Amanda tersenyum sendiri teringatkan semua perbuatan Dylan padanya. Lelaki itu benar-benar menjaganya dengan baik. Bagai mereka berdua adalah suami isteri. Amanda rasa jatuh cinta pada lelaki itu tapi pada masa yang sama, tetap diletakkan jurang di antara mereka berdua. Kedengaran pintu dibuka menarik perhatiannya, Senyum manis dari Dylan dibalas seperti biasa.
"Nak keluar tak?" ajak Dylan teruja.
Amanda mengangguk. Dylan berura-ura nak piggyback Amanda. Namun, saat telefon pintarnya berbunyi menghentikan perbuatannya.
"Jap darling." Dylan melangkah ke balkoni.
"Ciao Andea." (Hello Andea)
Amanda pandang Dylan tidak berkelip. Gaya lelaki itu bersandar tubuh pada palang balkoni menarik perhatiannya. Perlahan mencairkan hatinya yang telah berputik cinta buat lelaki itu. Amanda senyum kecil.
"Se quello che dice è vero, allora me lo racconti."(If what you say is true, then tell me)" suara lelaki itu kedengaran biasa. Namun, terselit kekerasan yang ditahan.
Amanda setia mendengar tanpa mencelah. Berkerut dahi dengan perubahan mendadak dari lelaki itu. Perasaan takut menyelubungi diri melihat muka tegang milik Dylan. Terlalu marah akan sesuatu. Ada sesuatu yang tidak kena ke? Dylan akan pukul Amanda ke nanti? Fikiran negatif mula memenuhi minda. Amanda takut!
"Vuoi che ti uccida?"(Do you want me to kill you?) soal Dylan dengan suara di celah gigi.
Rambut diserabut dengan gigi diketap kuat menahan amarah yang tak dapat ditahan lagi. Kerja senang yang diberikan pada Andea adalah menculik ayah Amanda. Itu pun tak boleh? Terlepas? Jawapan apa ni?
"Vuoi che ti elenchi gli innumerevoli errori che hai commesso?"(You want me to list the countless mistakes you've made)
Dylan bersuara sekali lagi. Lebih kerasa dan lantang sehingga mengejutkan Amanda. Bertemu saja mata dengan Amanda, terus senyuman manis terkutik di bibir. Memujuk Amanda agar tidak takut dengan kemarahannya ini. Bukan Dylan marah pada Amanda tapi pada Andea. Andea yang selalu cuai!
Amanda senyum takut-takut. Bajunya diramas kuat. Habis berpeluh muka dan telapak tangannya kerana perasaan negatif ini. Dah cuba tenangkan diri dengan tarik nafas. Namun. tak ada tanda untuknya merasa lebih baik. Malah makin burukkan keadaan.
"Cosa vuoi che faccia?"(What do you want me to do?) Andea berkata perlahan. Takut pada boss besarnya ini.
"Hai intenzione di restare ferma lì ad aspetta che qualcuno ti uccida prima di me?"(Are you going to stand there waiting for someone to kill you before me?) soal Dylan garang.
Agaknya nak Dylan upah seseorang bunuh Andea terlebih dahulu baru sedar agaknya. Buat ajelah kerja dengan lebih baik. Susah sangat ke?
Kepala diurut perlahan. Sakit kepala kalau terus begini.
"Se vuoi vivere devi rispettare le regole"(If you want to live you have to respect the rules) Suara Dylan makin perlahan. Tak ada marah-marah seperti tadi.
Andea tunduk menekur tanah. Mengangguk faham dengan peraturan dari boss besarnya yang tidak suka melakukan kerja cuai dan tidak teratur. Dylan mahukan ketepatan dan kebijaksanaan dalam setiap rancangan dan selalu Andea menghancurkan rancangan sendiri.
" Vuoi che Dylan ti uccida?"(Do you want Dylan to kill you?)
Andea menggeleng laju.
"Andea, perché non vuoi parlare?"(Andea, why don't you want to talk?) soal Dylan dengan senyum senget.
Dylan kerling Amanda. Berkerut dahinya melihat Amanda nak keluar dari bilik meninggalkannya sendiri.
"Ti richiamerò."(I'll call you back)
Talian terus dimatikan tanpa memberi apa-apa isyarat. Laju kakinya mengejar langkah Amanda. Tak sempat tubuh itu keluar, Dylan telah memeluk ketat agar tidak dapat bergerak.
"Ja...ja-jangan pukul Manda....Ma...ma-manda minta maaf....tsk...tsk...jangan...jangan..."rintih Amanda dengan deraian air mata.
"Non lo farò Manda, te lo prometto..."(I won't Manda, I promise you) pujuk Dylan lembut,
Rontaan Amanda dibiar sepi bagai angin lalu. Ubun-ubun itu dikucup sayang lalu dengan lembut belakang badan itu diusap sehingga tubuh itu mengendur dan tidak menangis lagi.
"Manda takut..." rengek Amanda bagai budak kecil yang memerlukan perhatian.
Dylan menggeleng. Tak akan dia lakukan itu pada Amanda. Janjinya satu iaitu melindungi dan menjaga Amanda dari Encik Jamal yang kejam tanpa perasaan itu.
"Manda takut kalau papa pukul lagi, Manda tak nak pa..." Amanda menggeleng. Basah kedua pipinya dengan air mata.
"Ti proteggerò da tutto, non temere mai."(I will protect you from everything, never fear)
Tubuh Amanda ditepuk beberapa kali. Sesekali tepi kepala itu dicium.
"Aku janji akan jaga kau sampai hembusan nafas terakhir aku. Okay?" Amanda angkat kepala pandang Dylan.
Cup!
Cup!
Kedua anak matanya mendapat ciuman hangat dari Dylan. Amanda hela nafas lega, tangan yang masih mengigil menarik tangan besar itu agar berpegangan dengannya. Dylan tanpa tepisan terus mengenggam lalu dibawa pada bibir. Dicium bertalu-talu.
"Vieni andiamo a mangiare qualcosa."(Come on let's go eat something)
Muka Amanda berkerut seribu. Terbuntang mata apabila bibir Dylan singgah pada bibirnya.
"Jangan buat muka macam tu, aku tergoda." Dylan ketawa macho.
Amanda berdehem kecil. Hilangkan rasa aneh yang makin mendesir tanpa dapat ditepis. Muka dah rasa panas kerana perasaan malunya ini. Pipinya ditarik manja oleh Dylan.
"Come on let's go eat something." Dylan angkat Amanda gaya bridal style lalu dibawa turun ke tingkat bawah menuju ke kereta mewah miliknya.
"Saya boleh jalanlah! Malulah kalau awak dukung saya macam ni. Saya bukan budak-budak lagi. Turunkan saya. Please..." pinta Amanda. Meleset, gelengan yang dihadiahkan lelaki itu padanya. Tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam kereta. Anggukan diberi, lantas pemandunya memandu keluar dari kawasan perumahannya.
"Nak pergi mana? Mall? Nak beli baju atau barang kemas?" soal Dylan bertalu-talu.
Erk? Emas? Pakaian? Apakah?
"Saya tak suka barang kemas macam tu, seeloknya awak simpan duit untuk kahwin. Mungkin itu akan jadi idea yang lebih baik. Awak semakin tua dan tipulah kalau awak tak nak kahwin kan? Awak sepatutnya belikan semua barang untuk isteri awak bukannya untuk saya."
Amanda sengih nampak gigi. Lega bila dapat keluarkan semua kata itu. Jujur dia sukakan Dylan tapi mengenangkan dirinya yang serba serbi tidak sempurna membuatkan Amanda rasa rendah diri. Biarlah orang lain menjadi isteri Dylan. Amanda terima dengan hati terbuka.
"Nak tahu tak siapa girlfriend aku?" soal Dylan dengan kedua kening diangkat tinggi.
"Siapa?" soal Amanda dengan rasa ingin tahu membuak-buak.
"Sei tu, la mia fidanzata."(It's you, my girlfriend)
Amanda garu kepala tidak gatal. Tak faham apa yang Dylan katakan padanya. Dah banyak kali cuba translate dalam kepala tapi tak ada jalan yang ditemui. Semua yang dia dapat adalah jawapan kosong saja. Apa yang Dylan katakan sebenarnya?
"Ti daro' cio che vuoi."(I will give what you want) sambung Dylan lagi.
Senyum manis melebar melihatkan reaksi blur dari Amanda. Biarpun Amanda tak tahu, tapi itu sudah membuatkannya rasa lega. Sekurang-kurangnya tak adalah Dylan mendengar ayat penolakan dari Amanda. Dylan tak suka ditolak. Lebih-lebih lagi dari kekasih hatinya ini.
"Tu sei mia Manda, sei solo mia okay?"(You are my Manda, you are only mine okay?) Dylan mengusap lembut kepala Amanda.
"Awak cakap apa ni? Saya tak faham." Amanda cekak pinggang nak marah.
"Baciami"(Kiss me)
Dylan tuding jari pada bibirnya. Senyum manis menghiasi bibir melihat muka cemberut milik Amanda.
"Nak tahu jawapan atau tak?" uji Dylan dengan senyum penuh makna.
"Nak..."perlahan suara Amanda.
"Habistu..." Dylan buat seperti tadi. tuding jari pada bibirnya.
"Awak main tipu, awak cakap nak bagitahu saya dan sekarang awak buat rancangan supaya saya cium awak. Tak naklah...tipu. Tipu and tipu!" rengek Amanda geram.
"Mana ada tipu, aku cuma nak bagitahu hal sebenar dan jawapan yang kau nak perlukan hadiah yang menguntungkan aku. Tak aci kalau terus bagi tanpa apa-apa hadiah." Dylan sembunyi senyum. Suka betul kenakan Amanda. Muka cantik Amanda yang berona merah itu ditatap tanpa jemu.
"Tapi..."
"Tak ada tapi-tapi. Kena cium jugak!" desak Dylan.
"Okay..." Amanda buat mata ke atas.
Dylan sengih sampai ke telinga apabila bibirnya telah dicium Amanda.
"Dah." Amanda kesat bibirnya. Namun,
"Hey!" marah Amanda saat bibirnya dijamah Dylan.
"Fair enough, right?" Dylan tarik manja hidung Amanda. Terkekeh lelaki itu ketawa. Bahagia hidup.
Quotes for today, If it’s important to you, you’ll find a way. If not, you’ll find an excuse. Challenges are what make life interesting. Overcoming them is what makes life meaningful. See you guys next chap! Bye! Love you all! Jangan lupa share crite ni tau!
Dylan memegang erat tangan Amanda. Mata-mata yang memerhati dibiarkan saja. Ada bisikkan cemburu kerana lelaki terkaya di dalam Itali kini telah mempunyai teman wanita. Tak sangka dalam diam Dylan menyimpan perempuan secantik Amanda. Amat sepadan pasangan berdua itu. Cantik dan kacak! "Kenapa semua orang tengok kita berdua lain macam?" "Vuoi sapere perché?" (You want to know why?) Dylan senyum kacak. Hampir kaum Hawa nak terpengsan kerana terkejut. Dylan tidak pernah senyum dan apabila tarikan bibir itu menampak, hati bagai terpaut dan terpesona. "Huh?" "Eri così bella..." (You were so beautiful)puncak hidung Amanda dicium berkali-kali. "Malulah orang tengok! Jangan nak buat hal depan orang ramai boleh tak?" suara Amanda tertahan dari marah saja. "Okay, okay aku dah tak kacau kau." Dylan angkat kedua tangannya. Menyerah. Amanda menjeling tajam Dylan. Sengihan menampak dari bibir itu. Amanda
"Svegliati Manda," (Wake up Manda) Pipi Amanda ditepuk beberapa kali. Sesekali rambut panjang itu diusapnya. Tepisan dari Amanda menyebabkannya ketawa. Perempuan kalau tidur dalam kereta memang tak ingat dunia eh? "Manda,siamo a casa." (Manda, we're home) Muka Amanda dicium bertalu-talu sehingga Amanda kerimasan. "Kita dah sampai, jomlah masuk." ajak Dylan lembut. "Saya malas nak berjalan...."rengek Amanda tanpa celik mata. Malasnya! "Okay." Dylan cempung tubuh Amanda masuk ke dalam rumah. Dibaringkan tubuh kecil itu di atas sofa. Tubuh sasa itu dibawa tindih tubuh kecil itu. Senyum kecil terkutik apabila Amanda masih enak tidur tanpa merasa terganggu dengan perbuatannya menggomol muka cantik itu. "Jom masak sama-sama nak?" ajak Dylan manja. "Mmh ... not now ... I'm still sleepy..." rengek Amanda tidak puas hati. Ditolak wajah lelaki itu dari dekat dengannya. "Se con me
Terasa dahinya basha dengan sesuatu gagahkan anak matanya celik. Dylan menebar pandangan ke sekeliling dengan muka berkerut seribu. Bunyi kuakan pintu, terjengul tubuh Amanda yang ada beberapa meter darinya. "Esci subito da casa mia. Per favore..." (Get out of my house right away. Please) Dylan capai duvet miliknya lalu dibungkus seluruh anggota tubuh. Mata dipejam rapat berharap agar kantuknya akan hadir kembali belenggu diri. Namun sayang, matanya kelihatan degil untuk terus segar tanpa ditutup. "Dylan..." "Lasciami stare porca." (Leave me alone) Dylan ketap kuat giginya, tilam dekat dengannya seperti dihenyak oleh seseorang dan tak lain, tak bukan itu adalah perempuan kesayangannya iaitu Amanda. Keluhan berat dilepaskan. Apabila diberikan kebebasan, kenapa Amanda memilih untuk mengambil peduli tentangnya? Kenapa tidak tinggalkan Dylan sendiri aje? "Saya nak jelaskan dekat awak apa yang cakapkan
Encik Jamal senyum sehingga menampakkan setiap barisan giginya yang tidak teratur. Kehadirannya dalam negara Itali memberikan rasa bahagia yang tak dapat hilang dari hatinya. Rancangannya hanya satu, dapatkan Amanda dari tangan lelaki tak guna itu. Sesuka hati membawa anak perempuannya ke sini. Tak akan sesekali dia benarkan lelaki itu membawa Amanda jauh darinya lagi. Tak akan! Bunyi nada dering telefonnya berbunyi, lantas diangkat saat tertera nama anak buahnya. "Hello!" "Hello tuan," Ahmad tahan suara dari kedengaran getar takut. "Asal? Jumpa tak apa yang aku nak? Aku harap jawapan yang kau berikan pada aku memuaskan hati, kalau tak aku akan bunuh kau malam ini juga." ugut Encik Jamal keras. "Maaf, tiada maklumat yang saya dapat." nafi Ahmad. Longlai kakinya untuk berdiri. Terlalu takut saat ini. Bukan takut pada Encik Jamal tapi pada lelaki yang sedang merenungnya ketika ini. "Kau memang tak guna! Kau dengar sini
"Jangan buat Manda macam ni papa, Manda merayu....jangan papa...jangan..." racau Amanda. Peluh merenik pada dahi manakala kedua tangannya mengenggam erat duvet yang membungkus diri. Teresak-esak Amanda menangis kerana mimpinya yang begitu menakutkan sekali. Bibirnya tidak sudah menyebut perkataan 'jangan'. "Jangan buat Manda macam ni....tolong...." rintih Amanda sayu. Dylan yang baru keluar dari bilik air terus menerpa ke arah Amanda. Pipi mulus itu ditepuk beberapa kali dengan rasa risau yang membelenggu diri. Sejak tadi dia mendengar racauan dan jeritan dari Amanda. Banyak kali jugak Amanda menjadi agresif begini. Bagai takut akan sesuatu dan Dylan tahu Amanda takut pada Papanya. Sedang alami mimpi yang sama rasanya. "You okay baby?" soal Dylan lembut. Amanda bangun secara mendadak dengan nafas naik turun. Tak lengah masa, tubuh sas
Encik Jamal menyerabutkan rambutnya yang panjang itu. Merata tempat dirinya mencari anak perempuannya. Meleset, tak ada jawapan untuk itu. Bahunya dilanggar oleh seseorang. Decitan kasar keluar dari bibir sebelum lengan si pelanggar ditarik kuat agar berdepan dengannya. Tergamam, itu yang Encik Jamal rasakan apabila raut wajah cantik itu menyapa pandangan matanya. Biarpun tampak berumur, namun masih cantik seperti dulu. "Kau?" Jen terdiam, bungkam melihat lelaki yang pernah menidurinya dahulu. Lelaki yang tidak mahukan zuriat darinya dan disebabkan lelaki itulah dia berpisah dengan anak lelakinya. Sampai saat ini! "Non ti conosco."(I don't know you) Gigi diketap kuat, amarahnya naik mendadak kerana sikap perempuan itu yang berpura-pura dengannya. Pasti sengaja buat-
Tali leher yang dipakai dilonggarkan. Jam tangan mahal miliknya ditilik, decitan keluar dari bibir. Telah masuk angka satu pagi dan dia baru keluar dari pejabat? Inilah yang terjadi apabila dia cuba elakkan diri dari Amanda. Sakit hati pada perempuan itu atas sebab menuduhnya sebagai pemaksa dan lagi menyakitkan perempuan itu mahu pulang ke pangkuan ayah kandungnya. Sebal! "Ciao Lan."(Hi) Anggukan diberi pada si Andrea. Dylan memboloskan diri masuk ke dalam kereta mewah miliknya tika makanan yang diberi Andea diterima. Andrea yang masih berada di depan syarikatnya diberi isyarat angkat tangan sebelum keretanya dipandu keluar dari kawasan syarikatnya. Anak mata Dylan meliar ke sekeliling. Lampu isyarat bertukar warna
Dylan masuk ke dalam rumah dengan nafas lelah. Tubuh dibaring di atas sofa menghilangkan setiap rasa penat yang membelenggu diri. Nasib baik ada helikopter miliknya, bolehlah untuk hantar Mak Cik Su ke rumah. Itupun atas paksaannya, diikutkan Mak Cik Su tak nak pulang ke rumah. Masih mahu bertemu dengan lelaki tak guna itu. "Kenapa perlu menghargai seseorang andai dia tidak pernah faham apa itu maksud pengorbanan?" Dylan bercakap pada diri sendiri. "Kenapa?" Spontan tubuh itu menegak kembali melihat susuk tubuh Amanda yang berada beberapa meter darinya. "Awak...." "Perché sei ancora qui?" (Why are you still here?)
Beberapa bulan kemudian... Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka. Kepada anakku Amanda, Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu. Amanda tekup mulut, benarkah? Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.... Yang benarJamal "Babygirl...." L
Tok! Tok! Tok!"Ibu! Ibu!Ibu!"Dylan dah naik risau, dah berapa kali dia ketuk pintu dan mengucapkan salam tapi langsung tak ada sahutan. Tak ada tanda untuk pintu dibuka."Ibu macam takde, Ahmad pun takde keluar. Ada apa-apa jadi ke ni?" soal Dylan kerisauan."Jom kita try masuk." Andrea rempuh pintu sehingga pintu terbuka.Masuk saja, terus dicari keberadaan sang ibu. Tak ada langsung batang tubuh tua itu. Malah, Ahmad jugak tiada. Andrea serabutkan kepalanya."Ibu dan Ahmad tak ada, semua bilik abang dah cari." Amanda angguk."Manda pun tak nampak sesiapa dalam rumah ni. Kosong aje." Andrea ketap kuat giginya."Biar Rea call ibu."Namun,Tidak langsung diangkat, voice mail aje yang keluar. Satu mesej whatsapp yang dihantar ibu didengari."Cari ibu...kalau Rea masih sayangkan ibu. Kalau tak...."Mata Andrea berkaca."Biarkan ibu mati."Beberapa titis mutiara jatuh, salahnya tidak mengambil peduli penjelasan ibu ketika itu. Salahnya menilai tanpa menyiasat terlebih dahulu."Ibu dicul
Puan Ana terbaring lemah di bawah lantai. Badan tak kuat dan kini kehilangan arah, fikirannya kusut sekali memikirkan tentang Andrea dan Andra. Dalam diam, hatinya merintih mahukan dua anak lelakinya itu. Namun, mengenangkan Andrea bencikan dia, juga Andra tidak tahu hilang entah ke mana. Mana lagi jalan yang harus dia pilih selain redha. Mungkin dia patut mati kan? "Kau fikirkan apa orang tua?" Diam, Dan itu menyakitkan hati lelaki bertopeng itu. "Aku ingatkan kau dah mati, rupa-rupanya masih hidup. Kuat jugak kau eh? Aku tak bagi makan pun kau boleh hidup macam orang biasa." Terkatup rapat bibir itu menerima kata pedas itu. Tak ada langsung hati nak membalas. Tubuhnya lemah tidak berdaya, nak bangun pun tak boleh. Saat ini Puan Ana berbaring di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. "Apa lagi yang kau nak? Mana janji kau temukan aku bersama anak lelaki aku? Mana Andra? Mana anak aku?" "Kau percaya?" Tsk! "Janji tak semestinya ditepati, aku tak rasa kau patut jumpa anak lelaki
Luna menangis hiba, cincin yang indah tersarung pada jari ditatap lama. Tak jangka keputusan lelaji itu adalah mengahwininya sedangkan pilihannya adalah berkahwin bersama Dylan. "Darling...." Sepantas kilat air mata dihapus, senyum manis diukirkan untuk Fabio. Tahu lelaki itu tak suka dia menangis, andai nampak Luna menangis pasti dirinya dipukul. "Darling menangis ke? Hmm? Terpaksa kahwin dengan Dani? Atau masih sayangkan Dylan?" Menggeletar hebat tubuhnya apabila tepi mukanya dicium Fabio. "Luna sayangkan Dani, tak baik Dani buruk sangka tau." pujuk Luna. "You sayangkan I?" Macam buruk belatuk Luna mengangguk. "Betul you sayangkan I." Kedua pipinya diusap lembut. "I betul-betul sayangkan you. Percayalah cakap I, I tak tipu tau." "Macam mana kalau I cakap...." Luna gigit bibir. Tahu apa yang lelaki itu mahukan. "I nak you layan I atas katil macam sebelum ni tapi...." Fabio menggeleng. "I tak nak kalau I yang mulakan secara paksa. I tak nak sakitkan you, I sayangkan you...."
"Kenapa masam sangat ni? Hmm?" Amanda labuh duduk di atas kerusi. 'Nampak stress aje muka Dylan, ada apa-apa yang terjadi ke?' "Si Rea tu, hubby tak faham betullah. Hubby arahkan Ahmad bagitahu Rea untuk fail kerja tadi. Tunggu punya tunggu dalam bilik meeting, langsung tak ada batang hidung. Nasib baik PA hubby bawak fail tu, kalau tak susahlah nak deal dengan syarikat baru ni." "Mungkin Rea busy, hubby fikir positif je. Tak mungkin Rea ingkar arahan hubby tanpa sebab kan?" "Dah try positiflah ni, kalau tak dah lama hubby hambur marah aje dekat si Rea tu." Amanda ketawa kecil. "Apa gelak-gelak? Nak kena geletek ke hmm?" Tak dan menggeleng, tubuhnya menjadi sasaran lelaki itu. Terbahak-bahak Amanda ketawa, rumah pun dah bergema dengan suaranya aje. "Mana ada gelak, stop! Stop!" "Nak gelakkan hubby lagi ke? Hmm?" "Tuan." Panggilan dari Andrea menghentikan perbuatan Dylan. Dehem kecil dibunyikan sebelum tubuhnya diangkat bangun. Baju kemejanya dibetulkan, tubuh dipeluk gaya nak
Andrea ketuk beberapa kali meja, sejak tadi matanya fokus pada pintu cafe aje. Semuanya kerana Ahmad, dikatakan ada sesuatu yang perlu dia ketahui. Tapi apa? "Sorry aku lambat, kau dah lama tunggu ke?" sergah Ahmad lalu duduk dilabuh di hadapan Andrea. "Kau selalu tak tepati janji kan?" "Aku jumpa ibu kau tadi." Andrea angguk. "Patutlah..." "Terima kasih kau tumpangkan aku beberapa hari tinggal rumah kau. Biasalah, aku takde rumah. Nak sewa rumah, duit aku kurang. Nak tinggal sebumbung dengan Dylan, aku tak rasa itu pilihan yang selamat. Kau tahu Dylan dah kahwin kan? Mana tahu tiba-tiba jeles. Habis aku dilunyai agaknya." Andrea ketawa kuat. "Kelakarlah kau ni, ada pulak macam tu eh? Dylan okay aje, kau yang fikir jauh sangat. Padahal Dylan tak cakap apa-apapun. Aku pun tak faham dengan kau, Dylan suruh kau tinggal bersama dia, kau tolak mentah-mentah. Kau datang sana pun atas arahan, kalau tidak memang tidaklah nak nampak muka kau."Ahmad sengih malu. "Itupun, lepas siap kerja
"Tahniah, kamu sedang mengandung dua bulan, jangan buat kerja berat-berat. Pastikan cukup rehat, okay?" Luna ketap kuat giginya, terngiang-ngiang apa yang dikatakan doktor pada Amanda. Gilakah dia? Jika Luna mengintip setiap pergerakan suami isteri itu? "Gila atau tak, Dylan milik aku! Tak ada siapa yang boleh rampas aku dari dia! Bahkan Manda pun, aku takkan bagi peluang!" Lagak orang gila bercakap seorang diri, dari jauh Fabio pandang Luna. Perlahan langkah dirapati perempuan itu. "Seorang aje ke?" Duduk dilabuh di sebelah Luna. "You buat apa dalam rumah I? Macam mana you masuk? Bukan I kunci pintu tadi?" "I masuk melalui tingkap." Luna tepuk dahi. "I lupa...." Fabio sandar tubuh pada sofa. "You selalu lupa kan? Bab Dylan tak ada pulak you lupa. Pelik kan? Atau you cinta mati dengan si Dylan tu?" Luna pekakkan telinga. "Eh kejap....bukan you yang mainkan perasaan Dylan ke? Macam mana you boleh ingat Dylan? Eh? I tak faham, cuba you explain dekat I, maybe I boleh tolong k
Sejak dari Luna selalu menganggu Dylan, Amanda banyak termenung memikirkan hal buruk saja. Terbit dalam hati rasa takut, takut jika Dylan beralih arah sayang pada Luna. Amanda tak ada kekuatan andai itu yang terjadi. "Babygirl...." Diam, "Babygirl, dengar tak hubby panggil ni?" Rambut panjang itu diusap, barulah kepala itu menoleh pandang dirinya. "Hubby tak mandi lagi ke?" Dari pemakaian kemeja, Amanda tahu lelaki itu baru saja pulang dari tempat kerja. Raut wajah itu terlihat gusar, tidak seperti selalu ceria dan tersenyum. "Macam mana hubby nak mandi kalau hubby panggil babygirl, babygirl diam? Hubby risau tau." ujar Dylan kerisauan. "Manda okay, tak ada apa yang perlu dirisaukan." Senyum nipis dilakar. "Hubby kenal babygirl dah lama tau, semua tentang babygirl hubby tahu. Biasanya babygirl diam macam ni bersebab kan? Ada yang tak kena ke? Atau ada yang perlu hubby jelaskan sesuatu?" 'Macam mana Dylan tahu isi hati aku?' monolog Amanda sendiri. "Betul eh?" Dylan ketawa c
"Aku tengok kemain dia merajuk dengan kau." Ahmad kerling Amanda. Beberapa meter dari mereka berdua. "Gaduh sikit aje, biasalah pasangan muda yang baru kahwin." Dylan pandang Amanda, saat mata bertaut. Laju mata cantik itu dialih pandang ke arah lain. Senyum sikit terkutik di bibir. "Aku tak faham dengan kau berdua ni, benda kecik pun boleh bergaduh bagai." "Biasalah dugaan orang yang dah kahwin. Kau apa tahu?" Ahmad mendecit. "Eleh kau, mentang-mentang aku single kau layan aku macam ni eh? Kurang asam!" Dylan senyum jahat. "Siapa tahu kau dapat jumpa seseorang dalam masa terdekat kan? Siapa tahu kan?" sakat Dylan. "Aku tak fikir sampai ke tahap tu, aku nak hidup single dulu. Tak puas lagilah nak enjoy, kalau ada isteri susah nak enjoy macam zaman muda sekarang." "Korang sembang apa lagi? Cepatlah sikit, Manda dah nak balik ni. Dah lewat sangat ni, tak takut ke?" "Takutlah....Oh no....takut...." ejek Ahmad kejam. "Hey!" Jari tuding pada Ahmad. "Babygirl..." Jari yang menudi