selalu lupa kan? Bab Dylan tak ada pulak you lupa. Pelik kan? Atau you cinta mati dengan si Dylan tu?" Luna pekakkan telinga. "Eh kejap....bukan you yang mainkan perasaan Dylan ke? Macam mana you boleh ingat Dylan? Eh? I tak faham, cuba you explain dekat I, maybe I boleh tolong k
Sejak dari Luna selalu menganggu Dylan, Amanda banyak termenung memikirkan hal buruk saja. Terbit dalam hati rasa takut, takut jika Dylan beralih arah sayang pada Luna. Amanda tak ada kekuatan andai itu yang terjadi. "Babygirl...." Diam, "Babygirl, dengar tak hubby panggil ni?" Rambut panjang itu diusap, barulah kepala itu menoleh pandang dirinya. "Hubby tak mandi lagi ke?" Dari pemakaian kemeja, Amanda tahu lelaki itu baru saja pulang dari tempat kerja. Raut wajah itu terlihat gusar, tidak seperti selalu ceria dan tersenyum. "Macam mana hubby nak mandi kalau hubby panggil babygirl, babygirl diam? Hubby risau tau." ujar Dylan kerisauan. "Manda okay, tak ada apa yang perlu dirisaukan." Senyum nipis dilakar. "Hubby kenal babygirl dah lama tau, semua tentang babygirl hubby tahu. Biasanya babygirl diam macam ni bersebab kan? Ada yang tak kena ke? Atau ada yang perlu hubby jelaskan sesuatu?" 'Macam mana Dylan tahu isi hati aku?' monolog Amanda sendiri. "Betul eh?" Dylan ketawa c
"Aku tengok kemain dia merajuk dengan kau." Ahmad kerling Amanda. Beberapa meter dari mereka berdua. "Gaduh sikit aje, biasalah pasangan muda yang baru kahwin." Dylan pandang Amanda, saat mata bertaut. Laju mata cantik itu dialih pandang ke arah lain. Senyum sikit terkutik di bibir. "Aku tak faham dengan kau berdua ni, benda kecik pun boleh bergaduh bagai." "Biasalah dugaan orang yang dah kahwin. Kau apa tahu?" Ahmad mendecit. "Eleh kau, mentang-mentang aku single kau layan aku macam ni eh? Kurang asam!" Dylan senyum jahat. "Siapa tahu kau dapat jumpa seseorang dalam masa terdekat kan? Siapa tahu kan?" sakat Dylan. "Aku tak fikir sampai ke tahap tu, aku nak hidup single dulu. Tak puas lagilah nak enjoy, kalau ada isteri susah nak enjoy macam zaman muda sekarang." "Korang sembang apa lagi? Cepatlah sikit, Manda dah nak balik ni. Dah lewat sangat ni, tak takut ke?" "Takutlah....Oh no....takut...." ejek Ahmad kejam. "Hey!" Jari tuding pada Ahmad. "Babygirl..." Jari yang menudi