MEREKA menghampiri Tiara dalam keadaan menggoda Tiara berundur setapak ke belakang mujur biliknya mempunyai ruang yang besar kaki dan tangannya terketar-ketar melihat tiga orang lelaki dihadapannya termasuk Ikhwan mereka membuka t-shirt yang dipakai lalu melonggarkan tali pinggang di seluarnya
"Ikhwan apa kau nak dari aku ha!" raung Tiara sekuat hati
"Aku nak kau Tiara semalam bukan main lagi kau tazkirahkan aku apakata sekarang kau dengar tazkirah aku pulak"
"Bukalah baju kau Tiara,tiada siapa kat sini kami bertiga je"sampuk salah seorang rakan Ikhwan nafsu mereka melonjak naik melihat pakaian Tiara separuh terkoyak kerana Ikhwan merentapnya dengan kasar
"Ikhwan jangan buat aku macamni?aku sepupu kau Ikhwan"
"Sepupu?"
"Sejak bila kau sepupu aku ha!" tengking Ikhwan separuh menjerit menggigil mereka semua tidak sabar ingin menerkam Tiara tanpa banyak soal mereka menghumban Tiara di atas katil dengan kasar tersentak Tiara dibuatnya
"Cik Sofiya betul ke ini rumah kawan cik?"soal dua petugas anggota polis
"Ya betul encik"
"Cik ada dapat panggilan dari dia ke sebelum ni?"soal salah seorang anggota polis itu
"Dari pagi tadi saya call dia tak dapat encik,sebelum ni dia pernah beritahu saya makcik dia pernah dera dia saya risau keadaan dia sekarang"balas Sofiya sambil membuka pagar rumah Tiara muzik yang dipasang oleh mereka bergema hingga di luar rumahnya
"Baik,biar kami periksa"ucap serentak dua anggota polis itu lalu meredah masuk ke dalam rumah Tiara mujur rumahnya tidak berkunci hanya pintu di hadapan dirapatkan
Sofiya tercengang melihat keadaan rumah Tiara yang bersepah dengan botol casbergh di atas meja bulat matanya melihat kaca televisyen yang terpampar aksi lucah terus dia mematikan televisyen itu dan menutup radio yang terpasang
Mereka mendekati tubuh Tiara salah seorang dari mereka mengoyakkan seluar track yang dipakai oleh Tiara terselah peha buntingnya yang putih melepak
"Tolong..tolong!!"jerit Tiara sekuat hati apabila mereka ingin terkam dirinya dia meronta-ronta ingin melepaskan diri malangnya genggaman tangannya amat kuat mencengkam lengannya
Sofiya tersentak mendengar suara yang amat dikenalinya menjerit meminta pertolongan dua anggota polis bergegas manaiki anak tangga diikuti Sofiya dari arah belakang untuk membuat pemeriksaan
Ingin sahaja mereka menerkam Tiara Sofiya merempuh bilik Tiara lalu menjerit namanya supaya mereka memberhentikan perbuatan kejinya
"Tiara!"panggil Sofiya dengan cemas
"Korang dah gila ke ha!"
"Kau siapa ha?jangan masuk campurla kang perempuan aku tak merasa kau yang aku rasa"perli salah seorang rakan Ikhwan
"Bijak kau Tiara panggil member kau"
"Kau lepaskan dia sekarang!"arah Sofiya dengan nada tinggi
"Kau pekak ke ha!aku dah cakap tadi aku nak rasa dia dulu tak pun aku yang rasa kau dulu body kau pun boleh tahan kenyang aku harini buy one free one"balas mereka dengan ketawa
"Kau nak merasa aku ea?"perli Sofiya dengan sinis lalu dia memetik jari sebanyak tiga kali dua anggota polis berada di belakangnya dengan berpakaian biasa
"Siapa pulak kau bawa ni?"soal mereka dengan hairan Tiara berlari anak ke arah Sofiya sambil memeluk tubuh sahabatnya dengan erat dengan linangan airmata
"Piya aku takut"ucap Tiara dengan menggeletar ketakutan
"Aku ada Tiara"
"Saya inspektor Zahid,sila ikut kami ke balai untuk buat siasatan"arah Inspektor Zahid lalu menggari tangan mereka Tiara bersyukur kerana Sofiya tiba tepat pada masanya
"Tadi nak merasa sangatkan?rasalah duduk dalam sel lokap tu ya!"perli Sofiya dengan geram apabila melihat mereka semua telah digari oleh pihak polis puas hatinya
"Err..Cik"
"Tiara"balas Tiara apabila salah seorang anggota polis menyapa dirinya
"Cik Tiara okay?"
"Saya okay,terima kasih datang selamatkan saya"ucap Tiara dalam ketakutan
"Kalau cik Tiara rasa dah tenang boleh datang ke balai kami untuk beri keterangan mengenai mereka"
"Baik encik"
"Lepas kami kemas barang,kami singgah balai encik"sampuk Sofiya lalu memaut lengan Tiara dengan kemas
"Kami tunggu di sana"lalu mereka beredar meninggalkan Sofiya dan Tiara
"Macam-mana kau tahu aku kat sini Piya?"soal Tiara dengan hairan
"Panjang cerita dia,nantila aku cerita cepat kemas barang kau kita chaw dari sini!"
"Kemas barang?"
"Kita nak pergi mana?"soal Tiara dengan hairan
"Kau nak tinggal sini lagi ke?macam-macam diorang buat kat kau nasib baik aku datang cepat kau nyaris nak kena rogol dengan sepupu kau boleh bertahan lagi?"
"Aku taknak tinggalkan rumah ni?aku sayang rumah ni,ni rumah peninggalan ibu dengan ayah aku"balas Tiara dengan sayu
"Tiara kalau rumah kau ni,aku boleh lipat-lipat masuk dalam beg aku buat Tiara,masalahnya sekarang tak boleh!kau kena selamatkan diri kau dulu,kau kena blah dari rumah ni sementara waktu dulu nanti kita fikir sama-sama macam-mana nak halau iblis-iblis tu dari rumah kau"terang Sofiya lalu membuka almari pakaian Tiara lalu mencapai semua pakaiannya dan disumbatkan ke dalam beg roda yang tersedia di tepi pintu biliknya
"Aku nak tinggal mana lepas ni?"
"Kau tinggal dengan aku kat rumah sewa aku tapi rumah aku tu tak sebesar rumah kaula janji kau selamat Tiara kat sana"
Tiara membantu Sofiya mengemas pakaiannya tidak ketinggalan juga foto-foto ibu dan ayahnya dibawa bersama untuk mengubati kerinduannya.
*****
MEGAT DANISH tersedar dari lenanya tepat pada pukul 3pagi dia teringat kembali kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh pekerjanya semalam di pejabat betapa malunya dirinya apabila dia dimalukan dihadapan semua orang dengan rupa parasnya yang tua dan tidak berdaya untuk berjalan hanya tongkat menjadi penenamannya untuk berdiri dia sengaja tidak memberitahu pada semua pekerjanya bahawasanya dia adalah majikan mereka disebabkan malu dengan rupa parasnya yang tua dia membuat keputusan menjadi staff seperti orang lain
"Pakcik,larat ke nak buat kerja pejabat ni?"soal Qabil dengan sinis dia merenung Megat Danish dari atas hingga bawah dia hanya memakai pakaian biasa baju kemeja bewarna putih rambut berubannya disikat rapi dipadankan dengan seluar slack bewarna hitam tongkat setia menanti di sebelahnya
Megat Danish mengetap gigi menahan kemarahan yang teramat semua pekerja perempuan ketawa ke arahnya ikutkan hatinya dia tidak mahu menjejakkan kakinya ke pejabat arwah ayahnya kerana dia belum bersedia untuk berdepan dengan semua orang dengan rupa parasnya yang tua kereput itu
"Saya nak buat kerja!"balas Megat Danish dengan mendatar semua ketawa ke arahnya mendengar jawapan yang keluar dari mulutnya
"Pakcik,kenapa formal sangat ni?bahasakan diri?itula orang dah kata patutnya umur macam pakcik ni duduk kat rumah bukannya buat kerja kat pejabat kesian orang muda kat luar sana perlukan kerja"perli Qabil dengan sinis
"Betul tu,saya sokong!"
"Saya pun sokong!"mereka semua serentak membalasnya
"Apa bising-bising ni?"soal Razia dengan tegas selaku setiausaha Megat Rizuan sehingga hari ini dia tidak tahu siapa anak Megat Rizuan yang mengambil alih syarikat ni
"Maafkan saya puan!"balas mereka serentak ingin sahaja dia beredar Razia menahan mereka
"Apa masalah korang ha!nak hina pakcik ni?korang ingat aku tak tahu ke?daripada tadi korang hina dia?"soal Razia dengan nada tinggi semua yang mendengar semua menekur lantai mereka tidak berani bertentang mata dengannya apatah lagi Qabil dalam hatinya menyumpaj seranah Razia dalam hati
Megat Danish tersentak masih ada lagi orang mempertahankan dirinya yang tidak bermaya itu dalam hatinya tertanya-tanya adakah perempuan di hadapannya setiausaha arwah ayahnya dahulu?gumamnya dalam hati
"Pakcik okay?"soal Razia ingin kepastian
"Saya okay"
"Apa lagi tercegat kat situ?pergila buat kerja nak aku report kat puan ke?"perli Razia dengan sinis
Razia kenal mama?mesti dia ada kena mengena dengan arwah ayah..gumam Megat Danish dalam hati
Sepantas kilat mereka beredar menuju ke arah meja masing-masing Megat Danish tertanya-tanya pada dirinya hina sangat ke rupa paras aku?
Megat Danish merenung wajahnya pada skrin komputer walaupun tidak kelihatan dengan jelas tetapi masih jelas rupanya berkedut-kedut dia menghela nafas panjang dan meraut wajahnya berulang kali
"Macam-manalah puan boleh ambil pekerja orang tua?tak masuk akal langsung awek aku punya cun melecun minta kerja kat sini di rejectnya aku pun tak faham dengan syarikat ni"ngomel Qabil seorang diri sambil menyelak fail bewarna hitam di tangannya
Megat Danish tersedar dari lamunannya apabila telefonnya berdering menandakan pesanan dari Tasha merupakan kawan baiknya dari zaman sekolah tinggi bagi Tasha pula dia hanya ingin menggunakan Megat Danish untuk kepentingannya
"Danish i nak jumpa you tengah harini?"soal Tasha
Megat Danish tersenyum mendengarnya dia ingin teruskan lagi hubungannya Tasha dan meluahkan isi hatinya yang terpendam selama ini
"Orait dear"
"Dear?loya tekak aku Danish panggil aku dear mesti dia ingat aku syok dengan dia silap besarla sebenarnya aku nak bagi kad nikah aku kat dia supaya dia berhenti ganggu aku lagi!geli-geleman aku bercinta dengan orang tua walaupun umur aku sebaya dengan dia not my taste la!"ucap Tasha dengan sinis
Megat Danish bangun dari birai katilnya dengan perlahan-lahan dibantu oleh tongkat ditangannya tiba di bilik air dia ingin membersihkan wajahnya untuk menunaikan solat Tahajjud alangkah terkejut beruknya apabila dia melihat wajahnya di cermin wajahnya yang sawa matang itu menggelupas terus dia menyentuhnya dengan jari-jemarinya dia berasa amat pedih di wajahnya seperti disiat-siat dengan pisau bulu keningnya juga berubah menjadi warna putih terus dia menjerit sekuat hati untuk melepaskan kemarahannya yang terpendam Zuraina yang sedang lena dibuai mimpi terkejut mendengar suara jeritan itu dari arah bilik bujangnya terus dia berlari untuk mendapatkannya
Zuraina merempuh bilik anak bujangnya sambil tercari-cari kelibat anaknya bulat matanya melihat Megat Danish terduduk di atas lantai dengan linangan airmata terus dia mendapatkan anak bujangnya
"Danish kenapa duduk kat sini?"soal Zuraina dengan hairan lalu membantu dirinya untuk bangun semula
"Mama,apa sebenarnya penyakit Danish ma?"
"Kenapa makin lama makin teruk?"soal Megat Danish dengan linangan airmata
Zuraina ingin mengesat airmata anak bujangnya alangkah terkejutnya melihat wajah anak bujangnya mengelupas dan keningnya bertukar warna putih seperti rambutnya juga
"Ya Allah,kenapa dengan muka Danish ni?"soal Zuraina dengan menekup mulutnya kerana teramat terkejut melihat perubahan anaknya
"Danish dah penat dengan semua ni ma!"
"Apa penyakit sebenar Danish?apa salah Danish sampai penyakit ni susah nak sembuh?"
"Sabar sayang,bawa mengucap mama akan ikhtiar untuk sembuhkan penyakit Danish sabar ya sayang"pujuk Zuraina dia simpati melihat keadaan anak bujangnya makin lama makin teruk penyakitnya sudah puas dibawa berubat keadaannya tetap sama ingin sahaja Zuraina menyentuh wajahnya Megat Danish mengaduh kesakitan
"Arghh!!sakit mama"
"Nanti kita pergi hospital rawat kulit Danish ya mama akan sentiasa ada disebelah Danish"
"Danish taknak ma,semua hospital kita pergi semuanya sama doktor mesti akan cakap kulit Danish kering lepastu dia bagi losyen lepastu esok lusa jadi balik"rungut Megat Danish dengan geram
"Kita pergi Hospital Kerajaan kita cuba Danish mana tahu ubat kat sana sesuai dengan kulit Danish"pujuk Zuraina lalu mengusap lembut rambut ikal anaknya untuk menenangkan keadaan anaknya yang tidak stabil itu
Salmah mendapat panggilan dari Balai Polis berhampiran rumahnya mengenai kegiatan anaknya ingin merogol Tiara pihak polis ingin Salmah menghadiri balai dengan kadar segera untuk disoal siasat untuk menjamin anaknya keluar dari tahanan polis
"Wan apa semua ni?soal Salmah dengan tegas
"Sumpah mak!Wan tak buat benda terkutuk tu kawan-kawan Wan yang nak rogol Tiara bukan Wan"balas Ikhwan bersungguh-sungguh untuk menyakinkan emaknya dia tidak merogol Tiara
"Mana Tiara sekarang?mak cari dia kat rumah takde pun"
"Manalah Wan tahu"
"Tak guna kau Tiara!ini cara kau nak balas dendam dengan anak aku nanti kau!kalau aku jumpa kau tahula nasib kau lepasni"ngomel Salmah dengan geram sambil menggempalkan penumbuknya
"Mak tolongla Wan,keluar dari sini Wan tak bersalah polis dah buat urine test result pun negatif"pujuk Ikhwan tanpa banyak soal Salmah bertemu dengan pegawai polis untuk mempertahankan anaknya dan menafikan anaknya tidak bersalah dalam kes ini
"Tiara kau okay tak?pucat gila muka kau cuba kau cakap dengan aku makcu kau ada buat apa-apa lagi kat kau?"soal Sofiya ingin kepastian
"Aku takut dia putar belit cerita kat pihak polis dia tuduh aku pulak yang goda anak dia"
"Kau jangan risau aku akan backup kau Tiara kat balai lepas kita pergi balai aku bawa kau pergi klinik seramla aku tengok keadaan kau tak bermaya ni nanti tak pasal-pasal kau tumbang siapa nak angkat kau,aku awal-awal surrender aku tak larat angkat kau!"
"Kau nak bawa aku pergi klinik?"soal Tiara ingin kepastian
"Yela,aku teman kau pergi Klinik lepas kita bagi keterangan diorang tengah tunggu kita sekarang ni!"
"Boleh tak kau bawa aku pergi Hospital tempat arwah mak aku bertugas aku rindu nak pergi sana"
"Mestila boleh Tiara,kau tu larat ke nak tunggu?hospital kerajaan kena beratur kalau klinik terus masuk je jumpa doktor"
"Aku larat jangan risaula Piya,lagipun situ tempat aku selalu teman mak aku sampai habis dia bertugas"
MEGAT DANISH mengenakan pakaian ringkas T-shirt berwarna hitam dan seluar jeans biru muda rambutnya yang beruban itu disikat rapi dia sengaja tidak memakai cermin mata kanta tebalnya supaya dia tidak kelihatan lagi tua dia berhias macam-mana sekalipun wajahnya tidak akan berubah tetap tua demi melindungi wajahnya mengelupas dia memakai pelitup muka bewarna hitam agar Tasha berani mendekati dirinya dia akui kulitnya yang sebegini agak sukar mana-mana perempuan mendekatinya kerana mereka akan ingat penyakit kulit ini mudah berjangkitZuriana terkejut melihat penampilan anak bujangnya apabila dia menuruni anak tangga menggunakan tongkat dengan perlahan-lahan disebabkan dia tidak memakai cermin mata pemandangannya tidak jelas dari dekat"Danish nak pergi mana?hensem-hensem ni?"soal Zuriana dengan hairan apabila melihat perubahan penampilan anaknya"Danish nak pergi jumpa kawan ma""Mama ingatkan nak teman kamu pergi Hospital petang ni nak rawat kulit kamu tu"
MEGAT DANISH melangkah longlai apabila pintu lift terbuka di tingkat atas dia memerhatikan orang lalu-lalang dari bawah kini dia berada di atas bangunan Hospital kebetulan angin sepoi-sepoi meniup anak rambutnya lalu dia menyisir anak rambutnya ke belakang dia teringat kembali kata-kata doktor yang telah memeriksa dirinya sebentar tadi dia telah disahkan alahan pada makanan dan kulitnya gatal-gatal disebabkan terdedah pada sinaran matahari ini menyebabkan kulitnyq merah- kemerahan ini tidak masuk akal apa yang dikata oleh doktor itu makanan apa yang boleh menjadi kulitnya sebegini?darahnya meluap-luap mendengar jawapan yang keluar dari mulut doktor itu hari ini adalah hari amat menyakitkan hatinya"Arghh!!semua doktor penipu"jerit Megat Danish sekuat hati untuk menghilangkan kemarahannya yang teramat"Kenapa semua orang tak tahu penyakit aku ha!ini bukan alahan makananla kalau iya pun aku salah makan tiada sampai teruk macamni kulit aku?orang lain pun alahan juga diora
MEGAT DANISH tidak mengendahkan panggilan gadis itu dia terus berjalan menggunakan tongkatnya menuju pintu kecemasan tanpa menoleh ke arah belakang Tiara tercunggap-cunggap berlari anak ke arahnya untuk memberhentikan langkahnya supaya lelaki tua yang baru dikenalinya tidak bertembung dengan petugas Hospital"Pakcik berhenti jangan ikut laluan tu!" arah Tiara dengan nada yang tinggi sambil memegang perutnya yang kembali sakit semula"Habistu nak ikut jalan ma..."tidak sempat Megat Danish menghabiskan ayatnya datang dua orang petugas Hospital menghampiri mereka berdua tersentak Tiara melihatnya begitu juga dengan Megat Danish matanya saling berpandangan antara satu sama lain untuk meminta pertolongan"Cik buat apa kat atas ni?"soal salah sorang petugas Hospital itu dengan hairan"Err..saya bawa ayah ambil kat sini kenapa ya?"soal Tiara dengan teragak-agakAyah?aku ayah perempuan ni?ini sudah lebih sejak bila aku jadi ayah dia?..gumam Megat Danish da
IKHWAN berlari dengan termengah-mengah apabila dirinya terkantoi dengan penghuni rumah yang ingin dirompaknya mujur dia sempat menyembunyikan diri sebaik sahaja dia terdengar pintu rumah terbuka tidak sempat dia melarikan diri kasut yang dipakainya tersangkut pada pagar rumah menyebabkan dia hilang imbangan badan terus tersembam di tar jalan dan mengaduh kesakitanIkhwan berlari terhincut-hincut apabila penghuni rumah itu menjerit meminta pertolongan dari jiran-jirannya.Semua orang mengejarnya dengan membawa kayu di tangan.Dia berlari tidak cukup tanah hingga tiba di motorsikalnya yang diparkir disebalik semak dia tergesa-gesa menghidupkan enjin motorsikalnya lalu memulaskan handal tangan motorsikalnya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu."Shitt!!gagal misi aku harini!"ngomel Ikhwan dengan geramIkhwan tiba di rumahnya dalam keadaan cemas pintu rumahnya dikuak terus Salmah memalingkan wajah kearah pintu untuk melihat gerangannya dia hairan melihat a
GENAP tiga bulan Tiara tamat pengajiannya di Kolej Murni setelah menempuh pelbagai onak dan duri untuk mendapatkan segulung Ijazah Perubatan Farmasi. Selepas tamat pengajiannya dia terus bertugas di Farmasi Alpro berdekatan dengan rumah Sofiya kebetulan loan pinjaman keretanya telah diluluskan oleh pihak bank.Dia telah membeli sebuah kereta Honda Jazz berwarna putih untuk memudahkan urusannya berulang-alik ke rumahnya dia tidak perlu menumpang Sofiya seperti selalu. Kini,Sofiya bertugas di Kilang Electronic System selaras bidang yang diambil ketika belajar dahulu.Disinilah, bermulanya dia membantu merawat penyakit kulit pakcik tua itu Tiara menghela nafas panjang setelah dia selesai membuat pemeriksaan blood pressure pada orang ramai. Oleh kerana,Farmasi Alphro telah mengadakan kempen 'Jaga Kesihatan Anda' Tiara turut menyertai program itu selaku perubatan Farmasi."Makcik,sihat harini?"soal Tiara dengan ramah sambil mencatat sesuatu di kertasnya"Alhamdulilah
TIARA tersedar dari lenanya apabila matahari terpancar menebusi jendela biliknya. Hari ini,merupakan hari minggu dia telah mendapatkan pelepasan cuti kerana seminggu dia menyertai program yang dianjurkan oleh pihak Farmasi Alpro. Dia teringat kembali peristiwa Ikhwan menyerangnya di tengah jalan sedang dia mengelamun pintu biliknya dikuak terjengul wajah Sofiya di sebalik pintu"Uishh!!lewat kau bangun Tiara?"soal Sofiya dengan hairan apabila melihat riak wajah Tiara seperti sedang berfikir sesuatu"Ermm""Kau okay tak ni?"soal Sofiya ingin kepastian"Kau tak sihat ke Tiara?pucat muka kau aku tengok?malam tadi kau makankan?aku bungkuskan nasi goreng untuk kau masa kau kerja kau makan tak?"Aku makan Piya"balas Tiara sambil menyembamkam wajahnya di atas bantal."Asal ni Tiara?cerciter kat aku?kau kena sampuk ke masa sampai rumah semalam?dahla malam tadi balik lewat risau aku"ngomel Sofiya mana tidaknya Tiara pulang lewat kerana ingin memastik
MEGAT DANISH mengerling ke arah Tiara yang sedang fokus pada pemanduannya. Dia tidak tahu mana gadis itu ingin membawa dirinya dekat sepuluh minit dia berpusing tempat yang sama tangan kanannya mengusap lembut perutnya dalam hatinya tidak putus-putus memarahi Tasya oleh kerana dia dirinya menjadi sebegini. Mulutnya juga bengkak dan mengalami pendarahan mujur gadis disebelahnya mencuci lukanya sebelum dia memulakan perjalanan dia tertanya-tanya siapakah gadis di sebelahnya? adakah seorang doktor atau sebaliknya semua peralatan merawat ada bersama dengannya.Mana,aku nak bawa Pakcik ni pergi?takkan nak bawa Pakcik ni balik rumah aku?gila!Pakcik ni pun bukan ada pertalian dengan aku..gumam Tiara dalam hati tanpa dia sedari dia telah melanggar lubang dihadapannya tidak sempat dia ingin mengelak tayar keretanya masuk ke dalam lubang itu terkejut Megat Danish apabila kereta yang dipandu oleh gadis disebelahnya berhenti secara tiba-tiba terus dia bersuara."Kau ni ada lesen k
RAHMAN melabuhkan punggungnya di atas sofa selepas menghantar buah durian di rumah kawan majikannya. Dia melepas keluhan yang kasar gadis yang ditemui tadi berlegar di dalam fikirannya. Hatinya,kuat menafikan gadis itu mengenali dirinya dia khuatir jika berlama di rumahnya gadis itu akan mengesyaki dirinya lalu dia mengeluarkan sekeping foto dari almari rumahnya lalu mengusap lembut foto itu."Maafkan,aku sebab culik kau!" ucap Rahman matanya tidak berkedip melihat seorang bayi lelaki dalam pelukkan seorang perempuan di dalam foto itu. ~~~FLASHBACK~~~"Maaf,bayi Encik tak dapat kami selamatkan tali pusat berbelit di lehernya. Kami,dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan bayi Encik Allah lebih sayangkan dia"ucap Doktor itu.Terduduk Rahman mendengarnya. Sudahla dia baru diberhentikan kerja kerana datang lewat ke tempat kerja."Doktor,buatla sesuatu untuk s
PAKSYED memberhentikan Toyota Vellfire berwarna hitam milik Megat Danish betul-betul di hadapan Farmasi Alpro. Dia,hairan melihat dua orang lelaki berbadan sasa sedang berdiri di sebalik dinding Farmasi sambil memerhatikan seorang gadis yang memakai coat berwarna putih itu."Tuan,kita dah sampai kat Farmasi kali pertama Cik Tiara merawat tuan mengenai masalah kulit tuan"terang PakSyed matanya masih memerhatikan gerak-geri lelaki bertubuh sasa itu yang masih memerhatikan gadis itu."Betul,PakSyed kat sinila Tiara bantu saya pilih ubat kat sini""Tuan,cuba tengok dua orang lelaki kat depan tu. Daripada tadi,PakSyed perhatikan dia macam ada tak kena je"arah PakSyed sambil menunding jari ke arah mereka berdua mujur tingkap keretannya memakai tinted hitam agar sukar orang luar untuk melihatnya."Diorang perhatikan siapa?"soal Megat Danish ingin kepastian."Perempuan tu bukan Cik Tiara ke?"Megat Danish melihatnya dengan lebih dekat untuk memastik
SALMAH bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya sambil menanti kehadiran anak bujangnya Ikhwan. Genap, sebulan dia tidak nampak batang hidung Ikhwan di rumah tangannya menggigil memegang sepucuk surat yang diterimanya sebentar tadi."Mana Ikhwan ni? Sejak bila dia apply form sambung belajar? Sedarla diri tu,aku suruh cari Tiara bawa ke sini sampai ke sudah tak cari-carinya. Ada hati nak sambung belajar ingat aku nak tanggungla fikir sendirila" ngomel Salmah sambil mendail nombor Ikhwan malangnya masih tidak berangkat."Kau tunggu! Kau balik sini aku ajar kau cukup-cukup baru kau tahu tinggi ke rendah. Nak melawan aku sangatkan?"Sofiya terjaga dari lenanya,apabila dia bermimpi sepupu Tiara yang dibantunya tadi di deretan kedai-kedai bersebelahan dengan Kilangnya."Betul ke dia tak apa-apa? Kenapa aku mimpi pasal dia?" soal Sofiya seorang diri sambil mengesat peluh di dahinya yang mula merenek."Nak bagitau Tiara ke tak nak? Pasal Ikhwan? Mesti dia m
TIARA menghentakkan tangannya ke arah stereng dengan geram. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah lelaki yang berani memegang tangannya tanpa segan gilu. Berani dia membuat demikian di tempat awam."Baru aku nak ngorat lelaki tadi dah buat perangai. Langsung turn off sedap gigi dia je nak pegang tangan aku lepastu mengaku aku anak buah dia pulak tu? Geram betulla! Dahla aku tak kenal dia yang awek dia pandang semacam je dengan aku. Dia,ingat aku nak ngorat lelaki tula? Piiidahh! ingat nak try jugak ngorat dah buat perangai lupakan ajelah"Tiara memberhentikan kereta Honda Jazz miliknya di hadapan lampu isyarat merah. Matanya meliar memandang kiri dan kanan sebelum lampu isyarat bertukar warna hijau matanya tertancap susuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya sedang jalan terhincut-hincut seperti menahan kesakitan. Dia,membuat keputusan untuk menghampirinya setelah lampu isyarat bertukar warna hijau."Itu bukan Ikhwan ke?""Apa dia buat kat s
TIARA hairan melihat mereka berdua memandang ke arahnya tanpa berkedip terus dia melihat penampilan dirinya dari atas hingga bawah lalu mengemaskan blouse berenda krim itu dari berlipat. Maklumlah,dua jam dia tersekat di atas jalan raya ingin menuju ke sini. Dengan, lagak tenang dia bersuara kembali untuk menyedarkan mereka berdua yang masih merenung dirinya seperti tidak pernah melihat orang sebelum ni. Meremang bulu romanya apabila melihat gelagat mereka berdua dia dapat merasakan ada sesuatu yang aneh dalam dirinya. Dia,sendiri tidak mengenal pasti apakah maksud yang tersirat dalam dirinya."Ehemm..ehemm"Tiara berdehem sebanyak tiga kali dengan geram terus mati lamunan mereka yang sedang merenung dirinya dari tadi."Ehh!Tiara jemputla duduk"arah Aidil dengan ramah lalu menarik kerusi di sebelahnya dengan selamba Tiara menarik kerusi di sebelah Megat Danish yang masih menundukkan wajahnya selepas mendengar berdehem gadis itu.Tiara?nama perempuan kat sebelah a
TIARA melangkah laju menuju ke arah Farmasi tanpa menoleh kiri dan kanan dia tidak tahu mengapa hatinya berdebar-debar seperti ada sesuatu yang tidak kena di Farmasi. Tidak pernah Aina menghubunginya dengan nada suara sebegini sebelum ni. Tanpa dia, sedari ada sepasang mata sedang mengekorinya dari arah belakang Aidil hairan melihat gadis pujaan hatinya tergesa-gesa menuju ke arah Farmasi dalam fikirannya penuh dengan tanda tanya sambil memikirkan pekerjaan sebenarnya. Akhirnya,dia bersembunyi di sebalik tiang untuk memerhatikan gerak-geri Tiara yang telah masuk ke dalam Farmasi."Yang,kau blur lagi kat situ lagi kenapa?mana orang Farmasinya?kau ingat aku takde kerja ke nak terpacak kat sini ha?"tengking Tasya sekuat hati Tiara yang baru muncul terkejut mendengar nada suaranya."Maaf,puan saya dah hubungi dia. Dia, dalam perjalanan nak sampai sini"balas Aina dengan takut-takut dia tidak berani bertentang mata dengan wanita serupa singa jadiaan yang berada di hada
GENAP sebulan, Megat Danish tidak melangkahkan kakinya di Syarikat Saphire Holding milik arwah ayahnya. Dalam,masa sebulan ini juga dia tidak putus berdoa agar bertemu kembali gadis itu semula dalam keadaan tidak sengaja malangnya sehingga hari ini,dia tidak bertemu .Dia,telah maklumkan pada Razia dia akan masuk semula ke pejabat pada bila-bila masa untuk memerhatikan gerak-geri perkerjanya yang lain. Hanya,Razia seorang sahaja yang mengetahui penampilan dirinya yang sebenar. Pada mulanya,dia tidak percaya setelah Zuraina memberikan penjelasan padanya baru dia mempercayainya. Dia, terkejut mempunyai majikan sekacak ini dengan memiliki kulit cerah dan memiliki rambut bewarna coklat tidak ketinggalan juga dia, memiliki sepasang mata berbentuk almond berwarna coklat membuatkan semua wanita tergila-gila ingin mendampingi dirinya.Dia, sengaja mengenakan dress berwarna merah jambu dan wajahnya disolek ala-ala smokey rambutnya yang diperangkan sengaja dilepaskan. Semua, haira
MEREKA,tergamam melihat susuk tubuh seorang lelaki di belakangnya dengan berpakaian kasual t-shirt berlengan pendek berjenama Lee's berwarna hitam dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam terserlah ketampanannya seperti jejaka idaman wanita di luar sana. Rambutnya,yang berwarna coklat kehitaman disisir rapi ke belakang supaya tampak bergaya dan kemas. Dia, juga memiliki sepasang mata berbentuk almond berwarna coklat yang diwarisi oleh arwah ayahnya terserlah seperti jejaka dari luar negara. Dia,hanya mengukirkan senyuman ke arah mereka berdua yang sedang merenung dirinya tidak berkedip-kedip.Abang,kenapa abang ada kat sini?gumam Zuraina dalam hati sambil merenung sayu ke arah lelaki muda di hadapannya wajahnya mirip arwah suaminya."Encik,ni siapa?macam-mana boleh sampai sini?"soal Mak Munah dengan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Matanya,meliar mencari kelibat Rahman untuk mengetahui siapa lelaki di hadapannya? wajahnya iras-iras seperti dari negara barat
TIARA melemparkan pemandangan di luar tingkap,sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari rumah Megat Danish grab sudah tiba di hadapan rumahnya. Tanpa,membuang masa dia berjalan terhincut-hincut masuk ke dalam perut kereta itu lalu beredar dari rumah yang agam itu. Hatinya,masih tertanya-tanya Siapa lelaki tua yang berada dalam rumah itu? Mengapa dia sembunyikan identiti sebenarnya darinya atau dia malu untuk berterus-terang dengan dirinya tentang latar belakangnya. Pelbagai tanda tanya dalam fikirannya tanpa disedari ada sebuah kereta Toyota Alphard berwarna putih sedang mengekorinya dari arah belakang."Kenapa,tuan suruh aku ikut Cik Tiara dari arah belakang ea?"soal PakSyed seorang diri dengan memfokuskan pemanduannya."Takkan,diorang berdua bergaduh?""Aku,tengok Cik Tiara,peramah je tak macam Cik Tasya,sombong sehingga hilang hormat dengan orang tua. Nasib baikla,tuan putuskan hubungan dengan dia kalau tidak merana hidup tuan Danish"Telefon T
MEGAT DANISH menghempaskan tubuhnya di atas sofa miliknya. Selepas, menyerahkan telefon Samsung Galaxy Z Flip milik gadis itu kepada Mak Munah pembantu rumahnya sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya dengan melepaskan keluhan yang panjang.Dia,hairan melihat keadaan dirinya tiba-tiba kedua belah tangannya timbul bintik-bintik merah dan gatal teramat selepas bertemu dengan gadis itu. Wajahnya,juga turut merasai kegatalan itu puas dia memikir dimanakah silapnya?kerana sehingga sekarang dia tidak menjamah apa-apa untuk mengisi perutnya hanya segelas jus oren dia menikmatinya milik gadis itu."Mak Munah buat apa tu?"soal Tiara dengan mesra lalu menghampiri perempuan yang sudah berusia itu untuk menanyakan lebih lanjut mengenai Megat Danish."Cik Tiara,nak apa-apa ke?air ke makanan ke?boleh Mak Munah buatkan?"Mak Munah tergesa-gesa mencapai gelas berhampiran sinki untuk memberikan minuman pada gadis itu."Ehh..takpayahla Mak Munah,saya baru lepas minum