Share

BAB 41

Author: RIDZWANDA
last update Last Updated: 2021-09-20 00:07:18

BAB 41

SYAFIQ masuk dalam kelab itu bersama dengan Sharifah Alin. Puas dia tegah, namun sia-sia usaha bila wanita itu sengaja mahu pamerkan kemesraan antara mereka di hadapan Jasmin sebelum mereka berkahwin.

Ugutan yang sama iaitu adiknya Aqilah. Sharifah Alin semakin melampau.

"Jangan tunjuk sangat yang you tak suka pada I, Fiq. Depan perempuan tak guna tu nanti, I nak you kiss I." Satu arahan tegas lagi diberikan pada Syafiq, dipeluk mesra lengan tegap lelaki itu. Katakan dia perempuan kemaruk jantan, dia tak kisah asalkan Syafiq menjadi miliknya. Hanya miliknya seorang!

Syafiq berdecit kesal. Ikut hati mahu saja dia terbalikkan kerusi dan meja dalam kelab ini. Bukan dia tak nampak kelibat Jasmin yang asyik memandang ke arah mereka sejak dia masuk bersama Sharifah Alin.

"I nak perempuan baju biru tu ambil order I dan my baby." Arah Sharifah Alin bila seorang lelaki da

RIDZWANDA

Happy reading, love🌹

| 2
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 42

    BAB 42 THAQEEF cengkam belakang rambut Adra bila isterinya itu masih diam membisu. Kesabarannya makin hilang bila Adra seolah mencabar dirinya. "Siapa jantan tu Adra!" Jerkah Thaqeef lagi. Adra benar-benar sudah buat dia rasa marah. Rasa berang. Rasa dikhianati. "Kau milik aku Adra,hak aku!" Tegas Thaqeef,tubuh Adra dia angkat dan diangkat atas bahunya .Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik. Pintu bilik air dikuak kasar dengan tangan kanannya.Tubuh Adra diletakkan ke dalam bath tub .Wajah Thaqeef sangat tegang buat Adra kelu untuk bersuara. Pandang tepat wajah Adra, Thaqeef tahu ada sesuatu disebalik sinar mata yang indah itu tapi apa yang Adra rahsiakan dari dirinya? Siapa lelaki itu? "Kau bersihkan diri kau. Aku tak nak sentuh kau sekarang Adra. Aku cukup benci orang lain sentuh isteri aku.Hak aku.Milik aku!" Mata hazel Thaq

    Last Updated : 2021-09-20
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 43

    BAB 43 "SAYANG.." Ucap Thaqeef bila Adra melepaskan tautan bibir mereka. Bibir masih terasa basah.Tubuh Adra dipeluk kemas seolah tidak mahu melepaskan Adra walaupun hati masih dikuasai dengan perasaan marah.Tapi kini, dirinya sudah goyah dengan godaan Adra. Adra pejamkan mata bila tangan besar Thaqeef mengelus hujung bibirnya. Dia gigit bibir bawahnya. "Betul, kepala kau okay?" Soal Thaqeef inginkan kepastian. Dia tak mahu Adra sakit nanti bila mereka larut dengan lautan asmara. Thaqeef tahu diri dia bila dah mula, susah untuk berhenti. Lagi-lagi bila bersama Adra. Terbuka mata Adra bila tiba-tiba tubuhnya dicempung oleh Thaqeef. Adra tahu ke mana arah tuju Thaqeef. Dia melihat mata yang memandang dirinya dengan penuh nafsu itu. Thaqeef kucup tepi dahi Adra sebelum pintu bilik itu ditolak dengan sebelah kakinya. Ah, tak sabar rasanya ingin menakluki Adra. Adra masih ti

    Last Updated : 2021-09-21
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 44

    BAB 44 RAFIQ menoleh ke belakang, dia risau kalau ada orang lain melihat dirinya. Sejak kejadian tempoh hari, ,dia terus lari dari rumah Darius. Dia pasti suami Adra pasti akan mencari dirinya. Ah, kenapa dia kalah dengan lelaki itu? Tak, tidak akan sesekali dia lepaskan Adra. Dia akan dapatkan Adra juga walau apa pun yang terjadi. Mujurlah dia menjumpai sebuah rumah terbiar bila dia turun dari bas. Sekarang dia berada di Rantau Panjang, Kelantan.Suami Adra tak akan dapat menjumpainya disini. Dia perlu membuat rancangan dengan teliti,tidak boleh cuai lagi. Kerana ikutkan nafsu, dia terus terjah ke dalam rumah Adra tanpa memikirkan tentang suami Adra, fikirnya.. lelaki itu keluar bekerja rupanya suami Adra masih berada dalam rumah. Ah, sekarang ni dia perlu mencari wang. Selepas ini, dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan Adra. Adra hany

    Last Updated : 2021-09-21
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 45

    BAB 45 BEGITU cepat masa berlalu, Adra akui bukan mudah untuknya menjadi seorang isteri kepada Thaqeef Ilham. Bersama Thaqeef dia bahagia walaupun Adra tahu bukan mudah untuk dirinya dan Thaqeef mencapai bahagia.Rafiq sampai sekarang tidak dapat dijumpai. Datuk Ikram pula setelah hampir dua bulan tidak muncul, semalam baru saja memberitahu ingin bertemu dengannya. Adra sedar dan tahu tentang itu. Datuk Ikram tidak pernah menyukai dirinya. Diajak oleh Thaqeef makan malam dirumah mereka juga begitu banyak alasan yang diberikan oleh Datuk Ikram.Sisip lembut air coklat panas itu pada bibirnya, Adra letakkan kembali cawan kaca itu di atas meja. Pusing tubuh, Adra masuk ke dalam biliknya setelah puas mengambil angin malam di balkoni. Setelah lima belas minit membersihkan diri dan menukar pakaiannya, Adra atur langkah menuju ke bilik kerja Thaqeef. Setelah keluar bersama Jasmin petang tadi, Adra ketiduran akibat sakit kepala. Bukan tidak

    Last Updated : 2021-09-22
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 46

    BAB 46 "SAYA nak kamu tinggalkan Thaqeef. Saya yakin, bila dia dah tahu siapa kamu sebenarnya dia akan lebih membenci kamu." Ujar Datuk Ikram tegas. Wajah Adra yang sedang tunduk itu dia pandang dengan tajam. Baginya, Adra penghalang untuk dia mengawal Thaqeef. Sejak mengenali Adra, Thaqeef mula memberontak dan ingkar dengan segala arahan dia. Lebih kebenciannya pada Adra bila mengetahui yang wanita ini anak kepada lelaki yang pernah cuba menculik arwah isterinya dulu. Dia juga yakin bila Thaqeef mengetahui hal ni, lelaki itu akan lebih membenci Adra. Rossa, isteri yang dia kasihi meninggal akibat ayah Adra. Adra tersentak. Wajah Datuk Ikram dicari. Tangan memintal hujung baju miliknya. Sungguh, Adra takut sekarang ni. Takut dengan Datuk Ikram dan dia juga takut dengan amukan Thaqeef. "Tapi saya tak boleh tinggalkan Thaqeef, Datuk.." Jawab Adra dengan lemah. Ma

    Last Updated : 2021-09-26
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 47

    BAB 47 JASMIN terkesima bila mendengar bicara Adra. Tuhan, kenapa mereka diuji sebegini hebat? "Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni?" Soal Jasmin sambil fokus pada pemanduan. Mereka sedang menuju ke kampung Jasmin. Adra masih teresak-esak menangis. Susah untuk dia menerima semua ini. Kenapa begitu sukar untuk dia mengapai bahagia bersama Thaqeef? Atau mungkin sudah takdir dia hanya mampu menjadi isteri Thaqeef untuk masa seratus hari? Kini sudah dua bulan dia menjadi isteri Thaqeef. Memang dia rasa bahagia bersama lelaki itu. "Ikut arahan Datuk Ikram buat masa sekarang. Itu yang aku tahu." Balas Adra seraya melemparkan pandangan ke arah luar cermin kereta. Air mata yang masih tersisa disapu dengan belakang tangannya. "Kau yakin Thaqeef akan lepaskan kau?"Soal Jasmin lagi. " Yakin. Sebab aku hanya isteri seratus hari dia. Itu yang aku minta dulu. Dan aku akan pastikan dia tunaikan janji dia tu." Adra lentokkan kepala pada cer

    Last Updated : 2021-09-26
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 48

    BAB 48 TERSEDAR Adra dari lena bila kedengaran azan subuh kedengaran. Semalam, hampir pukul 3 pagi baru dia dapat melelapkan mata. Sudah tiga hari berlalu sejak perbualan yang terakhir dengan Thaqeef. Adra angkat tubuh, dicapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas menunaikan solat subuh, Adra labuh duduk kembali atas katil. Giliran dia pula mengejutkan Jasmin. "Aku uzurlah!" Jasmin tutup wajah dengan selimut. Adra tarik kembali selimut itu buat Jasmin rasa sebal dan mula bangun bersandar sambil mata memandang tajam ke arah Adra yang tersenyum lebar. Sukalah tu, dapat usik dia tidur. "Yeke kau uzur?" Soal Adra sambil angkat sebelah kening. "Yelah, kau nak tengok darah period aku ke?" Jasmin acah mahu buka seluar depan Adra buat sahabatnya itu menutup mata dengan cepat. "Gila lau kau ni, Min. Kotorlah!" Rungut Adra seba

    Last Updated : 2021-09-26
  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 49

    BAB 49 TENGAH HARI ITU, Adra turun ke dapur untuk memasak kerana Jasmin rindu pada masakannya. Pandai minta dia masak, tapi Jasmin hilang bersama Puan Kalsom. Ala sengaja lah tu, tak nak tolong dia masak. Dia cukup kenal dengan Jasmin. Tapi itulah kawan yang selalu ada untuknya. Capai kuali dan Adra mula menumis untuk memasak ayam paprik kegemaran Jasmin. Baru saja ingin memasukkan ayam yang sudah separuh masak digoreng, tubuhnya dirangkul dari arah belakang. Tersentak Adra buat seketika namun haruman lelaki Calvin Klein milik Thaqeef menyapa deria baunya. Tak perlu lama Adra meneka kerana haruman lelaki milik Thaqeef Ilham sudah sebati dalam dirinya. Tersentak, Adra kecilkan api gas bila rambutnya diselak ke tepi dan bahunya dikucup lembut oleh lelaki itu. "Sayang.." Adra pejamkan mata, tangan dikempal kuat. Biarpun hanya tiga hari tidak mendengar suara itu, Adra rindu. Tak mahu larut dengan pera

    Last Updated : 2021-09-27

Latest chapter

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    EPILOG

    EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra. "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas. "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef. Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa. "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu. Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah. Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 59

    BAB 59SENYUMAN lebar terukir pada bibir Adra dan Thaqeef bila doktor mengesahkan Adra mengandung hampir dua bulan,sama kandungan pula dengan Mikayla. Tak mahu berlama dalam bilik doktor itu, dengan cepat mereka terus meminta diri untuk pulang. Tak sabar mahu melepaskan rasa kebahagiaan yang mereka alami sekarang.Thaqeef peluk Adra dengan erat. Dia kucup lembut tepi dahi Adra."Abang, lepaskan sayang. Lemas lah!" Jawab Adra di sebalik pelukan tersebut.Masuk saja dalam kereta, terus tubuhnya dipeluk kemas oleh ThaqeefPeluk dia macam tak peluk sepuluh tahun. Semput bila Thaqeef peluk kuat sangat. Kesian baby dan mummy baby.Thaqeef lepaskan pelukan itu sambil tersenyum bahagia. Yelah, siapa tak bahagia budak kecik ni dah mengandung. Yeay!Thaqeef cubit pipi tembam Adra. Makin cantik pula mummy buyung ni. Geram nak meow meow je."Sakit lah abang, tangan abang tu besar. Sakit tau pipi sayang." Adra tepis tangan dengan

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 58

    BAB 58 COMFORTER ditarik menutupi tubuh Adra yang terdedah. Tidak mahu tubuh seksi Adra kesejukan bila ditinggalkan seketika. Dia melangkah ke arah balkoni. Mahu menenangkan amarah untuk Rafiq yang sengaja disembunyikan ke pelusuk hatinya yang sangat dalam. Bibir pandai memujuk Adra kerana dia tidak mahu Adra tahu gelodak hatinya yang seolah mahu terbakar selagi dia tidak menjumpai lelaki durjana yang berani menyentuh isterinya. Dia, Thaqeef Ilham. Tak akan sesekali lepaskan manusia yang berani menyentuh isterinya. Akan dicari sampai jumpa. Dia akan membuat perhitungan terakhir dengan lelaki durjana itu. Adra yang nyenyak ketiduran atas katil itu dia pandang penuh rasa cinta. Jika bayangan Rafiq muncul kembali, dia akan menghilangkan semua itu dengan sentuhan magisnya. Sentuhan seorang suami yang halal untuk Adra. Satu nombor yang sempat diberi oleh Datuk Ikram tadi didail oleh Thaqeef. Selepas mendengar balasan dari pi

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 57

    BAB 57 PENUMBUK dikepal menahan kemarahan saat mata jatuh pada tubuh Adra yang hanya ditutup oleh selimut. Sedaya upaya Thaqeef menahan tangannya dari menumbuk dinding. Dia tak mahu mengejutkan sang isteri yang begitu lena. Biarlah Adra tidur lena dari bangun dan menghadapi mimpi ngeri itu. Thaqeef akan kejar Rafiq sampai dapat. Dia tak akan biarkan lelaki durjana itu terlepas. Lelaki yang berada menyentuh setiap inci tubuh isterinya, akan dia cari sampai ke hujung dunia sekalipun. Wajah yang sembap dengan air mata itu Thaqeef pandang dengan penuh rasa kasih, penuh rasa cinta. Dielus lembut wajah Adra. Kolam mata Thaqeef terasa hangat. Semua ini salahnya.Kalau dia tidak ikut rasa ego dan dendam, pasti dia akan menghalang Adra dari keluar seorang diri. Kini, rasa dendam itu membawa padah dirinya dan Adra yang menjadi mangsa Rafiq. Tidak patut dia biarkan semua itu terjadi sedangkan dia tahu lelaki durjana masih bersenang lenang berada di lu

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 56

    BAB 56 ADRA yang masih tidak sedarkan diri tu dia angkat dan diletakkan atas toto usang. Kemudian, Rafiq turut berbaring bersama Adra. Wajah jelita Adra diusap dengan tangannya. Begitu indah wajah Adra bila matanya tertutup rapat,bibir juga tidak mengeluarkan kata-kata yang sering membuatkan dia marah. Kenapa Adra tidak pernah nampak dirinya? Dirinya yang begitu sayang Adra. Tersedar Adra dari lena bila wajahnya dikucup bertalu-talu. Terbuka luas mata Adra bila tubuhnya sedikit di tindih oleh lelaki. Dan bila lelaki mengangkat wajah, Adra menjerit kuat sehingga membuatkan mulutnya ditekup oleh lelaki itu. Mata Adra meliar di segenap ruang bilik itu. Sungguh Adra terkejut, bila bilik itu dipenuhi gambarnya bersama Thaqeef. Rafiq! Adra gigit tangan lelaki itu dengan kuat, tubuh Rafiq juga ditolak menjauh darinya. Tidak rela tubuhnya disentuh dari lelaki itu. Adra bingkas bangun namun tak sempat dia mahu membuka pi

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 55

    BAB 55 BUKA saja pintu bilik dengan langkah yang terhuyang-hayang, Thaqeef dekati Adra yang ketiduran di atas sofa. Terukir senyuman sinis di bibir bila melihat air mata yang masih tersisa pada wajah Adra. Palsu! Semuanya palsu termasuk cinta wanita itu! "Qeef.." Adra bingkas bangun bila tubuhnya dihempap oleh Thaqeef, dia menghidu bau masam pada wajah dan tubuh Thaqeef. Sah!Lelaki ini mabuk lagi malam ini. Ditolak kuat tubuh Thaqeef supaya menjauh. "Eh eh, kau siapa nak tolak aku macam tu."Thaqeef tolak kembali tubuh Adra baring atas sofa itu, kemudian ditunjal pula dahi Adra. " Isteri kena dengar cakap suami! Kau tak belajar agama ke dulu hah? "Bidas Thaqeef selamba. Tangan Adra yang cuba melawan dirinya dia tekan pada sofa. Adra mendengus kuat. Tiada guna berlawan dengan orang mabuk macam Thaqeef sekarang. Bukan dia ingat pun. Adra jeling Thaqeef. " Awak nak apa?" baik Adra beralah, kalau tidak, tak tahu pukul berapa dia dapat tidur

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 54

    BAB 54 THAQEEF hentak kuat stereng kereta. Air mata yang jatuh dia seka dengan kasar. Kereta dipandu laju melebihi hadlaju sehingga dia berani memintas dua lori JNT di hadapan. Pon! Pon! Hon yang kuat berbunyi tidak dia endahkan, mungkin pemandu tersebut merasa marah bila Thaqeef memintas tanpa memberi signal dan masuk ke laluan menuju ke Genting Highlands. "Argggghhh.." Thaqeef menjerit kuat dari atas bukit Genting Highlands itu. Kenapa sakit ini masih tidak hilang? Kenapa rasa cinta pada Adra semakin kuat? Kenapa dia tidak dapat membenci Adra? Kenapa? Kenapa? Tubuh Thaqeef melorot jatuh ke atas rumput hijau. Matahari pula sudah hampir menutupi wajah. Tidak sedar lima jam dia memandu tanpa henti selepas keluar dari Setia Sky. Telefon pintar sengaja dia tutup. Thaqeef tak mahu ada gangguan dari sesiapa. Termasuklah Adra. Thaqeef memeluk lutut dengan tangisan yang sudah mula berlagu. Perit dan terluka dia rasai sekarang sa

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 53

    BAB 53 KERETA Audi RS7 merah Thaqeef meluncur masuk ke dalam basemant Kondo Setia Sky. Jam dipergelangan dilihat. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Meeting bersama Datuk Hans pula pada pukul 3. Adra yang sudah lena itu dia pandang buat seketika, tangan kiri mengelus pipi gebu Adra. "Sayang, bangun.." Kejut Thaqeef dengan lembut. Tangan mula meliar pada rambut dan leher Adra. Ah, masih tidak puas dia bermanja dengan Adra. Kalau tidak kerana ada meeting dengan Datuk Hans, akan dia ulit tubuh Adra di Resort Secret Garden itu selama seminggu. Itu rancangan awal tapi itulah, kerja perlu diutamakan.Walaupun hubungannya Datuk Ikram masih tidak lagi baik, namun Thaqeef tak akan sesekali mencampuri urusan kerja dan urusan peribadi. Adra mengeliat kegelian bila terasa wajahnya dikucup bertalu-talu. Siapa lagi suka mengusik dia sejak seminggu lepas. Hanya Thaqeef saja. "Dah sampai ke?" Tanya Adra dengan suara serak basah buat Thaqeef mahu mener

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 52

    BAB 52 SEMINGGU KEMUDIAN.. "KAU suka datang sini?" Soal Thaqeef sambil peluk Adra dari arah belakang. Dihidu haruman rambut Adra,tak pernah puas dengan haruman Vanilla Blossom milik Adra. Dagu dilabuhkan pada bahu Adra yang terdedah. Selepas pulang dari kampung Jasmin, Thaqeef mula sibuk dengan pembukaan Hotel Luna di Pahang. Adra tersenyum kegelian bila ciuman Thaqeef mula meliar pula lehernya. Ah, dia sungguh bahagia saat ini. "Suka.. Tempat ni cantik. Walaupun jauh dari bandar,tapi resort ni cantik. Saya suka. Terima kasih suami saya." Adra mengucup pipi Thaqeef, kemudian dia tundukkan wajah.Dia malu bila Thaqeef memandang diri seolah ingin menerkam dirinya. Thaqeef berdekah suka,bila sifat malu-malu itu masih ada pada diri Adra walaupun sudah hampir tiga bulan mereka berkahwin. Ah, indahnya malu

DMCA.com Protection Status