OBSES (BAHASA MALAYSIA)S.SYAZAN
Misteri kehilangan wanita secara misteri telah menimbulkan pelbagai persoalan. Dua orang lelaki kembar, Naqui dan Haris Naufal merupakan dalang di sebalik jenayah terancang ini. Mereka menjadi sasaran pihak polis walaupun kes mereka sentiasa di jaga pihak tertentu. Ikmal yang mendapat kes ini cuba merungkai rahsia mereka yang sentiasa menjadi berita utama wartawan. Dunia ini penuh dengan kegelapan dan tangan kotor yang mencemarkan dunia. Maka muncul seorang lelaki yang mempunyai gelaran sebagai malaikat maut membanteras jenayah dengan cara permainan penjenayah. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan. Tiada lagi peluang kedua.
Adakah rahsia mereka akan terbongkar?
TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)Mengisahkan tentang 3 orang sahabat baik Luqman,Kamarul dan Iskandar yang akrab sejak dari kecil. Hubungan yang seperti kekeluargaan itu diuji apabila hadirnya seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke sekolah itu. Ditakdirkan berlakunya tragedi misteri menyebabkan mereka saling menuduh antara satu sama lain sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan lalu memecah belahkan hubungan mereka.
Kau rilek jap. Tak kan sebab perempuan nak gaduh
~ Iskandar
Ustaz kata kami sesat,entah entah ustaz tu yang sesat
~ Haris
Biar aku tamatkan perkara yang telah aku mulakan
~ Luqman
ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA) Real love doesn't meet you at your best. It meets you in your mess.
Siapa sangka disebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa?
Dan siapa pula sangka di sebalik wajah dan senyuman manis wanita itu terselit ada rahsia silam yang pahit.
ADRA SOFEA-Pemilik nama yang sungguh indah rupanya. Baik budi pekertinya. Akibat ditipu oleh sahabatnya Jasmin, dia terperangkap dalam kelab Diamonds.
THAQEEF ILHAM-Pemilik kelab malam Diamonds yang gah di Kuala Lumpur. Akibat kecewa dengan bekas tunang, dia tegar mempermainkan hati dan maruah seorang wanita.
"Jadikan saya yang halal untuk awak,Thaqeef..Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya 100hari.Saya rela. Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji saya akan patuh segala arahan awak." -ADRA SOFEA
"Be prepared. You will be mine, baby Adra-THAQEEF ILHAM
Dalam ego Thaqeef ada manjanya, perkahwinan mereka bagaikan roller coaster.
Dan di saat Adra tak mampu menolak rasa hati, dan di saat Thaqeef masih dalam berteka-teki Adra memilih untuk pergi dengan cara yang sangat Thaqeef benci.
Cukupkah 100hari untuk mereka mengukir bahagia atau itu hanya kisah dongeng semata-mata.
WARNING :MATURE CONTENT
IG:RIDZWANDA8
.
Siling ( BAHASA MALAYSIA )*Di Sini Tempat Persembunyianku*
Sebuah bungkusan asing telah menjentik rasa ingin tahu D, seorang remaja lelaki yang bercita-cita ingin menjadi superhero. Isi benda alah berkenaaan menyebabkan dirinya seumpama dihambat keras untuk menyiasat.
Pulau Batu atau juga dikenali sebagai Pulau Penyakit dan Pulau Keramat merupakan tempat serta petunjuk dari isi sampul tersebut. Setibanya D di pulau itu, pelbagai kejadian aneh bergentayangan di sana.
Selesaikan teka-teki, tumpaskan dalang, selamatkan orang lain, dan sekaligus memecahkan misteri-misteri di segenap penjuru Pulau Batu. Mior dicurigai kerana sejarah lampau tempat tersebut berkait rapat dengan si pak cik angkat.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. D nekad terjun ke dalam kawah maut yang dilumuri dengan kisah duka dan darah.
Wanitaku (Bahasa Malaysia)Mina Aqilah
Kerana terdesak inginkan perkerjaan, Maya Ariana rela bertunang dengan Safwan Imran. Dia sanggup mendengar segala hinaan dari keluarga tunangnya. Namun, tidak kepada Izz Adam, adik kepada Safwan.
Bertembung sahaja mereka berdua, pasti akan terletusnya perang. Kalau tidak berkelahi itu memang ajaiblah.
Sayang, pertunangan Maya dan Safwan tidak bertahan lama. Lafaz putus dikatakan apabila menyaksikan kecurangan Safwan. Begitu juga dengan Izz yang bertunang dengan sepupu Maya, Imanina.
Entah bagaimana Maya dan Izz bernikah selepas kejadian itu. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci lama-lama, nanti jatuh cinta. Haih, tak nak aku jatuh cinta dengan dia!
HASRAT (BAHASA MALAYSIA)NADZMI SAAD, hidupnya tidak pernah ada istilah bahagia. Dipisahkan dengan ibu kandungnya sejak berusia lapan tahun, ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima olehnya. Zaman kanak-kanaknya berlalu begitu sahaja, bersama kenangan pahit dan penuh derita baginya.
Sejak dahulu lagi, hubungan Nadzmi dengan ayahnya begitu dingin. Dia sendiri tidak mahu selalu bertegur sapa dengan ayahnya termasuklah ibu tirinya. Baginya merekalah punca kepada derita yang dihadapinya sekarang.
Umurnya kini 15 tahun. Dia berfikir, hasrat yang selama ini dipendam untuk membebaskan diri daripada 'penjara derita' ini perlu dia laksanakan meskipun tidak dia ketahui akan segala onak dan durinya. Penderitaan itu sudah tidak mampu ditanggung lebih lama lagi, ianya sudah semakin kuat mencengkam dirinya.
Adakah hasratnya itu tercapai demi sebuah kebebasan dan kasih sayang yang telah dia dambakan selama ini?
Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]Kisah seorang gadis lorong yang cuba mencari kebahagiaan ditengah perit kehidupan. Terpaksa merelakan diri dijual kepada lelaki bernama Tuan Muaz, seorang duda kaya lantaran himpitan hidup yang makin mencabar.
Mampukah Nurul Amani mempertahankan maruah diri dari dinodai oleh lelaki yang lebih layak bergelar bapa kepadanya itu?
"Dan aku akan pastikan, kau akan simpan dara kau, hanya untuk aku." Tuan Muaz
Shh... ( BAHASA MALAYSIA )Mahligai Seri Pelangi adalah sebuah tempat yang menggilis nasib dan juga impian para anak yatim piatu berkenaan. Sisi gelap pun muncul sebaik sahaja diri mereka ditempatkan di sana. Ia sekaligus menyebabkan mangsa-mangsa keadaan itu merubah persepsi mereka yang sepatutnya dilindungi jua dikasihi.
Cerita mereka tidak seindah yang tertera pada papan tanda rumah kebajikan tersebut. Mereka diseksa-dimarahi serta dipukul setiap hari oleh pihak yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Hal itu membuatkan kesemua mereka ingin lari kerana tidak tahan lagi.
Sehinggalah ada sebuah tragedi hitam yang mengakibatkan banyak nyawa melayang. Puncanya tiada siapa yang tahu.
Namun begitu, seorang gadis yang bernama Fio telah selamat daripada terus tenggelam dalam lubuk neraka ciptaan manusia berkenaan.
Fio berfikir, dia boleh selamat setelah keluar dari sana. Ternyata, tidak. Trauma menghantui. Kekesalan menghambat diri.
Perlahan-lahan, segala asbab pun terungkai selepas dia menemui sesuatu iaitu...
jeritan maut dari dalam peti.
Miliki Bayangmu (Malaysia)"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?"
Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu.
"Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit.
Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja.
_______________________________________
Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya
Memang susah bila hidup dengan dia yang asing.
Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi.
Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri.
Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.
The Stupidos (Bahasa Malaysia)Hazelizz Zachary - Saat mendengar sebaris nama ini, pasti sinonim dengan gelaran si sombong. Tidak mempunyai kawan malah tidak mahu berkawan.
Disebabkan kisah lama yang menghantuinya, dia lebih memilih untuk tidak mendekati sesiapa. Berkawan juga tidak. Hidupnya kelam kerana dilema.
Apakah yang terjadi saat dia si gadis yang digelar si sombong bertemu dengan 4 jejaka yang boleh dikatakan masuk air? Setiap tingkah mereka membuatkan dia tidak kering gusi.
Lucas Harvey. Your badboy.
Theo Zander. Your drama king.
Ethan Einsteirn. Your genius boy.
Jayden Smith. Your ice boy.
"Kita akan jadi best friends sampai bila-bila"
'The Friendship Will Never Ends'
- THE STUPIDOS
DEAR LOVE ( BAHASA MALAYSIA)sesungguhnya cinta itu akan menjadi indah apabila tiada pengkhianatan..
"KENAPA AKU SEPERTI PERNAH BERTEMU DENGANNYA?"
KAPT.ZAKUAN EDAN
"DAH BERKALI AKU KATAKAN CINTA! KAU HARUS LENYAPKAN DIA DARI HIDUP KAU!!"
ALISYA KIRANA
NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]Angkara dendam lampau terhadap Abangnya, Aisya terpaksa menanggung akibatnya. Hubungan cinta dia dengan Riyad yang terbina hampir lima tahun musnah begitu sahaja akibat fitnah yang menimpa.
Ketika dia menghilang hadir seorang jejaka kembali membuka pintu hatinya. Namun takdir seakan menghalang apabila berlaku satu insiden yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan.
Bunga lily putih sangat popular dikalangan muda mudi yang sedang jatuh cinta. Maknanya, lily putih ini sangat laku dipasaran pada hari kekasih selain dari bunga ros merah. Selain itu, untuk pasangan yang akan menikah, biasanya seorang lelaki akan menggunakan bunga lily putih sebagai salah satu cara untuk menyatakan lamaran kepada wanitanya. Selain memberikan suasana romantis, bunga lily putih ini juga melambangkan adanya perasaan yang tulus dan cinta suci yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun dapat diwakili oleh kehadiran bunga lily putih tersebut.-Aisya Yanie
Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".-Tengku Riyad Zulqarnain
Seperti hujan,
terkadang hadirku tidak kau inginkan,
namun, yang harus kau fahami,
aku adalah peneduhmu dia saat kau merasa sepi.-Syed Zafran
Yang pasti BAHAGIA KITA RASA
Meski jalan bahagia kita berliku
Segala rintangan kita harungi bersama
kerana kamu adalah 'NUKILAN CINTA'ku
TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)Sistqah
Isya Rasyuka jatuh cinta buat pertama kali di dalam hidupnya. Lelaki bertuah itu adalah Aqif Azka. Ketampanan dan sifat gentleman lelaki itu sangat menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?" - ISYA RASYUKA
Bagi Aqif Azka pula, dia langsung tidak rasa bertuah apabila mengetahui dirinya disukai oleh Isya Rasyuka. Dia menyampah kerana Isya Rasyuka sentiasa berusaha untuk mendekatinya. Dia merancang sesuatu dengan rakan-rakannya agar Isya Rasyuka tidak lagi suka padanya. Rancangannya berjaya dan Isya Rasyuka tidak lagi mendekatinya malah perempuan itu pula yang menghindarkan diri daripada bertemu dengannya.
"Kenapa dengan aku ni? Takkanlah aku jealous tengok dia dengan mamat tu? Eh, buat apa pulak aku nak jealous? Aku bukan suka dia pun." - AQIF AZKA
Kemunculan Adi Adham sebagai penyelamat Isya Rasyuka pada malam rancangan itu berlaku telah membuka ruang hati Isya Rasyuka untuk bercinta lagi. Layanan yang diberikan oleh Adi Adham membuatkan Isya Rasyuka merasakan cinta itu indah. Namun siapa sangka Adi Adham menyimpan sebuah rahsia besar.
"I bukan yang terbaik tapi I janji, I akan mencintai you sepenuh hati." - ADI ADHAM
Berjayakah Isya Rasyuka menemui cinta sejati? Atau cinta sejati hanyalah cerita dongeng semata-mata?
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)Pink Rose
Rumah tangga yang dibina oleh Maleek dan Puteri sedikit berbeza dengan pasangan suami isteri pada umumnya. Selepas proses akad nikah, mereka masih tidak dibenarkan untuk tinggal bersama.
Mengapa?
Ada syarat yang Tan Sri Baharudin kenakan kepada anak serta menantunya sebelum mereka dibenarkan duduk serumah.
"Kamu berdua, masih tidak dibenarkan tinggal bersama seperti suami isteri kebiasaannya."
"But why, daddy?" Puteri memprotes.
"Sebab, perkahwinan kamu berdua, masih digantung!"
Pelbagai cabaran perlu mereka hadapai dalam tempoh Nikah Gantung ini. Jiwa dewasa yang saling mengingini terpaksa dipendam demi tuntutan syarat yang telah ditetapkan.
Mampukah Maleek menahan imannya tatkala melihat isterinya yang semakin menggoda tanpa boleh berbuat apa-apa? Dan berapa lamakah tempoh Nikah Gantung yang Tan Sri tetapkan pada mereka?
Silent Letters (Bahasa Malaysia)
Dalam waktu singkat semuanya kian berubah. Adakah perasaan gembira hadir saat dia keluar dari duka yang sudah lama dia pendam?
Iman Aulia - Hidupnya terasa begitu gelap saat kedua ibu bapa kandungnya sendiri menganggap dirinya adalah punca kematian kakak kembarnya. Begitu pilu sekali hatinya saat dituduh atas tragedi pahit itu.
Saat dia menginjak 17 tahun, satu keputusan besar telah dibuat untuk mengubah segalanya. Hanya dengan satu lafaz semuanya telah berubah. Adakah benar keputusannya itu?
Arif Raykarl - Sikapnya yang suka membuat masalah itu sering dipandang serong oleh semua orang. Digeruni kerana sikapnya. Ditakuti kerana takut menjadi mangsanya. Apakah benar setiap manusia yang jahat tersimpannya sisi yang baik?
Dalam diam dia merindui sahabat kecilnya yang hilang entah ke mana. Dia begitu ingin berjumpa dengan sahabatnya itu. Saban hari dia sentiasa mengingati kenangan di saat mereka menjadi rakan sepermainan itu.
"Siapa budak lelaki ini? Kenapa aku langsung tak ingat?" - Iman Aulia
"Bila kali terakhir kita jumpa? Aku rasa dah lama sangat kau menghilang" - Arif Raykarl.
Antagonis hadir ingin menghancurkan segalanya. Hanya kerana perasaan cemburu, nyawa sanggup dijadikan taruhan. Tragedi hitam berulang kembali. Kini semua kisah manis telah hilang begitu sahaja.
"Apa yang aku nak tak ada sesiapa boleh rampas" - Nellysha Umaira
GUARDIAN ANGEL (BAHASA MALAYSIA)Senyum... kerana senyum, aku hilang orang yang aku sayang. Aku tak akan biarkan senyuman itu mekar dibibir aku lagi.
Esra Elvina. Hidupnya di masa lalu menjadikan dia seorang yang dingin dan terlihat misteri. Bibirnya yang tidak pernah mengukir senyum membuatkan orang sekeliling menganggapnya manusia pelik. Dia merupakan pembantu peribadi 'segera' kepada selebriti terkenal, Erbach Arsalan.
Kehadirannya di dalam Villa Edmond, telah membuatkan kehidupan lelaki itu menjadi huru-hara. Perkenalan mereka bermula dengan pergaduhan.
Sikap Elvina yang tidak mudah untuk dibuli membuatkan Erbach Arsalan tercabar. Lelaki itu mencuba pelbagai cara untuk menyingkirkan Elvina, tetapi gagal. Pelbagai adegan lucu dan pergaduhan wujud ketika dia menjalankan misi untuk 'menyingkir' si gadis.
Tanpa Erbach menyangka, Elvina telah mengambil berat terhadapnya walaupun dia melayan Thufaila bagaikan boneka. Sikap Elvina yang sedemikian rupa membuatkan hati Erbach terjentik perasaan bahagia. Namun, kerana ego dia hanya menafikan perasaannya.
Erbach Arsalan hidup dalam suasana yang serba mewah sejak kecil. Tetapi dia merasa sunyi kerana hidup dalam suasana yang mementingkan harta berbanding kasih dan sayang. Setelah mengenali sikap sebenar Elvina, dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang yang telah Elvina pamerkan depannya, walaupun kasih itu tidak pernah terlafaz dari bibir.
"Aku selalu berjanji dengan diri aku supaya menjaga kau, selagi kau perlukan aku. Jadi, izinkan aku jadi pelindung tak bersayap kau."
Erbach Arsalan terpanar. Setiap butir bicara yang terpacul dari bibir si gadis, seolah-olah membawa maksud tersirat.
Janji? Kenapa dia perlu berjanji untuk menjaganya?
"Kau hadir tak diundang, tiba-tiba nak jadi guardian angel untuk aku pula. Jangan susahkan hidup kau untuk aku!"
"I know who are you, and i still remember the first day I meet you."
Siapa dia yang sebenarnya? kenapa dia hadir bagai suatu misteri?
Abandoned Promise (Bahasa Malaysia)Dibesarkan oleh ibu tunggal membuatkan Falisha membesar menjadi seorang gadis yang kuat dan bertanggungjawab. Fokusnya cuma satu, iaitu membahagiakan ibu dan adiknya, Fariha. Untuk itu, dia bekerja keras demi masa depan mereka sekeluarga. Soal jodoh, biarlah masa yang menentukan.
Perkenalan dengan Haziq dan Zarif membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Falisha. Dia mula belajar menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Namun, kerana sebuah rahsia, dia melamar Zarif untuk menjadi suaminya. Keputusan Falisha membuatkan Haziq kecewa.
Saat bahagia mula dirasa, rahsia yang selama ini ditutup rapi terungkai jua. Menghancurkan hati yang baru mula belajar mencinta.
"You janji nak bagi peluang untuk I, untuk kita. Tapi, kenapa you mungkir janji?"-Haziq
"Sorry... let me explain."-Falisha
"Aku tak perlukan penjelasan daripada penipu macam kau."-Zarif
Apakah rahsia yang Falisha simpan sebenarnya?
Abandoned promise, apakah benar janji tinggal janji? Atau ia cuma sebuah akad yang tertangguh?
AKU MILIKMU[BAHASA MALAYSIA]Tiada siapa siapa yang sudi menjadi isteri Megat Danish bila melihat dirinya seperti 60an dengan kulit muka berkedut jalan menggunakan tongkat semua perempuan yang dekat dengan dirinya pasti menggelarkan dirinya 'Pakcik tua' padahal umurnya baru 28tahun sehingga sekarang tiada perempuan yang berani dekatkan dirinya apatah lagi ingin dijadikan suaminya walaupun dia mempunyai harta berkoyan-koyan dan berkerjaya semua perempuan menghampirinya dirinya akan cabut lari apabila melihat keadaannya tua kerepot sudah puas dia pergi berubat dari perubatan tradisional hingga perubatan modern masih tiada penyelesaian mengenai penyakit misterinya yang dihadapinya membuatkan jiwanya tekanan dan hampir terjun bangunan mujur ada seorang gadis menarik lengannya daripada jatuh bawah.
"Pakcik jangan terjun!banyak lagi cara lagi boleh hilangkan tekanan bukan dengan cara ini,pakcik tak sayang nyawa ke?tak sayang anak cucu pakcik?ramai dalam wad tu perlukan nyawa untuk teruskan hidup yang pakcik diberikan kesihatan yang baik pakcik nak sia-siakan"-Tiara
"Awak ni siapa?saya tak kenal awak,dan saya tiada anak cucu awak tiada hak untuk menghalang saya!suka hati sayalah nak buat apa pun!saya dah lama menderita awak tahu apa?"-Megat Danish
"Baiklah,kalau pakcik nak terjun jugak saya akan ikut pakcik terjun sekali biar kita sesama mati lepastu kita jadi hantu pun sesama jugak kat hospital ni jomlah saya tak sabar nak terjun ni boleh kita sama-sama jadi hantu"-Tiara
Adakah Megat Danish rasa dirinya tercabar dengan permintaan seorang gadis?yang tidak dikenalinya atau mula timbul bimbit cinta bila berhadapan dengan gadis itu
Dengan kehadiran Tiara dalam hidup Megat Danish ada sesuatu keajaiban yang berlaku dalam dirinya dapatkah Tiara menerima Megat Danish dengan rupa sebenarnya atau meninggalkannya?
Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]"Kalau kami kahwin, bumi ini harus dibelah jadi dua! Satu bahagian aku, satu bahagian dia."
Memanglah Fatin dan Murad kawan baik. Tapi, macam mana pula dia nak memupuk rasa cinta terhadap satu sama lain kalau sudah memang cinta itu tidak pernah hadir!
"Jom, kita cuba!"
"Kalau tak boleh juga?"
"Apahal pula tak boleh?"
"Sebab kau Murad, dan aku Fatin!"
Persoalannya, berjayakah Fatin dan Murad menempuhi jalan ke pelaminan kalau sudah kedua-duanya 'hopeless' dalam beromantisan?
"Kau orang berdua memang... Hopeless Romantis!"
PELAJAR TERUNGGUL (BAHASA MALAYSIA)'Pandai bukan syarat menjadi seorang pelajar terunggul, tetapi keperibadian seseorang pelajar itu.'
Kisah kehidupan seorang remaja bernama Zain bersama rakan-rakannya yang baru sahaja menginjak usia remaja. Dikala itu, Adrian yang cemburu terhadap Zain menyebabkan dia telah merencana pelbagai strategi untuk mengenakan Zain supaya dia dapat menggondol populariti 'musuh'nya itu.
Tetapi, adakah ianya akan berjaya? Bagaimanakah Zain mampu menghadapinya? (Blurb bahagian 1)