"Assalamualaikum Mak Nah.. Siti, selamat pagi!" Yusra menyapa Mak Nah sebaik kaki jejak dapur.
Mak Nah yang tengah mengacau kuew tiaw goreng sebagai sarapan pagi mereka menoleh. Tangannya berhenti mengacau seketika, mengukir senyuman buat Yusra dan kembali mengacau kuew tiaw goreng. Salam Yusra dijawab didalam hati. Siti di sebelah Mak Nah juga tersenyum. "Ada nasi lebih tak Mak nah?" tanya Yusra.Mak Nah menoleh pada Yusra. Tangannya berhenti mengacau. Berkerut dahi memikirkan sesuatu.
"Nasi lebih? Ada Mak Nah simpan dalam peti. Kenapa Yusra tanya?" "Suami kesayangan Yusra tu, dia nak Yusra masak nasi goreng ayam dengan sotong goreng kunyit untuk pagi ni," jawab Yusra.Kakinya sudah melangkah ke peti sejuk. Mencari nasi yang disimpan oleh Mak Nah.
Fairuz diam. Yusra juga diam. Masing-masing rasa selesa dengan suasana sepi yang meyelubungi diri masing-masing. Fairuz di atas katilnya bersama ipad di tangan manakala Yusra di sofa bersama telefon bimbitnya. Layan games lagi bagus dari layan perasaan.Sejak menjadi isteri kepada Fairuz, hidupnya sunyi. Sunyi bukan kerana tiada hiburan tapi sunyi kerana tiada teman untuk berborak dan meluahkan perasaan. Sesekali layan gelagat Farhana dan Farhan itu seronok tapi yang tak seronoknya bila terpaksa hadap muka kering Fairuz kalau Furqan ada sekali.Macam kes semalam la, punya lah kelat muka Fairuz macam baru lepas telan buah asam gelugur. Muka jealous ke muka tak puas hati ke, tak tahu lah. Sekali sekala dia ada WhatsApp dengan Aishah tu pun kalau Aishah tidak sibuk dengan kuliah dan assignmentnya.Fairuz melirik pandangan pada Yusra. Sesekali tengok Yusra tersenyum mengadap telefon itu membuatkan dia terfikir, siapa Yusra yang sebelum ini ya? Dia kekasi
Aishah melangkah ke ruang tamu penthouse Syahmi dan Nabila. Membuntuti langkah Faiz Iskandar dan Syed Ammar. Mukanya masam mencuka jelas menunjukkan yang dia kurang selesa berada di sini. Syed Ammar pula dengan selamba memaksa dia mengikut segala kehendaknya. Macam-macam diugut kalau tidak ikut! "Aishah..." Yusra menyebut perlahan dan mula tersenyum. Sekurang-kurangnya dia ada teman berborak selain Nabila. Aishah mengangkat muka bila terdengar ada seseorang menyebut namanya. Terpandang Yusra tengah memangku salah seorang bayi kembar Syahmi. Moodnya mula berubah.Alhamdulillah, jumpa Yusra di sini. Banyak cerita yang nak dikongsikan dengan Yusra. Terutama sekali pasal lelaki tu. Dia mengalih pandangan kepada Syed Ammar.Syed Ammar mencebik bibir serta menjongket sebelah bahunya. Hishh makin sakit hati Aishah melihatnya! Aishah menjeling. "Aishah, ni
Sudah dua bulan berlalu selepas Tengku Faiz Iskandar dan Tengku Fatihah kembali ke England bagi meneruskan segala urusan yang tertangguh. Satu kelegaan yang sangat besar buat Yusra. Hubungan Tengku Fairuz dan Yusra Saidah makin menampakkan ada keserasian walaupun mereka masih dalam fasa perkenalan. Sehingga sekarang, mereka masih menetap di Teratak Qaseh.Sejak Fairuz mengambil alih jawatan arwah datuknya di Mentari Holding, bebanan kerjanya makin bertambah-tambah. Yusra yang pada mulanya agak kekok dengan kesibukkan Fairuz, namun sekarang dia sudah dapat membiasakan diri.Kata ibu mertuanya, Fairuz mewarisi sikap ayah mertuanya, gilakan kerja dan serius menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Yusra sendirian di kamarnya. Menanti kepulangan suaminya yang makin kerap balik lewat malam. Hatinya gelisah dan resah menunggu. Sesekali jam dinding di toleh, jam sudah pun menunjukkan jam 1 pagi. Namun mata belum merasa mengantuk, hatinya dipaut ra
Bumi Melbourne, Australia. Tak Yusra sangka akhirnya dia berpeluang menjejak kaki ke bumi kanggaru ini. Dia begitu seronok dan teruja kerana inilah kali pertama dia ke luar negara. Kalau dulu dia teruja ke Australia kerana dia akan melanjutkan pelajarannya ke sini. Disebabkan ada hal yang meghalang, dia kuburkan saja niatnya itu. Namun kali ini dia tetap teruja walaupun cuma untuk beberapa hari. Kata Fairuz, anggaplah ini sebagai 'pre-honeymoon' mereka, masa untuk melupakan segala masalah yang melanda rumahtangga mereka dan masa untuk mereka berkenalan dengan lebih erat lagi. 'Pre-honeymoon', ada ke?Yusra melangkah ke pintu slidding bilik Hotel mereka menginap. Ditolak perlahan pintu slidding dan menapak ke balkoni. Angin sejuk pagi menerpa tubuhnya. Baju dan tudung yang dipakai bergerak-gerak ditiup angin. Pandangannya dihalakan pada panorama indah di depan matanya, Bandar Melbourne yang penuh dengan bangunan yang tersegam indah.Indah
Pagi-pagi lagi Fairuz dah membawa Yusra ke Fitzroy Garden. Melihat Yusra teruja dan gembira dia rasa senang hati. Dia suka melihat senyuman terukir di bibir Yusra. Senyuman bersama dua ulas lesung pipit terhias di pipi. Cantik! Fitzroy Garden merupakan sebuah taman landskap yang popular di Melbourne. Taman ini cukup luas, seluas 24 hektar. Ada banyak tempat yang menarik. Setiap tempat ada keunikannya tersendiri. Pokok-pokok menghiasi di sepanjang jalan cukup menyejukkan pandangan. Tasik juga turut menghiasi di setiap ceruk Fitzroy Garden. Ada pokok yang diukir dengan lukisan pari-pari kecil. Cantik dan cukup berseni hasil buatannya. Seterusnya mereka ke Cook's Cottage iaitu rumah yang dibina oleh ibu bapa Kapten James Cook. Kemudian mereka ke kampung model Tudor. Cantik seni bina rumah model ni. Setiap tempat, pelbagai kisah yang ingin diceritakan. Yusra tidak melepaskan peluang untuk mengamb
Malamnya Fairuz cuma memesan room service untuk makan malam mereka. Tidak larat untuk keluar, mereka sama-sama letih dan penat menempuhi perjalanan di sepanjang Great Ocean Road siang tadi. Masing-masing membisu melayan perasaan semasa makan. Fairuz perasan Yusra tidak beberapa selera dengan makanannya. Mushrooms soup dikuis-kuis dengan sudu. Mulutnya pula mengunyah paksa garlic bread di tangannya. "Kenapa tak makan?" Tanya Fairuz.Keningnya bertaut. Rasanya ini makanan kegemaran Yusra kalau mereka ke Restoran wastern. Yusra mengangkat muka. Mukanya cemberut."Saya tak nak makan ni." Jawab Yusra. "La... kenapa? Tadi kau jugak cakap kau nak makan Mushrooms soup with garlic bread. Sekarang tak nak makan pula? Dah tu kau nak makan apa?" Yusra menjatuhkan matanya pada pinggan di hadapan F
Seminggu sudah berlalu sejak mereka balik dari bercuti. Fairuz seperti biasa, kembali sibuk dengan kerjanya. Manakala Yusra hanya bersendirian di Teratak Qaseh. Umi dan Abah ke England, menghadiri majlis konvokesyen Fatihah. Tengku Furqan dan anak-anak ikut sekali. Tengku Farra masih di asrama.Mak Nah dan Pak Mail awal-awal lagi minta cuti mahu balik kampung melawat anak menantunya sementara majikannya tiada di sini. Siti pula terpaksa balik ke kampung. Jaga ibunya yang sakit.Selesai semua kerja, Yusra menapak ke taman mini yang terletak di belakang Teratak Qaseh. Dia suka melepak di sini. Tenang dan damai jiwanya. Dia duduk berehat di gazebo. Telefon di tangannya berbunyi menanyakan ada notification masuk. Segera di buka aplikasi WhatsApp dan nama suaminya tertera di skrin.~Wife, Malam ni kita dinner kat luar. Nanti cari paperbag dalam wardrobe. Jam 8pm aku tunggu kat depan pintu.~ <Fairuz>Wife? Ya, Fairuz suka memanggilnya
"Haaacooo! Haaacooo!"Yusra bersin lagi. Hidungnya digosok-gosok. Kepala mula terasa berat. Tangan naik menyentuh dahi, tak panas pun tapi dah rasa lain macam.Dia sedikit terkejut bila ada tangan lain sentuh dahinya dari belakang dengan belakang telapak tangan. Yusra yang sedang duduk di kerusi meja makan selepas selesai makan tengahari, sedikit menggeras tubuhnya bila Fairuz buat begitu. Fairuz berdiri di belakangnya. Dada mula berdebar dengan sentuhan Fairuz. Kenapa selalu macam ni? Fairuz pusing tubuh berdiri di hadapan Yusra. Tangannya diletakkan di leher Yusra pula. "Badan kau panas ni. Kau naik rehat dulu. Nanti aku bawakan hot chocolate dengan ubat." Fairuz memberikan arahan dan Yusra hanya mengangguk.Sebolehnya dia mahu cepat-cepat jauhkan diri dari Fairuz. Adanya Fairuz dekat dengan dia, membuatkan seluruh jantungnya berlari dari tempo.