Lapangan Terbang Tessera, Venice.
BERSYUKUR sangat aku dan Noah selamat menjejakkan kaki di bumi Itali buat sekali lagi. Sekarang ini, kami ingin mencari tempat untuk istirahat sekali gus mengisi perut yang sudah berlagu-lagu. Noah pun mengadu yang perutnya lapar. Dalam kapal terbang tadi, kami berdua banyak habiskan masa dengan tidur.
"Sayang, ingat pesan mama ya. Don't follow strangers people."
Noah mendongakkan kepalanya sebelum diangguk sekali. Genggaman tangan kami erat sesama sendiri supaya tidak berpisah. Boleh tahan ramai juga orang dengan lapangan terbang ni. Berhimpit-himpit.
"Mama, kita nak makan dekat mana?"
"Subway boleh? Deka
NOAHbegitu asyik menikmati santapan yang baru saja tiba. Masih lagi berasap makanannya. Kasihanlah anak aku seorang ini. Lapar sungguh. Mujur ada Gavino yang sudi menemani aku untuk membawa aku dan Noah menjamu selera. Tapi terdetik juga hatiku. Gavino begitu mudah rapat dengan orang yang baru dikenalinya. Aku tak nak berburuk sangka. Aku berharap sangat yang Gavino seorang yang baik dan bukan musuh kepada keturunan keluarga aku."Gavino, tak apa ke kalau awak balik lambat ke rumah semata-mata teman saya dan Noah ni?"Gavino mendongakkan kepalanya sebelum tersenyum kecil. Kepala digeleng sekali. "Tidak mengapa. Lagipun saya duduk seorang saja. Tiada siapa yang kisah tentang saya."Dia duduk seorang diri aje? Sebatang kara ke dia ni? Tak akan tak ada keluarga atau saudara-mara terdekat?"Lepas ni, Adra dan Noah nak ke mana?""Ke Princeville Holdings," jawab aku dengan pantas. Mesti Gavino tahu tentang bangunan itu memandangkan
LAMUNANKU hancur berderai tatkala Gavino memberhentikan kereta di dalam garaj sekali gus brek tangan ditarik. Terpinga-pinga aku seketika. Dalam tak sedar, Noah sudah pun lena dibuai mimpi di dalam dakapanku. Kasihan anak aku seorang ini. Sanggup saja ikut aku ke mana saja untuk mencari papanya. Aku harap sangat Rery dalam keadaan baik-baik saja. Dan, aku nak sangat tahu apa dah jadi dengan Princeville dekat sini."Ju, kau dah sedia? Dah semat pesanan aku dalam otak kau?" soal Rae sebaik saja aku keluar dari perut kereta sambil mendukung tubuh Noah."Dah. Tapi...""Not buts." Pantas Rae mencantas percakapan aku. Langsung tak bagi aku peluang nak bertanya. Teruk betul adik ipar aku yang seorang ini. Nak dengar kata dia saja."Gav, kau ambil anak saudara aku. Teman dia tidur dalam bilik aku," arah Rae kepada Gavino.Gavino sekadar menganggukkan kepalanya. Akur denga
LAMUNANKU hancur berderai tatkala Gavino memberhentikan kereta di dalam garaj sekali gus brek tangan ditarik. Terpinga-pinga aku seketika. Dalam tak sedar, Noah sudah pun lena dibuai mimpi di dalam dakapanku. Kasihan anak aku seorang ini. Sanggup saja ikut aku ke mana saja untuk mencari papanya. Aku harap sangat Rery dalam keadaan baik-baik saja. Dan, aku nak sangat tahu apa dah jadi dengan Princeville dekat sini."Ju, kau dah sedia? Dah semat pesanan aku dalam otak kau?" soal Rae sebaik saja aku keluar dari perut kereta sambil mendukung tubuh Noah."Dah. Tapi...""Not buts." Pantas Rae mencantas percakapan aku. Langsung tak bagi aku peluang nak bertanya. Teruk betul adik ipar aku yang seorang ini. Nak dengar kata dia saja."Gav, kau ambil anak saudara aku. Teman dia tidur dalam bilik aku," arah Rae kepada Gavino.Gavino sekadar menganggukkan kepalanya. Akur denga
AKU dah agak dah. Perkara seperti ini akan berlaku. Macam manalah aku nak pujuk Noah ni? Ya Allah... besar betul dugaan yang kau turunkan kepada aku. Berikanlah aku kesabaran yang tinggi. Boleh dikatakan sekeliling wajah, aku garu. Buntu."Kenapa papa tak ingat Noah? Siapa buat papa?" Noah mengongoi. Sedar saja dari lena, terus dia bertanyakan tentang Rery. Aku pun masa tu dah tak tahu nak bagi jawapan apa. Nak tak nak, aku kenalah berterus-terang dengan dia. Dia bukan lagi kecil yang tak boleh faham."Sabar, sayang. Sama-sama kita pulihkan ingatan papa semula, ya. Noah kena tolong mama. Tak mahulah menangis macam ni. Kalau papa nampak pun, mesti dia tak suka. Noah ingatkan pesan papa apa?"Noah menganggukkan kepalanya. Tersedu-sedan. Pinggangku dirangkulnya erat sambil menyandarkan sisi wajahnya pada perutku. Kasihan anak aku ini. Betul-betul dia rindukan papa kesayangan dia."Papa?"
KESEORANGANLAH aku dekat taman permainan yang terletak di tengah bandar ni. Semasa melangkah masuk ke dalam taman ini pun, memang dah tak ada siapa dekat sini. Mungkin sudah malam. Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa. Duduk sajalah di atas bangku coklat yang berhadapan dengan permainan kanak-kanak. Ke manalah Rery bawa Noah pergi?Aku ni ego ke? Salah aku ke? Tapi dia yang mulakan dulu. Aku tak ada paksa dia suruh ingat aku. Soalan-soalan dia yang buat aku tersentap. Dia anggap aku macam aku ni orang gila yang tiba-tiba saja mengaku yang aku ini isteri kepada dia. Susah-payah aku nak merentas ke sini, bukannya dia tahu. Tup-tup tanya aku macam-macam soalan."Ju..."Aku terkaku saat ada satu suara garau menyapa gegendang telingaku. Lantas aku mengangkat muka mahu melihat gerangan yang menyeru aku itu. Dengar dari suaranya, sebenarnya aku sudah tahu siapa yang panggil aku."Hmm...
PERLAHAN aku mencelikkan mata tatkala terasa tangan kekar membelai rambut panjangku. Kedua-dua belah biji mata aku ganyah perlahan agar penglihatan aku jelas untuk memandang suasana sekeliling. Aku memakukan pandanganku pada wajah Rery yang betul-betul di hadapanku. Deru nafas hangatnya menampar-nampar wajahku."Good morning, mia bella," ucap Rery sekali gus mengucup dahiku. Morning kiss!"Morning, biy. Dah lama ke biy bangun?"Dia menggelengkan kepalanya. "About 10 minutes ago.""Biy dah okey ke? Ada sakit dekat mana-mana?"Sekali lagi dia menggelengkan kepala. Tubuhnya dibangunkan perlahan sebelum bersandar pada kepala katil. Kemudian dia menarik tubuhku masuk ke dalam dakapannya yang hangat itu. Lagi-lagi bila dia tidak berbaju. Tubuhnya yang berbalut itu aku peluk dengan penuh berhati-hati."I s
MATAKU membelingas ke suasana ruangan yang dibawa oleh Rery. Ruangan ini terletak di tingkat bawah. Basement rumah kami. Selesai saja sarapan pagi, kami sempat lagi singgah ke sebuah pasar raya mini membeli sedikit barangan. Kemudian barulah kami pulang ke rumah dan Rery terus mengajak aku untuk melakukan warm up skil yang aku katakan itu. Noah turut ada bersama dengan kami. Bukan dia saja. Fazio turut berada dengan kami untuk memantau Noah. Gavino serta beberapa anak buah yang lain duduk di tingkat atas menjaga keselamatan suasana rumah ini."Are you ready, mia bella?" soal Rery yang sudah menukar pakaiannya kepada sehelai singlet berwarna hitam. Sekali gus merenggangkan otot-ototnya. Bukan main suami aku ni. Tak sabar habis."I was born to be ready, biy." Aku tersenyum senget. Turut juga membuat senaman ringan supaya otot-ototku tidak mengalami kejutan."Quindi and
"WAKEY, wakey Juliana Adra. Don't sleep too much."Terasa pipiku ditepuk-tepuk oleh tangan kekar seseorang. Terpisat-pisat aku hendak mencelikkan mata. Kepalaku terasa memberat. Fikiranku terasa kosong. Apa yang dah terjadi?"Baguslah kalau kau dah sedar, Juliana. Aku dah tak boleh nak tunggu lama-lama lagi. Tak nak buang masa." Daguku dicekaknya kasar sehingga kepalaku terdongak. Berkerut dahi aku menahan sakit. Pandanganku masih lagi kabur."Kau... kau siapa? Nak apa? Mana anak aku?" soal aku dengan nada suara tersekat-sekat."Lukas. Best friend kepada suami kau sendiri. Anak kau? Ada saja. Tengah tidur. Lena betul dia tidur."Aku terdiam sejenak. Cuba menghadam nama yang disebut olehnya sebentar tadi. Lukas? Kawan baik Rery sendiri? Memang betullah dia merupakan musuh dalam selimut."Mana anak aku? Jangan apa-apakan dia. Kau n
SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang n
PAGIini, aku hanya mengenakandresslabuh berwarnababy blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat."Ho..."Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku."Ya, biy?" Aku tersenyum."Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.
SEPERTI yang aku katakan, malam ini adalah malam perbincangan kami sekeluarga. Rery sudah dapat kesan keadaan Noah yang sepertinya lemah saja. Reaksi anak lelakinya hari ini tidak terlalu ceria seperti sesebelum ini. Rery yang ingin mendukung tubuh Noah, laju saja Noah menggelengkan kepala. Itu yang membuatkan Rery bertambah pelik. Bila aku menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi secara ringkas. Terus saja senyumannya mati. Diganti dengan kerutan seribu di dahi. Itu sudah cukup membuatkan aku tahu yang emosi Rery sudah berubah. Sudahlah baru balik dari kerja. Agak lambat juga sampai ke rumah. Tepat jam 10 malam. Terus saja dia meminta diri untuk membersihkan tubuhnya.Tak lama itu, Julian dan Melina datang bersama dengan Eusoff. Eusoff terus saja duduk di sebelah Noah yang sedang menonton televisyen bersama dengan si kembar. Suasana sepi saja memandangkan mereka tahu, emosi papa kesayangan mereka ketika ini dalam keadaan tidak baik.
JAM tangan yang terbelit pada pergelangan tanganku dikerling sekilas. Masa masih lagi berbaki satu jam lagi sebelum anak-anak menamatkan sesi persekolahan mereka pada hari ini. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik, pejam celik saja dah nak masuk waktu tengah hari. Tak ada apa sangat yang kami buat pada hari ini. Sekadar berjalan sambil bercerita sesama sendiri."Tekak ni terasa pulak nak makan susyi. Kita singgah Sushi King sekejap awak," ajak Melina.Aku hanya menganggukkan kepala. Tangannya aku kembali genggam kemudian kami bersama-sama menuju ke Sushi King yang tidak jauh dari situ. Aku pun tiba-tiba saja terasa mahu makan Sushi King. Jarang-jarang aku nak mengidam makanan macam ni. Biasanya kalau keluar makan bersama Rery, dia yang paling kuat sangat mengidam macam-macam makanan. Aku pun bedal sajalah."Kita bungkus sajalah. Lepas tu, kita terus ambil dia orang dekat sekolah. Takut sesak pulak wakt
BIBIR melengkung senyum. Sedar tak sedar, malam ini malam terakhir aku di Pulau Langkawi ini. Dan malam ini juga, Rery membawa aku mengambil angin di Pantai Cenang. Boleh dikatakan ramai juga pengunjung yang hadir pada malam ini. Ada yang sedang berkumpul bersama ahli keluarga dan ada juga yang sedang menjamu selera di gerai-gerai makanan kecil yang dibuka di tepi pantai."Aara Malika..."Mata aku terpejam seketika. Sudah bertahun-tahun lamanya aku dah lama tak dengar orang memanggil aku dengan nama itu. Secara automatik, aku teringatkan arwah ayah dan ibu yang berada di kampung. Memori-memori ketika aku kecil bermain-main di dalam kotak fikiran. Perasaan rindu mula terpasak di dalam hati. Ya Allah... rindunya aku pada mereka. Terutama sekali arwah ayah yang sangat menyayangi aku. Menatang aku dengan minyak yang penuh. Sedangkan aku bukanlah anak kandungnya."Arif..." Aku hanya tersenyum kecil sebaik saja
Di Pulau Langkawi, Malaysia.AKU tersenyum memerhatikan Rery dan Julian sedang melayani anak-anak bermandi-manda di dalam kolam renang. Melina turut tersenyum memerhati gelagat mereka. Kami berdua hanya duduk di bibir kolam renang sambil menepis-nepis air menggunakan kaki. Kuat betul tawa Ryana dan Ryan memeriahkan suasana kolam renang itu. Suka sangat dapat bermain air."Adra... apa yang awak rasa sekarang ini?" soal Melina sambil memeluk bahuku."Saya rasa bahagia. Dan saya harap sangat yang tiada lagi konflik akan timbul lagi. Biarlah kebahagiaan ini kekal buat selamanya sehingga kali terakhir saya bernafas. Saya tak nak tengok anak-anak saya terkena tempias lagi. Sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Keadaan Noah tu pun sampai sekarang saya rasa sedih dan terkilan." Bibirku menguntumkan senyuman kecil. Anak mata terpaku pada Noah yang sedang menyelam bersama Eusoff."Ya. Saya f
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia. TROLI bagasi ditolak oleh Rery sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Syukur, kami selamat sampai ke tanah air bersama dengan anak-anak. Begitu juga dengan Julian dan Melina. Rae dan Fazio seperti yang dikatakan oleh Rery. Mereka berdua diberi amanah dan kepercayaan untuk mewakili syarikat di sana. Jadi, tidak perlulah Rery berulang-alik ke sana. Semuanya akan diketahui perkembangan Princeville di sana melalui dalam talian saja."Honey, nak makan atau nak singgah mana-mana? Ke nak balik terus?" soal Rery."Honey ikut biy saja. Kalau biy lapar, kita makanlah dulu. Tadi dalam flight pun biy makan sikit aje."Rery menjuihkan sedikit bibirnya. Anak matanya meliar melihat suasana sekeliling. "Kita singgah Subway la. Tekak terasa nak makan Subway pula."
BIBIRKU melengkung senyum lebar. Daun pintu kereta aku tolak lalu berlari keluar dari perut kereta. Setelah beberapa hari terperap di dalam rumah kerana menjaga Rery dan Noah sehingga sihat seperti biasa. Begitu juga dengan diri aku sendiri. Sepanjang kami di rumah, banyak aktiviti keluarga yang kami lakukan bersama."Mama tunggu!" jerit Ryana dan Ryan serentak. Diikuti dengan Eusoff di belakang.Aku tertawa kecil. Tangan didepa luas ke udara sambil kepala didongak ke atas. Mata dipejam seketika sebelum dicelikkan semula. Hari ini, Rery membawa kami ke berjalan-jalan sekitar Venice tanpa ada gangguan. Seperti biasa, pastinya ada mata-mata yang akan menjaga kami sekiranya ada pihak musuh yang datang menyerang secara tiba-tiba."Cantiknya!" ujar aku dengan sorakan gembira.Rery yang sedang mendukung Noah tersenyum kecil lalu dia mendekati kami. Bahuku dipeluknya rapat ke dadanya. Noah menguc
KATA-KATA Pablo bermain di fikiranku. Keadaan Noah tak seperti yang aku mahukan. Dia terpaksa menanggung parut kesakitan itu sehingga dewasa kelak. Tatkala menerima berita itu, jantung aku bagaikan gugur. Tidak lagi berdegup. Kecewa dan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Macam mana Noah nak meneruskan hari-harinya sekiranya dia mendapat tahu perkara itu nanti?"Honey..."Aku tersentak dari lamunan apabila terasa satu tangan kekar menyentuh bahuku. Perlahan aku angkat muka. Wajah Rery aku pandang sayu. Hampir saja air mataku mahu jatuh buat sekali lagi."Noah macam mana?""He is still sleeping."Aku hanya angguk sekali. Lemah. Rasa macam hilang separuh kekuatanku apabila melihat keadaan Noah seperti itu."Jangan macam ni, honey. Biy tahu Noah seorang yang kuat. Dia akan menerima berita ini dengan hati yang terbuka.