Untuk kali pertama setelah 40 hari berkurung di dalam dunia sendiri, akhirnya aku beranikan diri untuk keluar. Dengan t-shirt kelabu dan berhoodie hitam diluar, dipadankan dengan seluar jeans kosong ditubuh. Rambut aku biarkan terlepas ke belakang.
Mask hitam aku pakai diwajah, sengaja tidak mahu ada yang kenali aku. Kaki melangkah keluar dari rumah, rasa lapar datang tiba-tiba sewaktu aku sedang asyik menaip.
Telefon aku biarkan mati di dalam bilik, rumah aku kunci sebelum berlalu ke kedai makan. Aku hanya berjalan kaki ke kedai berdekatan.
Tiba di kedai Starbucks aku masuk ke dalam dan memesan air bersama kek tiramisu yang menggoda. Usai membayar makanan, aku mengambil tempat duduk di sebelah tingkap untuk melihat pemandangan di luar.
Beberapa minit kemudian, pesanan aku sampai. Tidak membuang masa, aku makan tanpa mengendahkan sekeliling. Aku makan sambil memerhati manusia berjalan di luar.
Tiba-tiba anak mata aku terhenti pada satu susuk tubuh lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Aku mengerutkan dahi seketika, pergerakkannya sungguh pelik.
Dia memakai topi hitam di atas kepala, wajahnya juga ditutup oleh mask hitam. Dia berjalan di belakang seorang gadis yang sedang asyik bermain dengan telefonnya.
Aku habiskan suapan terakhir, air aku sedut beberapa kali melegakan tekak. Tiba-tiba lelaki tadi menarik perempuan di depannya ke arah sebuah lorong lama. Mereka hilang dari pandangan aku.
Entah kenapa, aku bangun dan mengejar mereka. Kaki laju masuk ke dalam lorong yang sama, aku berhenti saat mendengar bunyi tangisan dan suara lain—
"Lepaskan aku!" jerit suara dengan irama tangisan. Aku bersandar di dinding mendengar perbualan mereka.
"Sadly I couldn't. Someone asked me to kill you." Suara rendah kedengaran, suara perempuan menangis mengikut, aku berdiri tegak, jadi lelaki tadi itu pembunuh?
Tiba-tiba bunyi telefon kedengaran, aku dengar bunyi tapak kaki sedikit menjauh, aku mengintai kecil.
Lelaki tadi berdiri sedikit jauh sedang menjawab telefon, perempuan tadi berusaha melepaskan ikatan dan mahu lari.
Tidak membuang masa aku mendekati gadis tadi, jari aku letak di depan bibir mahu dia diam. Kaki mendekati gadis itu, aku buka ikatan di tangan dan kakinya. Dia berdiri dengan pantas dan berlari meninggalkan tempat itu tanpa sepatah kata.
Aku lihat dia lari semahu-mahunya, lelaki tadi siap bercakap dengan telefon. Aku melangkah mendekati lelaki tadi, saat dia menoleh ke belakang mengadap aku—
"The fuc—"
Anak matanya terhenti pada aku seketika, dahinya berkerut. Dia memandang belakang aku, di mana dia tinggalkan gadis yang sepatutnya dia bunuh tadi. Wajahnya berang, dia mula marah.
"Where the fuck is she? Damnit!"
Dia berjalan melepasi aku, tali yang dibiarkan di tanah itu diambil semula dan digulung. Dia menoleh melihat aku.
"Who the fuck are you? Where the fuck is that green hair girl go?" soalnya kasar, aku melangkah mendekatinya, dia terkebil-kebil melihat aku.
"Will you kill me if i tell you?"
"Yes. Now tell me!" jawabnya laju.
"I'm Imanina Urwa and i let her go," jawabku selamba, wajah lelaki tadi berubah bengis, sekelip mata tubuh aku ditolak ke dinding, aku lihat sebilah pisau diacukan ke leherku. Mata pisau ditolak sedikit ke dalam isi leherku, aku memejam mata menunggu nyawaku melayang.
Sunyi, tiada pergerakkan, lelaki tadi masih menahan aku di dinding, pisau masih di leherku. Aku membuka mata melihatnya, dia sedang merenung aku lama.
"Kau nak mati?" soalnya dengan riak keliru.
"Yes,"
~ ~ ~Kaki melangkah laju mengikuti lelaki pembunuh itu, dia berjalan laju dan sangat diam. Setiap pergerakkannya seperti hantu, laju namun sangat diam. Kaki sudah lenguh namun aku mahu dia habiskan nafas aku.
Tiba-tiba dia berhenti, aku hampir langgar belakang tubuhnya namun kaki aku lebih cekap berhenti. Aku memandangnya dengan tanda tanya, kenapa dia berhenti?
Dia menoleh melihat aku.
"The fuck do you want?" kasar dia menyoal.
"Kau cakap kau akan bunuh aku kalau aku beritahu siapa aku," balas aku dengan pandangan kosong. Lelaki itu memandang aku lama, dia mengeluh kecil.
"Go home. Aku cuma bunuh orang bila aku dibayar." kata lelaki itu serentak itu dia berlari berlalu pergi dari situ. Aku memandang dia berlalu meninggalkan aku.
Hati aku rasa sakit. Aku rasa marah, sangat marah. Tidak membuang masa kaki melangkah pulang ke rumah. Tiba di rumah aku masuk ke dalam bilik, seluar aku buka. Pisau aku ambil di atas meja.
Aku duduk di atas lantai dan mula menghiris paha kananku. Aku biarkan darah mengalir, aku pejam mata dengan penuh rasa marah. Aku marah dengan apa yang berlaku— aku marah tanpa sebab.
Aku capai laptop di kaki katil, aku letak di atas lantai dan aku buka.
Red roses,
Violet blue,
Sweet sugar,
And so are you.
But roses were born.
And violet is dead.
The sugarbowl is empty.
And my thighs are red.
Aku lihat puisi baru yang aku taip, tangan naik meramas rambut dengan kuat. Rasa marah semakin membuak-buak, aku mengetap bibir menahan rasa, cuba mengawal diri.
Aku tak mahu rasa semua ini, aku mahu semua ni pergi. Satu cara untuk aku lupa semua ni— drugs.
Fuck, i need my heroin.
Aku memejam mata lama, nafas aku tarik panjang dan hembus perlahan-lahan. Control.
Aku buka mataku, calitan darah di dinding yang membentuk tulisan satu ayat aku lihat lama.
Control is the key
Aku tunduk melihat pahaku semula, darah masih mengalir keluar. Aku capai satu kain putih di lantai, aku tekapkan pada tempat luka. Beberapa minit kemudian dia ambil kotak kecemasan di bawah katilnya dan mula merawat lukanya.
Usai itu dia berlalu mandi dan berehat di atas katil.
~ ~ ~
Telefon berbunyi, aku jawab tanpa melihat pemanggil.
"Where have you been?!" Suara papa kedengaran kasar ditelefon. Aku diam mendengar suaranya, kenapa dia kisah? Dia tak pernah ambil berat tentang aku. He hates me.
"Answer me, Imanina Urwa!" Tengkingnya di panggilan, aku mengeluh kecil.
"I'm at home," balasku pendek. Laptop menyala di sebelah aku lihat.
Tonight I'm sad
Tonight I'm lonely
The demons are screaming
And I need you to hold me back.
Mataku menjadi luas dan penuh dengan rasa marah. Aku ketap bibirku dapat, apa yang dikatakan oleh papa aku abaikan lalu aku matikan telefon itu.
Tanganku genggam erat, jantung berdegup sungguh laju. Sakit hati, tidak enak di dalam hati— aku tumbuk pahaku yang masih cedera, aku cakar pahaku yang sensitif— fuck i hate myself!
Aku berhenti bergerak, aku tenung tanganku yang kini dipenuhi dengan darah. Air mataku mengalir laju. Kuku diselaputi darah—
Kenapa? Kenapa aku begini? Kenapa aku tak boleh jadi manusia normal seperti orang lain?
Aku bangun dari katil, kaki melangkah masuk ke dalam tandas. Aku duduk di dalam tab mandian, air hujan aku buka. Rambut sudah basah terkena air, baju juga basah. Aku diam melihat darah yang mengalir ke lubang air kotor.
Paip di kaki aku buka, tanganku basuh. Kuku aku bersihkan dari darah. Aku tunduk melihat tubuh, kaki aku tarik rapat ke dada. Aku peluk lututku erat.
Why can't i be normal?
Aku keluar dari rumah, entah kenapa aku rasa aku mahu keluar hari ini. Aku berjalan ke arah lorong kali terakhir aku jumpa lelaki pembunuh itu. Aku mahu jumpa dia.Kaki melangkah lebih jauh ke dalam, sunyi. Tiada bunyi. Aku berhenti saat jalan mati dengan adanya dinding kelabu penuh dengan kotoran menjijikkan. Aku memandang sekeliling, tempat ini busuk dan mengotorkan.Orang biasa tak akan tinggal di sini. Jalan ke sini juga menakutkan. Walaupun matahari masih ada, di lorong ini masih gelap, cuma ada beberapa tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.Aku bergerak ke arah sebuah kotak, aku duduk di atas kotak itu. Aku nak tunggu lelaki itu muncul.Aku mengeluh kecil dan mula memejam mataku.Tiga jam kemudian, bunyi tapak kaki kedengaran. Aku buka mataku dan seperti yang aku agak, lelaki pembunuh semalam berdiri d
Aku bersihkan luka yang dari malam tadi terbuka, usai itu aku berlalu membersihkan diri. Jam sudah menunjukkan 4 pagi, ada lagi satu jam untuk ke angka 5. Aku bersiap untuk ke rumah pembunuh yang aku upah semalam.Berhoodie hitam, berseluar track dan mask hitam di wajah aku bersedia keluar dari rumah. Aku pakai kasut sukan biasa. Aku lupa harganya, ia tak penting. Cukup aku boleh pakai dan berjalan.Angin pagi meniup wajah, rambut dibiarkan lepas di belakang aku masukkan ke dalam baju di belakang. Tak suka rambut berterbangan. Kaki berlalu ke lorong gelap san sunyi, aku buka flashlight di telefon untuk melihat jalan.Beberapa minit aku tiba di depan dinding kotor yang semalam lelaki itu sentuh untuk masuk ke dalam rumahnya. Aku cuba sentuh permukaan sejuk itu namun tiada apa yang berlaku.Keluhan berat terlepas, sekarang sudah jam 4:45 pagi. Aku berlalu duduk di atas kotak semalam. Menunggu lelaki it
Dia berdecit kecil mencuri perhatianku. "So, kau nak mati sebab kau dah tak ada sesiapa? That's it?" soalnya tiba-tiba membuatkan aku terkedu dengan soalannya. Nadanya kedengaran seperti memerliku. Apa maksudnya menyoal aku begitu?Aku dengar dia ketawa kecil."That's pathetic," ujarnya pendek membuatkan aku tergamam, seakan terkena satu tamparan ke wajahku.Kalau sebelum ni aku tak kisah apa yang orang mahu kata tapi saat ini, bila dia sebut perkataan itu— it hurts.Why?"What did you say?" soalku tidak percaya, dia memandangku tanpa riak gentar, riaknya kosong seakan tiada salah apa denganku."What? Am I wrong?" soalnya lagi, kali ini dia melangkah satu langkah mendekati aku. Wajahnya seakan mencabar kesabaran aku.Ak
Aku baring di atas katil selepas Daniel memujuk aku untuk tinggal bersamanya disini. Aku setuju, masih bertarung dengan diri sendiri kenapa aku setuju. Mungkin aku mula rasa yang aku ada harapan untuk hidup normal semula.Aku lihat ke arah sofa di depan TV, di mana adanya Daniel yang sedang tidur. Dengar dengkurannya cukup buatkan aku pasti yang dia sudah masuk ke alam mimpi.Aku bangun dari baringan, kaki turun dari katil. Aku berlalu ke meja tulis yang aku duduk menulis petang tadi. Seperti biasa, aku ambil pen merah dan sehelai kertas.Memandangkan aku tak boleh tidur dan dalam fikiran aku ada banyak perkataan dan huruf-huruf berpusing, lebih baik aku keluarkan semua di atas kertas kosong berwarna putih ini.Tangan bergerak menulis setiap patah perkataan.She looks happy, right?
Usai sarapan, Daniel bawa aku pulang ke rumah aku untuk ambil pakaian dan apa yang aku mahu. Sedang asyik menyimpan pakaian dalam bagasi, Daniel membuka mulut."Control is the key,"Aku menoleh melihatnya, Daniel sedang melihat contengan di dinding yang pernah aku tulis dengan darahku dulu. Aku lihat dia merenung ayat itu lama sebelum menoleh melihat ke arah aku."Apa maksud ayat ni?" soalnya tiba-tiba. Aku tengok ayat di dinding itu sekilas dan mengeluh kecil. Aku duduk di atas katilku dan tunduk melihat tanganku."Dulu masa dekat rehab, cikgu aku ajar untuk kawal emosi aku. Kalau aku boleh kawal emosi, nothing bad will happen. That's the only way aku kawal diri bila aku rasa nak bunuh diri," jelasku masih melihat ayat di dinding itu. Aku bangun semula dari katil dan kembali mengemas pakaian.Daniel diam saja, tid
Aku buka mataku saat terdengar bisikan seseorang dekat denganku. Benda pertama aku nampak ialah laptop aku yang menyala dan satu susuk tubuh sedang menggunakannya.Aku lihat Daniel sedang membaca sesuatu kerana mulutnya terkumat-kamit di depanku. Aku buka mataku lebih luas, dia sedang baca apa yang aku tulis dan apa yang pernah aku tulis di dalam laptop itu—"Daniel?" Aku bangun dari baringan, Daniel duduk di lantai masih membaca di laptopku yang berada di atas meja. Dia habis membaca dan menoleh melihat aku."Kau pandai buat puisi. This is beautiful tapi aku akan pastikan lepas ni, kau akan tulis puisi yang happy-happy pulak." ujar Daniel, lalu dia tutup laptop itu. Aku lihat dia, rambutnya masih basah menandakan dia baru habis mandi. Tuala masih ada di lehernya.Dia pandang aku lama buatkan aku rasa tidak selesa.
Mata bertentangan lama, jantung berdegup laju. Daniel seakan tenggelam dalam dunia sendiri."No," jawabku senada, aku lihat wajah Daniel berubah. Mata redupnya berubah terkejut. Mungkin dia tak sangka aku akan cakap 'no'.Daniel berganjak menjauhi aku, dia pusing membelakangi aku. Dia raup rambutnya dengan kasar dan berlalu duduk di atas sofa. Dia pejam matanya dan bersandar pada sofa itu. Aku diam saja melihat dia seakan cuba mengawal dirinya."Kau okay?" soalku pendek, keliru dengan reaksinya. Daniel ketawa kecil, matanya masih terpejam."Kau tanya aku okay ke tak?" ujarnya seakan tidak percaya, dia buka matanya dan memandang tepat ke arah aku."Lepas kau reject aku, kau tanya aku okay ke tak?"A
AKU melangkah masuk ke dalam rumah, suasana gelap menjadi pandangan mata. Aku buka suis lampu, namun tiada apa yang berubah. Telefon dikeluarkan, cahaya kamera belakang dibuka, kaki berjalan naik ke atas.Nama mama disebut namun tiada sahutan. Aku berlalu ke bilik mama, terlihat pintu di balkoni terbuka, angin kuat meniup langsir menarik perhatianku. Kaki bawa ke sana, terlihat mama sedang berdiri di sana sambil menikmati angin sejuk malam."Mama," panggilku mahu dia menoleh ke arah aku. Tiada sahutan, aku mendekati mama. Bahunya aku sentuh, saat dia pusing ke belakang memandang aku.Aku tergamam, wajahnya pucat bagaikan mayat hidup—Aku seakan pernah melihat situasi ini— wajah ini—"Kau anak tak guna!! Aku tatang kau macam minyak yang penuh, tapi ini yang kau balas dekat aku?!" jeritnya tiba-tiba di depan mukaku membuatkan aku tersentak dan berganjak beberapa l
DANIEL mengambil tempatnya di bumbung sebuah bangunan yang ditinggalkan lama. Dia duduk di dalam posisinya di bahagian selatan manakala Aaron pula sedang bersiap sedia di posisi utara. Alat pendengar di telinga Daniel berbunyi mendengar arahan daripada Megat dan Sam. Emma pula sedang bersiap untuk beraksi nanti. Daniel duduk melutut dengan satu lutut ke lantai, KS V Bullpup Sniper, pistol tembak dari jarak jauh itu di keluarkan dari bekasnya sendiri. Daniel mula membuat pengiraan dan target untuk dia lepaskan tembakan nanti. Walaupun sudah terbiasa dengan kerja headshot itu, dia tetap harus membuat persediaan yang lengkap. Daniel yakin dia dapat hapuskan Dato’ Hisham malam ini dari dunia ini. Rancangan kumpulan mereka sempurna dan berjalan dengan lancar sehingga sekarang. “They’re here,” Suara Megat kedengaran di telinga Daniel dan ahli pasukan yang lain. Sekarang mereka ada di sebuah kawasan sunyi yang selalu menj
DANIEL dan Megat yang sedang fokus berbincang tentang rancangan mereka itu terganggu saat Emma melangkah mendekati mereka. Emma letak satu pendrive di atas meja di tepi laptop Megat itu. Emma duduk di sebelah Daniel dengan riak wajah yang puas. Puas hatinya dapat luahkan semua pada gadis di rumah Daniel tadi. Imanina Urwa. “Urwa ada dekat rumah tak?” soal Daniel pada Emma, risau juga kalau gadis itu masih berdegil mahu keluar dari rumah. Emma menjeling menyampah. “Kenapa kau nak sangat perempuan tu tinggal dekat rumah kau? Dia tu masalah untuk kita, Dan. Just let her go,” kata Emma dengan riak yang tertekan, dia memandang wajah Daniel dengan tajam. “Tu rumah aku. Suka hati aku la.” balas Daniel selamba, dia abaikan Emma dan kembali berbincang dengan Megat. Emma menyumpah di dalam hati, dia tak tahu apa yang ada pada gadis lemah itu. &nb
PINTU lif yang hampir tertutup itu kembali terbuka saat satu tangan menahannya daripada tertutup, aku lihat Daniel melangkah masuk ke dalam lif itu dengan riak yang menyesal. Dia cuba mendekati aku namun laju aku berganjak menjauhinya. “Urwa, bukan tu maksud aku—” “You’re right, Daniel. Semua yang kau kata tu betul. Kau ingat lagi tak malam yang aku kena tikam? Kau nak tahu kenapa aku boleh ada dekat sana? Well, aku nak lari dari sini. Kau kata aku tak tahu apa tu cinta. Kau kata aku tak pernah rasa cinta or kasih sayang. You’re right. Aku lari sebab aku tak nak susahkan kau lagi. Aku sedar perjumpaan kita sebelum ni semuanya satu kesilapan. Everything is a mistake, Daniel. I shouldn’t have met you in the first place.” ujarku panjang lebar. Daniel menggeleng kecil. Dia cuma mendekati aku lagi namun aku tolak dadanya menjauhi aku. “I should have
DANIEL duduk di atas kerusinya bersama kawan sekerjanya yang lain. Di depannya ada bossnya yang sedang duduk sambil membaca sebuah file dengan tenang. Di sebelah kirinya ada Megat dan di sebelah Megat pula ada Emma manakala di sebelah kanan Daniel pula Sam dan di sebelah Sam ada Aaron. Sam merupakan ahli kedua yang sertai kumpulan itu. Kumpulan rahsia. Manakala Aaron pula ahli pertama yang dipilih untuk sertai kumpulan. Diikuti dengan Daniel, Megat dan akhirnya Emma. Hanya mereka berlima. Megat dan Sam bijak dengan komputer dan teknologi, Emma pandai dalam memerangkap mangsa dan menyeksa mangsa. Aaron dan Daniel pula pandai menembak dan berlawan. Sememangnya mereka berlima sudah dilatih dari awal. Mereka berlima agak rapat tapi tidak serapat Daniel dan Megat. Mereka berlima diletak di bawah secret agent X0-ASDME. Semuanya sulit untuk diterangkan dengan lebih mendalam.
DANIELkelihatan terkejut dengan soalanku, matanya terbuka luas tanda dia tidak sangka dengan soalanku itu. Aku memandangnya dengan harapan mendapat jawapannya. Sejak Megat kata Daniel merana, i can’t help but feel curious. Merana satu perkataan yang sangat besar untuk aku. Merana satu perkataan dan situasi yang perit untuk di gambarkan. Aku tertanya-tanya, kenapa merana? Kenapa Daniel merana? “He said that?” soal Daniel masih dengan riak yang terkejut, aku mengangguk saja. Daniel mengeluh perlahan. “I don’t trust your father, Urwa. Dia ada rekod yang buruk dalam kerja aku. Bila aku tahu aku tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan kau, aku rasa sakit hati dan tertekan. Aku nak bawa kau pergi dari situ tapi papa kau ugut nak bawa ke mahkamah. I don’t have a choice but leave you there with him.” jawabnya dengan mudah, aku di
SATU soalan muncul di kepalaku. Bibirku terbuka mengaturkan soalan itu keluar. “Kenapa susah sangat aku nak mati?” Bernada bisikkan ianya keluar dan aku dengar Daniel mendengus kasar. “Don’t— don’t you dare, Urwa. Don’t you fucking dare to think that way.” ujar Daniel dengan nada yang menahan amarah, aku menoleh ke arahnya. Dia memandang aku dengan pandangan yang tajam. “Kau selamat sebab kau kuat. Kau selamat sebab Tuhan masih beri kau peluang untuk hidup normal. Untuk rasa gembira. So, don’t you dare to ask that shit again.” Suara Daniel kali ini kedengaran kasar. Aku mengeluh kecil, tanganku naik menyentuh perutku yang berbalut itu. “It’s easy for you to say.” bisikku dengan tawa kecil sekilas. “It’s never easy for me to face everything. Kau pernah rasa sesak? Macam kau ada dalam air, kau lemas and trying to find some air but you’re too deep. Itu apa yang aku rasa
SEMINGGU BERLALU SEBILAH pisau terjatuh ke lantai, darah memenuhi permukaan pisau dan lantai. Sayup suara berbunyi ditelinga, satu tangan mencengkam leher dengan kuat. Nafas terasa sesak, tubuh mula mengejang. Bau hanyir darah kuat menusuk rongga hidung, jeritan sayup mula kedengaran. Tubuh mula tersentak. Bunyi beep beep semakin laju dan semakin kuat. Rasa sakit semakin jelas, nafas terasa disekat. Kerongkong bagaikan digenggam, menyekat oksigen dan udara. Dada terangkat dengan sepantas kilat, tubuh mengejang seakan terkena renjatan elektik. “She is not responding!!” Satu suara menjerit dengan nada suara yang takut. Suara yang pernah didengarinya. “Quick assign 200!!” Suara lain kedengaran. “Going 200!!” Tubuh tersentak lagi, renjatan mengalir ke seluruh tubuh. “Again! Assign 200!!” “Going 200!”
DANIEL lihat jururawat lelaki itu mahu mencucuk salah satu wayar di tubuh Urwa, Daniel saw red. Rasa marah dan sakit hati bercampur menjadi satu. Tidak membuang masa dia pegang tangan jururawat yang memegang jarum itu dan dipulas ke belakang dengan kasar. Jururawat itu mula menjerit kesakitan. “Apa yang kau cuba buat setan?!” Marah Daniel dengan dingin, dia pulas sedikit pergelangan tangan lelaki itu membuatkan jarum itu terlepas dan terjatuh ke lantai. Daniel pusingkan tubuh jururawat itu, kemudian dia melayangkan tumbukan kuat di pipi lelaki itu. Jururawat itu jatuh tersungkur ke lantai, Daniel mencengkam kolar leher lelaki itu, mask di wajahnya ditarik dengan kasar. “Siapa upah kau, hah?! Beritahu aku sekarang!!” Tengking Daniel dengan rasa yang tangan marah, tangannya yang mencengkam tangan lelaki itu menggigil dengan penuh rasa marah. Jururawat itu hanya ketawa sin
TANGAN diletakkan di bawah paip singki, air dibuka membasahi tangan. Daniel memandang wajahnya di dalam cermin, darah terpercik di tepi matanya di kesat dengan ibu jarinya. Selepas siap menjalankan tugasnya tadi bersama Emma, dia pulang ke rumah untuk berehat. Daniel berlalu membersihkan diri. Selepas siap mandi, dia menyarungkan t-shirt kelabu bersama seluar pendek berwarna hitam di tubuh. Dia berlalu ke katil dan baring di atasnya. Aku merenung siling di atasnya dengan riak yang kosong. Suara Urwa dirindui. Bauan gadis itu juga dirindui. Bagaimana keadaan Urwa sekarang? Daniel mahu tahu— dia mahu ada bersama Urwa sekarang. Dia ambil bantal di sebelahnya itu dan dipeluknya dengan erat. Bantal yang berbau rambut Urwa— Daniel mengeluh kecil. Dipeluk bantal itu dengan erat. Dia rindukan gadis itu. Urwa dia. ~ ~ ~ Dato’ Hisham melangkah masuk ke dala